Nadia Brian Tak Tolak Kalau Dah Jodoh
Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh
Bercerai tidak sampai setahun selepas mendirikan rumah tangga tidak meninggalkan kesan atau trauma buat pelakon seksi, Nadia Brian.
Pelakon berusia 30 tahun itu tidak serik untuk kembali berumah tangga sekiranya sudah ditakdirkan bertemu jodoh dalam masa terdekat.
“Saya tidak serik dengan apa yang pernah berlaku. Kalau sudah sampai jodoh untuk berkahwin lagi, saya tak akan tolak” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Damansara di sini semalam.
Nadia Brian kini berstatus solo selepas sah bercerai dengan bekas suaminya, Muizz Nasruddin pada April lalu.
Pemilik nama lengkap Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu memberitahu, sebagai seorang wanita, dia memerlukan kasih sayang dan perhatian daripada lelaki dalam hidupnya walaupun pernah melalui episod duka dalam perkahwinan yang terdahulu.
“Siapa tahu (jika) saya bertemu jodoh pada tahun hadapan dan akan berumah tangga. Saya sedia untuk itu (perkahwinan).
“Soal jodoh kita tidak tahu. Itu rahsia Dia, lagipun saya seorang perempuan. Siapa yang tidak mahu berkahwin dan ada teman hidup?” katanya.
Kosmo! pada 14 Disember 2020 lalu melaporkan Muizz memfailkan perceraian terhadap Nadia, namun masih belum dibicarakan berikutan penutupan mahkamah ekoran situasi semasa Covid-19.
Sebelum ini pelakon naskhah bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri itu pernah mengakui berdepan masalah rumah tangga yang dibina bersama Muizz pada 9 November 2019.
Pergolakan rumah tangga mereka memuncak apabila Muizz yang juga ahli perniagaan mendedahkan tentang kecurangan Nadia kepada umum.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nadia berkongsi keterujaan apabila filem pertamanya berjudul Bu, Kasih Suci yang dilakonkan lima tahun lalu tercalon dalam FFM31.
Ujar Nadia, keterujaannya tidak terhenti setakat itu kerana sebuah lagi filem lakonannya iaitu Ratu Kala Jengking turut tercalon pada festival sama.
“Filem Bu, Kasih Suci itu merupakan filem pertama lakonan saya selepas tamat belajar dalam jurusan teater di Universiti Teknologi Mara. Memang tak pernah sangka saya tercalon untuk kedua-dua filem tersebut. Menang kalah saya tak kisah. Ada rezeki alhamdulillah,” katanya. K Online
Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh
Baca Artikel Menarik :
Najib sekolahkan Wan Saiful isu hutang
Shahidan merungut tak dijemput turun ke padang
Ismail turun padang, janji kurangkan beban rakyat
Saya masih ada wang, 18 piala – TMJ
Siapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu – Sanusi
Pelakon Nynaa Harizal Kembali Taat Kepada Suami, Tak Jadi Cerai
Tommy Thomas Admits Zeti Should Be Charged, So What Are We Waiting For?
Hati penjaga gol KL City sudah ditawan
9 Tempat Menarik Di Pulau Tioman, Aktiviti & Tips Penting Untuk Anda Explore!
Guru pun bimbang silibus darjah satu macam tingkatan satu
DAP, PKR gaduh kenapa babitkan kami?
Layari Laman Facebook MYKMU
Tanah di Putrajaya atok beli berapa harganya?
Ain, bapa disaman guru berhubung isu jenaka rogol
The post Nadia Brian tak tolak kalau dah jodoh appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/12/02/nadia-brian-tak-tolak-kalau-dah-jodoh/