Naik Beca Di Payang Walk Terengganu Sambil Jalan Jalan Cari Makan


Bagi mereka yang datang berkunjung ke Terengganu dan tak tau nak pergi ke mana, apa kata jalan jalan cari makan di Payang Walk sambil naik beca. Eh, ada beca ke kat Terengganu?




Sebenarnya sebelum ni memang beca dah ada di Ganu cuma tak semeriah macam di Melaka dan boleh dibilang dengan jari je berapa banyak beca yang ada. Tapi sekarang, bilangan beca dah bertambah tau. Sejak kemunculan lokasi JJCM yang baru di Terengganu iaitu Payang Walk, kehadiran beca pelbagai rupa kini menjadi salah satu tarikan di sini.


Naik Beca di Payang Walk TerengganuPayang Walk baru je dibuka dan dirasmikan oleh Dr Hj Samsuri selaku Menteri Besar Terengganu beberapa minggu lepas. Sesuai dengan nama, lokasi tempat ni adalah berhampiran dengan Pasar Payang. Cuma Payang Walk ni beroperasi setiap hari Jumaat saja bermula jam 4 petang sehingga pukul 12 tengah malam.




Banyak booth jualan makanan dan kopi yang dibuka sepanjang jalan di Payang Walk ni. Jualan barangan craft tempatan pun ada jugak. Kalau dulu, saya dan keluarga akan pergi ke KT Walk untuk beli makanan tapi sejak Payang Walk ni dibuka, KT Walk dah pun ditutup. Mungkin semua penjual kat KT Walk dah bertukar tempat menjual di Payang Walk pulak sekarang.


Jalan-jalan Cari Makan Sambil Naik BecaKorang boleh berjalan sepanjang jalan di Payang Walk tanpa risau sebab jalan ditutup buat kenderaan kecuali beca. Di kiri kanan jalan dipenuhi dengan gerai jualan makanan dan minuman, jadi kalau korang nak datang ke sini, make sure perut kosong untuk sumbat pelbagai jenis makanan Terengganu yang unik dan menarik. 




Disebabkan jalan ditutup untuk kenderaan, jadi korang boleh parking kereta di ruang parkir yang disediakan dan naik beca untuk ke Payang Walk. Tapi tak jauh pun lokasi tempat parkir dengan Payang Walk, nak jalan kaki je pun boleh. Berjalan dengan keluarga sambil hirup udara malam tak berapa memenatkan pun tapi kalau korang nakkan kelainan, bolehlah naik beca.





Dah beli makanan tapi taktau nak makan kat mana? Jangan risau, korang boleh makan atas padang berumput hijau sebelah Payang Walk tu je. Kat situ memang dijadikan lokasi untuk duduk-duduk santai pengunjung yang datang. Jadi korang boleh beli makanan dan makan on the spot kat sana sambil bergambar dan bersembang.





Kalau rasa nak cari tempat makan yang kurang ramai orang dan tak terlalu bising, boleh duduk di tepi sungai yang terletak kat sebelah kanan Payang Walk. Sambil makan, boleh mengadap sungai dan berbual dengan family members. Cuma tempat ni agak gelap sebab limited light resources dan kena jaga-jaga dengan anak kecil. Takut mereka pi terjun masuk dalam sungai pulak kalau tak dikawal.


Bawa Anak Naik Bateri CarBila perut dah kenyang, korang jangan balik dulu. Boleh bawak anak-anak naik kereta rechargeable kat sebelah kiri pintu masuk Payang Walk. Banyak pilihan bateri car yang budak-budak boleh naik. Kat sini memang budak akan jadi auto happy dan auto excited nak-nak bila dapat naik kereta mainan cantik yang boleh dipandu mereka sendiri.




Kitorang ambil kereta unicorn yang boleh muat empat orang sekaligus. Okayla, dengan bayaran RM25 untuk 10 minit, kitorang pun boleh merasa jadi budak-budak sekejap. Yang penting perut kenyang dan anak-anak happy. Moment yang tentu tak dapat dilupakan oleh anak-anak.




Jadi kalau korang datang ke Terengganu pada hujung minggu dan menginap di sekitar bandar Kuala Terengganu, bolehlah naik beca sambil jalan-jalan cari makan di Payang Walk okeh. Support penjual tempatan yang menjual makanan dan mereka yang mengayuh beca. Semoga percutian korang menyeronokkan okeh!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2023/08/naik-beca-payang-walk-terengganu-sambil-jalan-cari-makan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syahdu Gelagat Kucing Jalanan Kelaparan Ini Makan Sambil Menitiskan Air Mata

Syahdu Gelagat Kucing Jalanan Kelaparan Ini Makan Sambil Menitiskan Air Mata

papar berkaitan - pada 19/8/2023 - jumlah : 240 hits
Syahdu Gelagat kucing jalanan kelaparan ini makan sambil menitiskan air mata Dapat dilihat keadaan kucing itu yang menangis ketika sedang makan mungkin sudah berhari hari ia kelaparan Sedih bila mendengar kes kes kekejaman terhadap haiwan j...
Hiburan Hantaran Demand Berpuluh Ribu Wanita Bertudung Makan Aiskrim Sambil Melutut Undang Komen Nakal Netizen

Hiburan Hantaran Demand Berpuluh Ribu Wanita Bertudung Makan Aiskrim Sambil Melutut Undang Komen Nakal Netizen

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 349 hits
Tular di media sosial mengenai sebuah video TikTok memaparkan seorang wanita bertudung yang menunjukkan aksi tidak senonoh dan memalukan Beristigfar netizen apabila wanita ini memakan sebatang aiskrim yang dihulurkan seorang pemuda ketika d...
Hiburan Yang Ni Takde Pegang Pegang Tangan Farid Kamil Muat Naik Foto Lepas Makan Komen Netizen Mencuit Hati

Hiburan Yang Ni Takde Pegang Pegang Tangan Farid Kamil Muat Naik Foto Lepas Makan Komen Netizen Mencuit Hati

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 231 hits
Baru baru ini pelakon ada mengemas kini Instagram di mana dia memuat naik foto dirinya baru sahaja menikmati hidangan di sebuah restoran Dalam foto tersebut Farid ada bertanyakan peminat sama ada sudah sarapan pagi ataupun belum Advertiseme...
Kfc Naik Harga Ke Tak Kan Walaun Makan Hari Hari

Kfc Naik Harga Ke Tak Kan Walaun Makan Hari Hari

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 320 hits
KFC naik harga ke Kalau ayam turun harga dikatakan sebab nak PRN ni boleh la kata KFC naik harga sebab nak tolong PN dalam PRN nanti yek Tak mati pun tak makan KFC Goreng je la sendiri Ayam dah murah Bodoh la makan benda mahal kalau tau tak...
Santai Santai Cari Makan Di Ipoh

Santai Santai Cari Makan Di Ipoh

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum WBTDIA ada beza tau Jalan Jalan Cari Makan stail anak muda dengan stail orang tua Seingat Sk kami mula jjcm ni sejak Iman kecik kecik dalam 4 6 tahun macam tu Belum ada Instagram dan Tik Tok tapi laman muka buku telah mula b...
Makan Makan Di Thamada Village Teh O Ais 50 Sen

Makan Makan Di Thamada Village Teh O Ais 50 Sen

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 585 hits
Assalamualaikum WBTHARI ini dah boleh bernafas lega sedikit berbanding kelmarin dan semalam Eh bukan lega sedikit la tapi lega banyak Tapi belum lega sebenarnya nak tunggu betul betul lega bila pelajar cuti semester nanti la Tak sabarrrrrr ...
Perkara Pertama Selepas Anak Mula Makan Kena Ajar Anak Minum Air Dari Cawan

Perkara Pertama Selepas Anak Mula Makan Kena Ajar Anak Minum Air Dari Cawan

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 271 hits
Minum air masak dari cawan adalah antara perkara pertama yang kita kena latih bayi seawal mula makan Walaupun bayi sudah cukup dapatkan hidrasi daripada susu air masak sangat penting untuk 1 Latih anak minum menggunakan cawan 2 Bersihkan mu...
Resipi Cucur Udang Garing Diluar Lembut Di Dalam Untuk Makan Petang

Resipi Cucur Udang Garing Diluar Lembut Di Dalam Untuk Makan Petang

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 239 hits
RESEPI CUCUR UDANG tanpa yis soda bikarbonatJom cuba resepi cucur udang tanpa yis ini Buat sendiri baru puas hati berbanding beli kerana kadang kadang cucur tersebut tidak menepati citarasa Ada yang lembik malah serap minyak Biasanya letak ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi