Santai Santai Cari Makan Di Ipoh


 Assalamualaikum WBT
DIA ada beza tau Jalan-Jalan Cari Makan stail anak muda dengan stail orang tua. Seingat Sk, kami mula jjcm ni sejak Iman kecik-kecik dalam 4 - 6 tahun macam tu. Belum ada Instagram dan Tik Tok tapi laman muka buku (facebook) telah mula bertapak di Malaysia. Zaman makcik-makcik buka blog masak-masak dan pakcik-pakcik buka blog politik. Tapi, ada jugaklah pakcik yang buka blog masak-masak sehingga menjadi inspirasi kepada ramai makcik-makcik, yang paling femes tentulah Che Mat Gebu.
Oh, masa tu, rujukan Pak Inche setiap kali nak JJCM adalah rancangan Warung Kita yang dikelolakan Farouk Hussin. Dan seingat Sk di Malaysia ni yang mempelopori Jalan-Jalan Cari Makan tentulah Maria Tunku Sabri. Sanggup ya Pak Inche memandu sehingga ke Pahang, Terengganu dan Kelantan. Pernah pusing satu Semenanjung dan sampai naik kapalterbang pun ada, semata nak jjcm. Masa tu, Sk belum dapat mandat memandu jauh lagi, jadilah co-pilot tersengguk-sengguk, lama-lama berdengkur jua, hahaha.

Boleh dikatakan agenda wajib setiap kali ke Ipoh, tentulah ke Restoran New Hollywood yang terletak di Taman Canning. Di sini, menu utama Pak Inche adalah Mee Udang dan segelas Kopi Ais. Semangkuk Mee Udang ni cuma berharga RM7. Sk tak ingat jika ada kenaikan harga tapi yang pasti, kali terakhir dulu kami ke sini makan Kuey Teow Goreng RM5.50, hari tu nampak terpampang harga barunya, RM7. 

Iman pesan Pan Mee atau Mee Tepung. Sedap betul ya, Sk rasa macam nak jugak mintak sepinggan tapi Sk dah aim nak makan di Ah Mat Cafe, hahaha. Pan Mee sepinggan tu, RM7 jugak. Selain tu kami kongsi Pudding Caramel dan Cakueh Cicah Kaya, kaya tu kena beli lain ya, bukan percuma, tak tanya pulak berapa, dulu RM1. Yang dalam pinggan oren tu, Loh Bak atau Yong Taufu Goreng, RM1.40 seketul, minima 4 ketul, Sk pilih 4 ketul jer dan untuk individu Sk pesan Roti Telur Goyang. 

Sebaris dengan Restoran New Hollywood ada mini market comel. Nampak la ada Flat Peach ni atau sekarang viral dengan nama Donut Peach, cuma RM19.90/5's. Murah kan, jadi kita sambarlah sekotak, pilih yang warna gelap-gelap. Syukur, manis buahnya. Flat Peach ni kulitnya macam baldu sikit berbanding buah peach bulat tu, kulitnya licin macam kulit tomato


Anggur viral jugak ni, tengok Kak Amie selalu beli. Shine Muscat Grape, RM18.90/500grams, ni Sk tak beli. Beli Flat Peach tu pun sebab Iman yang nak tapi tu pun dia makan setengah biji aje. Lepas beli buah, kami terus ke Ah Mat Cafe dan kemudian terus ke Impiana Hotel, dapat pulak check-in awal sebelum zuhur, Alhamdulillah


Petang tu, Pak Inche ajak ke Restoran Cathay, katanya di sini popular dengan Mee Sotong. Layanlan aje laaaa


Nama pun Cathay Mee Stall, tentu Signature Dish di sini adalah mee. Sepanjang berada di Cathay Mee Stall ni, Sk tengok tak berhenti pakcik dan makcik tu goreng mee. Si Iman dengan babahnya pulak pergi beli Taufufa di kedai sederet dengan Cathay ni


Pak Inche beli kuih talam pandan ni RM2!


Lauk Sotong Sambal untuk Mee Sotong cuma ada satu jer. Mujurlah ada, risau tak ada benonyer, hahaha. Sk pesan Mee Goreng Biasa/Mamak. Fuhhhhh.. mantap Pak Abu! Sedap betul mee goreng Cathay ni, patutlah Sk nampak tak berhenti pelanggan datang dan pergi tapau Mee Goreng. Mee dibungkus dalam bungkusan daun pisang yang digulung membentuk kon panjang serta dialas dengan suratkhabar. Walaupun begitu, lauk sotong tu biasa aje la. Lagi sedap lauk sotong di Padang Brown atau di Restoran Noor Butterworth. Tapi, mee goreng dia kalah dua-dua kedai tu! Sebab itulah sedap itu subjektif


Selain Mee Sotong, Pak Inche minta pasembur. Dekat sini, tak yah pilih-pilih macam kat Penang ya isi pasembur tu, dia memang dah set. Pasembur boleh dikatakan tak sedap, huhu. Bagi Sk, jemput-jemputnya keras dan kuahnya rasa ubat, tu pun Sk paksa jugak diri makan seketul dua. Sudahnya tak habis hampir separuh jugaklah sebab tong sampah dah surrender awal, haha. Yang tukang order tu biasalah, buat muka tak bersalah

Malam tu, keluar ke Gerbang Malam Ipoh semata-mata nak cari brooch. Bukan tak ada brooch atau tak cukup brooch, tapi dekat sini jer dulu kami jumpa brooch lawa. Dia macam kalau bentuk bunga, kelopak bunga tu berkelopak laaa, macam kelopak bunga betul, hahaha. Pergi tempat lain tak jumpa orang jual macam tu. Mungkin jugak ada, tapi Sk yang tak jumpa. Lepas tu, kami ke Medan Selera sebelah gerbang malam tu makan sate dan tapau nasi lemak dan nasi goreng Pattaya untuk Iman.. tak ambil gambar masa tu, malassss! Hahahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2023/08/santai-santai-cari-makan-di-ipoh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Ah Mat Cafe Ipoh Milik Anak Allahyarham Mamat Khalid

Makan Di Ah Mat Cafe Ipoh Milik Anak Allahyarham Mamat Khalid

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 357 hits
Assalamualaikum WBTBARU nak syok cuti cuti dah kena masuk pejabat hari ini Apa nak buat bukan banyak pun cuti tahun yang ada Nak kena jimat jimat manalah tahu nanti nak pergi obesi ke kan kena ambil cuti lama pulak hahahaha berangan Tu tak ...
Santai Santai Makan Pirate Seafood Buffet Dinner Di Legoland Hotel Johor

Santai Santai Makan Pirate Seafood Buffet Dinner Di Legoland Hotel Johor

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 438 hits
Santai Santai Makan Pirate Seafood Buffet Dinner di Legoland Hotel Johor Hai korang How s your week Nona tengah berdebar sebab ada audit kat tempat kerja minggu ni Tapi makan tetap makan Hehe Harini Nona nak ajak korang cuba santai santai m...
Santai Santai Makan Di Richiamo Coffee Bertam Putra Kepala Batas Pulau Pinang

Santai Santai Makan Di Richiamo Coffee Bertam Putra Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 608 hits
Richiamo Coffee Bertam PutraRichiamo Coffee Bertam PutraPort baru kepada pengemar pengembar coffee di area Bertam Kepala Batas ni Cafe baru iaitu Richiamo Coffee telah dibuka Ada banyak jenis coffee yang korang boleh try ada espresso americ...
Ijack Tak Nak Makan Lizard Comelnya Jawapan Anak Zahirah Aiman Cute Betul

Ijack Tak Nak Makan Lizard Comelnya Jawapan Anak Zahirah Aiman Cute Betul

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 285 hits
Anak kesayangan pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza Isaac Raees sentiasa menjadi perhatian wargamaya Mana tidaknya ada sahaja aksi comelnya bersama ibu dan ayahnya Bukan itu sahaja bahkan Isaac yang kini berusia dua t...
Lelaki Mati Ditembak Selepas Makan Di Kebun Bersama Rakan

Lelaki Mati Ditembak Selepas Makan Di Kebun Bersama Rakan

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 255 hits
SIBU Seorang lelaki berusia 46 tahun maut dengan lapan kesan tembakan selepas satu serangan di sebuah kebun di KM14 5 Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pada kira kira 11 30 malam Isnin Serangan berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya masi...
20 Jam Tak Makan Jungkook Bts Dedah Petua Diet Tanpa Tekanan

20 Jam Tak Makan Jungkook Bts Dedah Petua Diet Tanpa Tekanan

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 196 hits
Setiap orang pastinya ingin sentiasa menjaga penampilan mereka kan ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini Jung kook BTS telah muncul dalam program Suga Suchwita di YouTube sebagai tetamu di mana penyanyi lagu Seven itu ada mendedahkan tentang diet...
Belum Berkuasa Pun Pas Sudah Makan Kawan Tuan Ibrahim Elok Cermin Diri Sendiri

Belum Berkuasa Pun Pas Sudah Makan Kawan Tuan Ibrahim Elok Cermin Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 218 hits
Sedang Muafakat Nasional elok berfungsi dan umat Melayu Islam bersatu dibawah naungan Muafakat Nasional tiba tiba Parti PAS membuat hubungan sulit kayu tiga bersama Parti BERSATU yang diremote oleh Tun Mahathir Pantang Mahathir melihat umat...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lindungi Anak Anda 5 Penyakit Yang Boleh Jadi Mimpi Ngeri

Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat