Nafsu Berahi Membuak Ketika Berpuasa Doktor Menjelaskan Ini Ada Kaitan Dengan Kalori



Selain menahan lapar dan dahaga, ibadat puasa juga memerlukan individu untuk menundukkan syahwat. Apa yang pelik, ketika ini juga nafsu naik dengan agak tinggi.

Ya, memang benar bahawa yang dilarang itulah menggoda. Pun begitu, peningkatan nafsu lelaki dan nafsu perempuan pada waktu yang spesifik mungkin ada penjelasan lain.

Untuk tahu apa punca nafsu naik ketika berpuasa, jom terus baca artikel ini dengan lebih lanjut! 

 
Banyak nafsu kena jaga di bulan Puasa!

Ramadan adalah bulan mulia yang mendambakan semua manusia untuk lebih banyak buat amal dan ibadat. Dan sudah tentu, berpuasa adalah kewajipan paling utama.

Ramai orang yang mungkin hanya mengaitkan puasa itu dengan ketahanan diri dalam mengawal nafsu makan dan minum sahaja tanpa menyelitkan tentang nafsu seksual.

Sebenarnya, banyak nafsu kena jaga di bulan puasa dan ia bukan sekadar selera makan malahan juga hawa nafsu. Jika ia gagal dikawal, maka akan rosak ibadat anda itu.

Apa yang lebih menarik adalah ramai mungkin percaya bahawa syahwat akan lebih tinggi di bulan puasa berbanding bulan lain. Kepercayaan ini mungkin juga ada asasnya.

Persoalannya, kenapa? Adakah nafsu lelaki dan nafsu perempuan ini akan meningkat dengan mendadak pada ketika ia dilarang untuk dipuaskan? Atau ada faktor yang lain?

 
Kenapa nafsu naik tinggi di bulan puasa ?

Kita tidak boleh kata bahawa akan ada ketika di mana nafsu syahwat individu itu tiba-tiba sahaja melonjak dengan begitu mendadak, contohnya di bulan puasa, Ramadan.

Ini kerana peningkatan tahap libido individu itu bukan akibat faktor waktu atau masa yang tertentu sahaja tetapi ada kaitan juga dengan perbuatan atau persekitaran mereka sendiri.

Ada sebuah video yang membincangkan perkara ini dimuat naik oleh seorang doktor di TikTok:

https://vt.tiktok.com/ZSdh14hJT/

 
Menurut Doktor Perubatan dan Pakar Estetik, Dr Aizul Hafizi, pengambilan kalori yang mungkin lebih rendah di bulan puasa akan menyebabkan rangsangan pada hormon seksual sekali gus meningkatkan libido.

Dalam erti kata yang lebih mudah, semakin rendah pengambilan kalori, maka semakin tinggi rangsangan pada hormon seksual. Akibatnya, nafsu naik tanpa anda dapat duga.

 
Selain kalori , apa lagi punca libido tinggi ?

Seperti mana yang telah diperkatakan oleh Dr Aizul Hafizi di dalam video tular itu tadi, nampaknya pengambilan kalori rendah adalah punca naiknya libido yang paling utama.

Namun demikian, ia mungkin bukan satu-satunya sebab perkara ini berlaku kerana ada beberapa lagi faktor risiko yang lain meskipun ia tidak begitu besar atau ketara.

Makanan afrosidiak

Ketika bersahur dan berbuka, ada banyak juadah yang boleh anda pilih. Maka tidak mustahil juga jika ada antara menu anda itu adalah jenis afrosidiak yang juga boleh jadi punca nafsu naik.

Perilaku anda dan pasangan

Secara tidak sengaja, anda mungkin telah menggunakan pakaian, bunyian, wangian atau perbuatan yang boleh menggoda pasangan sekali gus meningkatkan syahwat di bulan puasa.

Suasana di dalam rumah

Ketika berpuasa, sudah tentu tidak banyak aktiviti yang anda boleh buat di dalam rumah. Jadi, akan banyak fantasi yang terlintas terutama jika anda hanya berdua-duaan dengan pasangan.

Akan tetapi, ketiga-tiga ini cuma faktor risiko yang ringan dan ia tidak wajar dijadikan sebagai alasan untuk membatalkan puasa hanya kerana anda gagal kawal nafsu!

 
Apa yang individu boleh buat tentangnya ?

Konklusinya, nafsu lelaki dan nafsu perempuan ada potensi untuk meningkat dengan mendadak di bulan Ramadan angkara pengubahsuaian pengambilan kalori harian.

Jadi, apa yang individu boleh buat jika nafsu naik ketika sedang berpuasa? Adakah perlu untuk puasa dibatalkan?

TIDAK! Ini kerana puasa itu ibadat wajib dan bukan pilihan.

Sebaliknya, anda boleh menggunakan peluang ini sebagai masa untuk melatih diri dalam menahan dan mengawal bukan sahaja nafsu makan dan minum malahan seksual.

“Apa yang pasangan suami isteri boleh buat untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan cara ‘tunda’ rancangan untuk melakukan hubungan seks kepada waktu maghrib dan malam ketika di mana anda telah berbuka puasa,” jelas Dr Aizul Hafizi lagi.

Sebenarnya, perkara ini bukan satu isu besar kerana nafsu seksual adalah satu perkara yang boleh dilatih dan dikawal dengan baik jika anda tahu caranya. Sekiranya anda ada masalah tentang perkara ini, segera rujuk dengan doktor pakar.


Kredit : Hellodoktor
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/04/nafsu-berahi-membuak-ketika-berpuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dakwah Berus Gigi Dan Bersiwak Ketika Berpuasa Makruh Atau Sebaliknya

Dakwah Berus Gigi Dan Bersiwak Ketika Berpuasa Makruh Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 201 hits
Berus Gigi Dan Bersiwak Ketika Berpuasa Makruh Atau Sebaliknya 1 Sebelum saya menjawab persoalan yang ditanyakan ini saya ingin membahaskan terlebih dahulu pandangan fuqaha terdahulu berkaitan hukum bersiwak setelah zawal kerana perkara ini...
Hukum Menelan Air Liur Ketika Berpuasa

Hukum Menelan Air Liur Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 239 hits
AssalamualaikumBismillah Air liur adalah air yang berada di dalam mulut selama mana ia berada di dalamnya Adapun sekiranya ia dikeluarkan daripada mulut maka ia disebut sebagai Para fuqaha tidak terlalu membahaskan isu ini dengan begitu men...
Anak Kecil Di Hantar Ke Klinik Dalam Keadaan Lemah Sebab Berpuasa Doktor Kongsi Cerita

Anak Kecil Di Hantar Ke Klinik Dalam Keadaan Lemah Sebab Berpuasa Doktor Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 189 hits
Bila masuk bulan ramadan pasti ramai yang ingin mendidik anak kecil supaya berpuasa Bukan hanya ibu bapa malah anak itu sendiri yang tak sabar ingin mencuba bagaimana berpuasa di bulan yang mulia ini Unit Buhuth Pejabat Mufti Wilayah Persek...
Merasa Makanan Ketika Berpuasa Ustaz Azhar Idrus

Merasa Makanan Ketika Berpuasa Ustaz Azhar Idrus

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 218 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat Pada malam ini Naim hendak share satu short kuliah Ustaz Azhar berkenan isu semasa yang berlaku pada bulan Ramadhan Adakah merasa makanan ketika berpuasa batal puasa Jom kita de...
Cuba Jangan Jilat Guna Pelembap Untuk Elakkan Bibir Kering Ketika Berpuasa

Cuba Jangan Jilat Guna Pelembap Untuk Elakkan Bibir Kering Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 277 hits
Cuba Jangan Jilat Guna Pelembap Untuk Elakkan Bibir Kering Ketika Berpuasa SEWAKTU menjalani ibadah puasa tubuh badan kita akan berasa kering oleh kerana kekurangan air Kesannya akan mempengaruhi pada penampilan bibir yang kering dan pecah ...
Boleh Ke Buat Swab Test Ketika Sedang Berpuasa

Boleh Ke Buat Swab Test Ketika Sedang Berpuasa

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 205 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apabila tiba bulan Ramadan antara persoalan sering bermain di fikiran ialah mengenai ujian swab Ramai dalam kalangan kita masih tertanya tanya dan tidak tahu jawapan sebenar mengenai hukum melakukan ujian...
Tips Untuk Ibu Hamil Menyusu Berpuasa Dengan Lebih Bertenaga Dan Sihat

Tips Untuk Ibu Hamil Menyusu Berpuasa Dengan Lebih Bertenaga Dan Sihat

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum w b t Tips Untuk Puasa Kekal Cergas Bila tiba bulan Ramadan pasti seluruh Umat Islam sangat teruja untuk melaluinya kerana ia salah satu The post appeared first on
Perlu Harungi Rasa Lapar Jangan Lari Darinya Jika Benar Benar Mahu Berpuasa Tazkirah Tarawih

Perlu Harungi Rasa Lapar Jangan Lari Darinya Jika Benar Benar Mahu Berpuasa Tazkirah Tarawih

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 133 hits
Semalam solat tarawih kat surau lagi Sejak dibenarkan tahun ni tidak ketat lagi seperti sebelumnya saya ke surau sejak malam esok nak puasa untuk tarawih Masih tak selesa sebenarnya sebab kena pakai penutup mulut dan hidung lagi Tapi lebih ...
Ar Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

Ar Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 179 hits
AR RAYYAN PINTU KHAS SYURGA UNTUK ORANG BERPUASA Ar Rayyan pintu khas syurga untuk orang berpuasa Daripada Sahl RA Nabi SAW telah bersabda Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar Rayyan iaitu pintu masuk bagi orang yang...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran