Nafas Bayi Berbunyi Masa Menangis Dan Waktu Tidur Lagi Kuat Bunyinya Jangan Ambil Mudah


“Anak saya ini semenjak lahir, kerap sangat berbunyi nafasnya. Bila menangis, masa tidur.. lagi kuat bunyinya. Kenapa, doktor?”
Ini info ringkas yang semua ibu bapa MESTI tahu seperti dikongsikan oleh Dr Ezairy M. Sallih
‘Laryngomalacia’ adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi. Struktur larinks yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan tisu sekitarnya jatuh dan menutupi di atas bukaan saluran pernafasan dan menghalang proses pernafasan! Dalam kebanyakan kes, laryngomalacia pada bayi bukanlah keadaan yang terlalu serius. Maknanya, anak kita masih boleh bernafas, mereka juga dapat makan, minum dan mengalami tumbesaran seperti biasa. Bagi kebanyakan bayi yang mengalami masalah ini, ia akan sembuh tanpa apa-apa spesifik pembedahan pada masa mereka berusia antara 18 hingga 20 bulan. Walau bagaimanapun, ada peratusan kecil bayi yang mengalami laryngomalacia akan mempunyai masalah pernafasan, makan dan berat badan. Gejala-gejala ini memerlukan perhatian segera!
Apa sebab berlakunya masalah ini?
Penyebab sebenar laryngomalacia tidak diketahui. Relaksasi atau kekurangan kekuatan otot di saluran pernafasan kebiasaannya menjadi faktor. Ia biasa berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Masalah ini biasanya berlaku semenjak lahir atau dalam bulan pertama usia. Reflux gastroesophageal (reflux GE) mungkin menyumbang kepada gejala masalah ini. Pernafasan berbunyi akan menjadi lebih teruk apabila bayi baring menelentang atau ketika menangis. Apakah simptom dan gejala yang boleh dilihat pada anak-anak
Sekiranya anak anda dilahirkan dengan laryngomalacia, gejala mungkin berlaku selepas lahir, dan boleh menjadi lebih jelas dalam beberapa minggu pertama kehidupan.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami laryngomalacia akan sembuh antara umur 18 hingga 20 bulan. Gejala termasuk:
Nafas yang berbunyi. Selalunya lebih teruk apabila bayi itu menangis atau tidur di belakangnya (menelentang) Kesukaran ketika makan atau menyusu Mengalami masalah berat badan Kemungkinan tercekik semasa memberi makan Apnea (penghentian pernafasan) Menarik leher dan dada pada setiap kali nafas Cyanosis (menjadikan biru) Reflux gastroesophageal (meludah, muntah dan regurgitasi) Jangkitan paru-paru (akibat penyedutan makanan ke dalam paru-paru)
 Apakah teknik rawatan bagi pesakit laryngomalacia? Adakah ia serius?
Dalam 90 peratus kes, laryngomalacia akan sembuh tanpa rawatan pada masa kanak-kanak berusia 18 hingga 20 bulan. Walau bagaimanapun, untuk sesetengah masalah yang teruk, anak anda mungkin memerlukan rawatan termasuk ubat atau pembedahan.
Perhatian!!!
Pergi ke hospital dengan segera jika bayi anda alami tanda-tanda seperti ini:
Berhenti pernafasan selama lebih daripada 10 saat Kelihatan biru di sekeliling bibir Anak kelihatan menarik-narik leher atau dada ketika bernafas walaupun selepas diubah posisi atau dibantu untuk melegakannya. Masalah ini mungkin biasa-biasa, namun jika kita sebagai ibu bapa sekadar sambil lewa, tidak tahu langkah apa perlu dibuat. Takut-takut menjadi punca kekesalan kita di kemudian hari.
Jumpa doktor jika anda rasa anak anda mempunyai sebarang masalah.
Semoga perkongsian kali ini berguna untuk kita semua.
Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Telinga, Hidung & Tekak
 
The post Nafas Bayi Berbunyi Masa Menangis Dan Waktu Tidur Lagi Kuat Bunyinya, Jangan Ambil Mudah! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/nafas-bayi-berbunyi-masa-menangis-dan-waktu-tidur-lagi-kuat-bunyinya-jangan-ambil-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penting Persediaan 3 Bulan Sebelum Bersalin Waktu Ini Bila Bila Masa Bayi Boleh Keluar

Penting Persediaan 3 Bulan Sebelum Bersalin Waktu Ini Bila Bila Masa Bayi Boleh Keluar

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 465 hits
Bagi ibu hamil yang pertama kali ingin menyambut kelahiran cahaya mata yang pertama pasti teruja dan tidak sabar menanti kehadiran si kecil Bila sudah masuk fasa yang ketiga iaitu 3 bulan sebelum tarikh due date persediaan awal dah kena bua...
Kenapa Bayi Balita Tak Suka Diselimuti Saat Tidur Meski Dingin Ini Penyebabnya

Kenapa Bayi Balita Tak Suka Diselimuti Saat Tidur Meski Dingin Ini Penyebabnya

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 364 hits
Dulu sebelum melahirkan asumsi saya bayi lebih mudah kedinginan di ruang ber AC jadi harus dikasih selimut yang agak tebal Ternyata saya salah bunda Bayi ternyata lebih tahan pada suhu dingin dibanding orang dewasa Mengapa bisa begitu Karen...
Ketahui 7 Titik Refleksologi Pada Tapak Kaki Bayi Yang Boleh Tenangkannya Menangis

Ketahui 7 Titik Refleksologi Pada Tapak Kaki Bayi Yang Boleh Tenangkannya Menangis

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 1126 hits
Bayi menangis biasanya kerana ada sesuatu yang tak selesa di badan mereka Bukan sebab lapar dan mahu susu semata mata Ibu bapa perlu tahu 7 titik refleksologi bayi yang boleh meredakan jenis jenis sakit tertentu Kalau anda nak tahu urat sar...
Jangan Kerana Gila Memancing Anda Abaikan Pantang Larang Bila Terlalu Seronok Masa Itu Kita Akan Cuai

Jangan Kerana Gila Memancing Anda Abaikan Pantang Larang Bila Terlalu Seronok Masa Itu Kita Akan Cuai

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 592 hits
Pantang larang yg wajib anda ketahui sebagai pemancing Salam sejahtera buat semua bro2 pemancing Apa yg saya ingin perkatakan hari ini adalah tentang petua dan pantang larang dunia memancing Saya bukannya ingin mengajar sesiapa ataupun meny...
Makan Vitamin Diberikan Doktor Masa Hamil Tak Menyebabkan Bayi Besar Dan Berat Ibu Naik

Makan Vitamin Diberikan Doktor Masa Hamil Tak Menyebabkan Bayi Besar Dan Berat Ibu Naik

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 470 hits
Ramai yang anggap makan vitamin boleh buat ibu hamil gemuk dan bayi dalam kandungan besar Itu salah Sepatutnya jangan culas untuk mengambilnya kerana ini untuk elakkan masalah perkembangan janin Vitamin prenatal ni penting sebab ibu mengand...
Doktor Terangkan 7 Risiko Kandungan Overdue Jangan Main Main Bayi Boleh Stres Meninggal Dalam Rahim

Doktor Terangkan 7 Risiko Kandungan Overdue Jangan Main Main Bayi Boleh Stres Meninggal Dalam Rahim

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 623 hits
Jangan abaikan perihal berkaitan usia kandungan Kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin atau overdue perlu diberikan perhatian ekstra perlu dirujuk ke hospital segera 7 Risikonya ini boleh menyebabkan impak besar kepada bayi ibu Usia ka...
Biarlah Ada Petua Kata Anak Lebih Bijak Tidur Meniarap Tolong Jangan Biasakan Bahaya

Biarlah Ada Petua Kata Anak Lebih Bijak Tidur Meniarap Tolong Jangan Biasakan Bahaya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 874 hits
Kebanyakan bayi suka tidur meniarap dan mereka suka dengan gaya tidur itu Malah ada segelintir ibu bapa berpendapat anak tidur pada posisi ini lebih lena dan lama berbanding posisi tidur yang biasa Tapi adakah anda tahu anak tidur dalam kea...
Tabung Haji Skandal Kewangan Jangan Mudah Berpuas Hati

Tabung Haji Skandal Kewangan Jangan Mudah Berpuas Hati

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 493 hits
Lebih kurang seminggu lalu di London Presiden PAS Dato Seri Hadi Awang mengulas mengenai skandal kewangan Tabung Haji di hadapan penyokong PAS dari kalangan penuntut Malaysia di London Laporan mengenai ulasan beliau itu disiarkan oleh Harak...
Samsung Galaxy Tab S9 Fe Menjadi Pilihan

Singapore S Operation Lalang Against The Catholic Church 1987 Majulah Singapura

How Regular Hvac Maintenance Can Improve Indoor Air Quality Across Kansas Communities

Pas Pun Teringin Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Ketua Pemuda Pas

Floods Number Of Evacuees In Sabah S Sook Rises To 392

Undi Popular Phbn Menurun Pn Meningkat Analisa Prk Ayer Kuning

The Rise Of Haptic Feedback Technology In Virtual Training

Saya Tak Nafi Tak Iya Dayang Nurfaizah Didakwa Bakal Berkahwin Dengan Hael Husaini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Eyqa Saiful Dorentia Dora Dessy Dian Hani J Syasya Tiffany Angel Enggai Alah Chord

10 Tempat Makan Popular Di Perlis Lunch Sarapan Pagi

Road Tested Purpose Built Moto S Scrambler Bar End Mirrors

5 Alasan Kenapa Agz Bikin Pencinta Drakor Akhirnya Melirik Sinetron Indonesia

Makan Kenduri Kesyukuran Aqiqah Pontian

Pagi Ahad Sarapan Pagi Kenangan