Naib Presiden Umno Dalang Singkirkan Zahid


MALAYSIAKINI

   
Sebuah gerakan kumpulan di dalam Umno didalangi salah seorang naib presiden parti itu dikatakan sedang berusaha untuk "menghapuskan" pengaruh Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jelas sumber, kumpulan itu mahu Ahmad Zahid melepaskan jawatan sebagai presiden parti dan menyerahkan tampuk kepemimpinan parti sepenuhnya kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan yang kini menggalas tugas Ahmad Zahid.

Naib presiden Umno yang dimaksudkan itu pernah memegang jawatan menteri besar dan menteri kabinet.

"Gerakan ini bukan saja mahu menyingkirkan Ahmad Zahid, tetapi juga pegawai-pegawai lantikan presiden Umno dalam parti.

"Alasannya, Ahmad Zahid dilihat sebagai bayangan kepada mantan perdana menteri Najib Razak yang dianggap sebagai punca kekalahan parti itu.

"Hari ini segelintir pegawai Ahmad Zahid dilihat masih menguasai Umno dan ini menimbulkan rasa kurang senang kumpulan berkenaan," kata salah seorang pemimpin kanan Umno yang enggan namanya didedahkan kepada Malaysiakini.

Ahmad Zahid pada 18 Dis lalu mengalah dengan desakan yang mahukan beliau "berehat" apabila mengumumkan keputusan menyerahkan tugas presiden kepada timbalanya berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu diambil bagi menyelamatkan Umno daripada masalah pemimpin dan wakil rakyatnya yang keluar parti.

“Jika benar saya menjadi punca utama (kepada lompat parti), maka keputusan yang saya lakukan adalah kaedah sebaik-baiknya untuk saya berikan kepercayaan kepada Mohamad untuk menjalankan tugas-tugas presiden," kata Ahmad Zahid.

Sebelum itu, 14 wakil rakyat Umno Sabah mengumumkan keluar parti dan bergerak sebagai pemimpin Bebas selepas hilang kayakinan terhadap pucuk pimpinan parti itu yang dikatakan tiada hala tuju.

Ia kemudiannya disusuli dengan enam lagi anggota Parlimen Umno dari Semenanjung diketuai Anggota Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin membuat keputusan meninggalkan Umno.

Hamzah turut menggesa supaya Ahmad Zahid berundur jika tidak mahu lebih ramai anggota Parlimen Umno berbuat demikian.

Kerjasama dengan PKR
Selain itu, sumber menambah, satu lagi punca kepemimpinan Ahmad Zahid ditolak adalah disebabkan rancangan untuk membawa Umno bekerjasama dengan PKR untuk kembali menjadi kerajaan.

Perkara itu, jelas sumber, dirancang selepas Umno tewas dalam pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.
Sumber berkata, Mohamad antara pemimpin yang tegas menolak cadangan untuk membentuk kerjasama Umno dengan PKR.

"Setiausaha Agung BN Nazri Aziz menjadi orang perantara yang memainkan peranan berjumpa dengan pemimpin Umno termasuk peringkat bahagian bagi menjelaskan cadangan itu.

"Namun ramai yang kurang senang dengan cadangan itu.

"Mereka yang meninggalkan Umno mengambil kesempatan daripada isu berkenaan bagi "menghalalkan" keputusan untuk keluar parti," jelasnya.

Ahmad Zahid merupakan rakan Anwar Ibrahim ketika Presiden PKR itu menjadi timbalan perdana menteri.

Ketika ramai penyokong Anwar keluar parti dan menubuhkan PKR, Ahmad Zahid kekal bersama Umno.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/naib-presiden-umno-dalang-singkirkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Ada Usaha Singkirkan Kem Zahid

Umno Ada Usaha Singkirkan Kem Zahid

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 317 hits
Wartawan Watan Online Kemelut dalam UMNO masih belum reda meskipun Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah mengambil keputusan untuk berehat bagi mengurangkan ketegangan dalam parti ekoran tindakan segelintir bekas wakil rakya...
Dap Pkr Tolak Cadangan Naib Presiden Bersatu

Dap Pkr Tolak Cadangan Naib Presiden Bersatu

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 267 hits
KUALA LUMPUR Pemimpin parti komponen Pakatan Harapan menolak keras cadangan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mahu projek kerajaan diberikan kepada ketua Bahagian dan Cawangan parti itu Timb...
Presiden Parti Tetap Ds Zahid Hamidi

Presiden Parti Tetap Ds Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 565 hits
AMBO terpanggil untuk berkongsi jikanya dilihat sebagai keperluan kepada kebanyakan Ahli UMNO mengetahui status sebenar dan kedudukan Presiden yang dipilih secara SAH oleh Perwakilan UMNO seluruh negara dalam pemilihan lepas Seperti yang ki...
100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

100 Tahun Lagi Pun Ph Tidak Akan Tergugat Dengan Umno Yang Masih Mempertahan Najib Dan Zahid

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 346 hits
Selepas Mahathir adalah Anwar Seeloknya Muhyiddin memberi LALUAN kepada Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri Jika Anwar GAGAL mengganti Tun calon terdekat yang paling layak adalah Azmin dan Timbalan Perdana Menteri adalah Mukhriz Jika d...
Bid To Clear Zahid S Allies From Umno Amid Concerns Of Pkr Ties

Bid To Clear Zahid S Allies From Umno Amid Concerns Of Pkr Ties

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 324 hits
Among the reasons Umno president Ahmad Zahid Hamidi was forced to go on leave were concerns about his ties to PKR according to a senior Umno source The source added that this same concern is prompting efforts to push out Zahid s remaining a...
3 Pemain Import Selamat Tiba Di Kedah Naib Presiden 1 Kfa

3 Pemain Import Selamat Tiba Di Kedah Naib Presiden 1 Kfa

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 360 hits
KENYATAAN NAIB PRESIDEN 1 KFA EN ANAS HAFIZ MUSTAFFA 1 Selaku Ketua Unit Pasukan Liga Super Kedah saya melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana pada malam ini 3 pemain import telah selamat tiba ke bumi Jelapang Padi sebagai pemain Keda...
Kejutan Prk Cameron Highlands Saya Penyokong Dr M Dan Anwar Selepas Peluk Presiden Umno

Kejutan Prk Cameron Highlands Saya Penyokong Dr M Dan Anwar Selepas Peluk Presiden Umno

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 350 hits
Kejutan daripada Presiden MyPPP yang dipertikaikan M Kayveas di pusat penamaan calon PRK Cameron Highlands Sebaik sahaja datang beliau tidak memasuki pusat penamaan calon Sebaliknya beliau bertemu dan berpelukan dengan presiden Umno Mohamad...
Naib Presiden Bersatu Didesak Letak Jawatan

Naib Presiden Bersatu Didesak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 300 hits
SHAH ALAM Selepas dibidas pelbagai pihak kini Naib Presiden Bersatu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman didesak agar melepaskan jawatannya pula Desakan itu dibuat oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah berikutan tindakan Abdul R...
Perlantikan Rafizi Sebagai Naib Presiden Adalah Wajar

Perlantikan Rafizi Sebagai Naib Presiden Adalah Wajar

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 351 hits
ALOR SETAR Pelantikan Rafizi Ramli sebagai Naib Presiden PKR disifatkan wajar sebagai menghargai sumbangan bekas Ahli Parlimen Pandan itu kepada parti dan Pakatan Harapan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah Datuk Johari Abdul berkata...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri