Naik Bot Tasik Kenyir Bebas Cukai


21 Jun 2020 - Setelah sekian lama kita lalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditambah Hari Raya Aidilfitri 2020 pula diarahkan oleh pihak Kerajaan untuk tidak balik ke kampung halaman masing masing kerana Pandemik Corona Virus 2019 (COVID-19) yang sedang melanda dunia. Apabila Malaysia sedikit lega dengan penurunan kes positif jangkitan dan kerajaan mengumumkan untuk membenarkan perjalanan rentas negeri, maka berpusu-pusulah rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman. Sebetulnya setiap rakyat yang merantau sentiasa merindui kampung halaman mereka. Bagi saya dan keluarga pula pulang sedikit lewat dari kebanyakkan rakyat Malaysia, jadi jalan tak berapa sesak sangat. Oleh kerana berjodoh 2 negeri (Pahang dan Terengganu), dan untuk memudahkan perjalanan kami bergerak pulang ke Pahang dahulu dan kemudian ke Terengganu tercinta!!!
 Perkara yang dirindui di Terengganu adalah PANTAI!! Walaupun pantai di pesisiran Terengganu menjadi semakin kurang berkualiti kerana banyak pembangunan dijalankan di pesisiran pantai dan menjadikannya terhakis. Maka kerajaan negeri melaksanakan beberapa alternatif untuk mengelakkan hakisan pantai seperti benteng pemecah ombak dan menambah pasir di pantai, Jadi, jika sebelum ini anda pernah merasa pasir pantai yang halus selembut sutera di pantai Terengganu; kali ini pasir selembut sutera telah berukar jadi sekasar guni. Kerangan laut pun dah tak banyak yang menarik, kaca laut lagilah tiada. Agak sukar bagi saya nak meneruskan HOBI mengumpul KACA LAUT (atau dikenali sebagai 'Sea Glass') dan kerangan laut (Sea Shells) bagi projek Kraftangan Terengganu

 Struktur Binaan Terengganu yang paling viral dan menjadi tumpuan masa kini : JAMBATAN ANGKAT atau DRAWBRIDGE of TERENGGANU.!! Bila lalu di sekitar sini agak sukar untuk bergambar cantik sebab di jalan masih ada binaan dalam proses; nak melayan kerenah anak-anak yang agak aktif dan merengek serta ramai orang dan masa bercuti tak lama untuk meluangkan masa di sini. Bergambar sekadar kenangan sahaja, alang-alang baru lepas makan Ikan Celup Tepung di Pantai Teluk Ketapang dan balik ke rumah melalui jalan bandar walaupun agak sesak sejak pembangunan di Terengganu makin maju.
Bila kami balik kampung Terengganu tak banyak tempat nak pergi jadi ke mana yang dicadang menarik, di situlah kami Pergi! Lokasi Duty Free Kenyir yang sebelum ini pernah dengan khabar tapi tak pernah pergi ke sana. Mak saudara kami pun merancang untuk ke sini. Oleh kerana masih dalam PKPP, banyak lokasi masih tidak beroperasi. Dengan perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja menaiki kereta di Terengganu tak berapa risau sangat kerana tiada sesak, cuma perlu lalu jalan kampung.
Setiba di pintu gerbang Kenyir, Terengganu agak kagum dengan struktur dan jalan baru. Di pintu masuk ada pengawal mengambil suhu dan bayar caj masuk (saya tak berapa ingat tapi dalam RM1 seorang kot..tapi tak mahal lah). Kami terus menujuk ke area dikatakan 'Duty Free'/Bebas Cukai tersebut dan agak kecewa dengan saiz lokasi (sekadar tak seperti dijangka tapi bukanlah nak mengutuk.. Kenyir pun bukan lokasi seperti perlabuhan. Kebanyakkan yang datang sini untuk memancing dalam Boat House disediakan. Maka kami naik bot sewa sahaja dengan kadar sewa dalam RM50 untuk 30 minit lebih kurang, ronda-ronda sekitar tasik sahaja. Ada Taman rama-rama di salah satu pulau di Tasik Terbesar di Malaysia ni tapi tutup disebabkan oleh PKPP, jadi kami roda dalam bot sahaja, Ini adalah kali kedua Irfan (3 tahun 9 bulan) dan kali pertama Imran (2 tahun 3 bulan) naik bot. Sentiasa beringat untuk pakai jaket keselamatan walaupun tuan bot tidak ingatkan. Kita sebagai penumpang yang kena sentiasa beringat. Alhamdulillah dua-dua anak tak terlalu penakut untuk naik bot, mungkin sebab ada papanya kot.




 Sepanjang kami meronda di tengah empangan Tasik Kenyir ini, ada beberapa binaan masih dalam pembangunan dan mungkin Kenyir boleh dimeriahkan lagi dengan aktiviti pelancongan jika pelancong boleh berseronok dalam air dengan selamat . (dengar kata dalam Tasik Kenyir ni ada ikan sebesar kereta kancil!! ada keluar dalam Majalah Mustika yang pemancing nampak ikan sebesar kereta menyambar monyet yang tengah bergayut kat pokok)
Tuan bot ada sebut sesuatu tentang pembinaan jambatan ini tapi saya tak berapa ingat apa yang disebut. Kalau tengok struktur jambatan ni akan menjadi jambatan yang gah di Kenyir ini,


Kawasan kedai Bebas Cukai Kenyir beroperasi dengan norma baru, pelanggan untuk masuk ke kedai pun dihadkan untuk penjarakan sosial. Jikan anda pernah ke Pulau Bebas Cukai Langkawi, mungkin rasa sedikit kecewa di Bebas Cukai Kenyir sebab hanya beberapa kedai sahaja. Sesuailah dengan lokasi dan area sekitar yang tak berapa luas. Boleh untuk melepas lelah di gerai makan atau nak beli barangan kaca, pinggan mangkuk, coklat,

 Kami tak berada lama di sini, selepas itu berhajat nak ke Pusat Santuari Pemuliharaan Gajah Kenyir tapi tidak beroperasi pada norma baru PKPP ini. Kemudian kami makan tengahari di satu kedai masakan melayu berlauk di Kuala Berang dan balik.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ismiqbal.blogspot.com/2020/08/terengganu-bot-kenyir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tambang Percuma Naik Bot Laju Pulau Pinang Mulai 1 Julai 31 Disember

Tambang Percuma Naik Bot Laju Pulau Pinang Mulai 1 Julai 31 Disember

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 315 hits
Warga Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bot penumpang laju di Pulau Pinang boleh menikmatinya secara percuma bermula 1 Julai sehingga 31 Dis tahun ini Pengerusi Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata ini...
Kerajaan Pahang Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik

Kerajaan Pahang Pusat Penyelidikan Tasik Chini Konsisten Pulihara Kelestarian Tasik

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 244 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sentiasa konsisten ke arah memulihara dan memelihara kelestarian Tasik Chini Pekan Berdasarkan laporan PPTC dikeluarkan hari ini Tasik Chini Rizab Biosfera di bawah Program M...
Tengku Hassanal Perintahkan Aktiviti Lombong Di Sekitar Kawasan Tasik Chini Di Hentikan

Tengku Hassanal Perintahkan Aktiviti Lombong Di Sekitar Kawasan Tasik Chini Di Hentikan

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 546 hits
KUANTAN Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memerintahkan aktiviti perlombongan di kawasan Tasik Chini dihentikan Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang Datuk Ah...
Pahang Regent Wants Mining Activities At Tasik Chini To Stop

Pahang Regent Wants Mining Activities At Tasik Chini To Stop

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 417 hits
Pahang regent Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah wants a stop to the mining activities at Tasik Chini Comptroller of the Pahang royal household Ahmad Khirrizal Ab Rahman said the regent held a surprise visit to the site on June 13 He added t...
Jangan Ancam Kawasan Biosfera Tasik Chini

Jangan Ancam Kawasan Biosfera Tasik Chini

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 185 hits
Pembabitan orang politik yang bersekongkol atau menggunakan nama kerabat dan Istana dalam kegiatan membalak dan melombong bijih pada alaf baharu ini mungkin masih ramai yang tidak mengetahuinya walaupun ia sudah lama berlaku di Malaysia ter...
Tuan Ibrahim Sokong Pahang Tidak Luluskan Lesen Baharu Perlombongan Di Tasik Chini

Tuan Ibrahim Sokong Pahang Tidak Luluskan Lesen Baharu Perlombongan Di Tasik Chini

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 204 hits
KUALA LUMPUR Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyokong kenyataan kerajaan Pahang yang komited untuk tidak meluluskan mana mana permohonan baharu aktiviti perlombongan di dalam kawasan Tasik Chini Tuan Ibrahim m...
Audit Oleh Unesco Status Tasik Chini Sebagai Rizab Biosfera Kekal Atau Pun Di Tarik Balik

Audit Oleh Unesco Status Tasik Chini Sebagai Rizab Biosfera Kekal Atau Pun Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 299 hits
KUANTAN Ditarik balik atau kekal Demikian persoalan tentang status Tasik Chini yang diisytiharkan sebagai Rezab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa bangsa Bersatu pada 2009 Difahamkan proses audit berhubung s...
Cerita Sebalik Berita Tiada Total Lockdown Perlis Kelantan Dan Terengganu Bebas Minggu Depan

Cerita Sebalik Berita Tiada Total Lockdown Perlis Kelantan Dan Terengganu Bebas Minggu Depan

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 398 hits
Perlis Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara minggu depan Keputusan untuk menamatkan total lockdown di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya berpandukan nilai amban...
Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

Ptg Dakwa Tiada Lesen Melombong Diluluskan Lepas Tasik Chini Di Warta Jadi Hutan Simpan

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 271 hits
KUANTAN Tiada lagi lesen baru perlombongan dikeluarkan selepas kawasan seluas 4 600 hektar di Tasik Chini Pekan diwartakan sebagai Hutan Simpan Chini pada 13 Mac 2019 menurut Pejabat Tanah dan Galian Pahang Menurut kenyataan PTG Pahang hari...
Carsome Unveils Official Fam Fleet

Make1m Com Luxury Cars Yachts Discover The Millionaire S Lifestyle

Ree Dicuri Depan Mata Nres Masih Membisu Siapa Lindungi Penjenayah Alam Ini

Untunglah Ada En Tunang

Makanan Sedap Di Picnic House By Nak Cikit

Maximize Your Space Converting Your Garage Into A Work Storage Hub

Why Western Australia S North West Should Be Your Next Travel Destination

Rina Pusza Feat Hendra Didan Persidangan Arafah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Filem Keluang Man Akan Gagal Di Pawagam

Seloka Orang Pencen

Tahlil Misteri Di Surau Rnr

What To Look For When Choosing A Poster Maker For Your School Team

Gugurkan Janin Berusia 5 Bulan Demi Kekasih Wanita Dipenjara 9 Bulan

Fattah Amin Kecewa Filem Lakonannya Kulit Wayang Tak Dapat Sambutan Segala Penat Lelah Komitmen Diberikan