Nad Zainal Rancang Tambah Anak






Kehadiran cahaya mata sulung, Fahad Ibrahim yang kini berusia dua tahun enam bulan menjadi pelengkap rumah tangga pelakon Nad Zainal dan suami, Muhammad Faliq Amirullah sejak empat tahun lalu.

Meski mempunyai perancangan menambah anak, Nad, 29, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkata, waktu sesuai ke arah itu adalah tahun depan.

“Ada perancangan nak tambah. Ikutkan suami nak secepat mungkin tetapi saya masih ada beberapa impian yang mahu didahulukan.

“Jika tanya suami, dia nak tahun depan ada seorang lagi anak memandangkan usia sudah 30 tahun.

“Mungkin paling cepat tahun depan. Ketika itu Fahad sudah tiga tahun. Jadi, sedang eloklah dapat adik,” katanya.

Nad berkata, buat masa sekarang dia masih belum puas memanjakan anaknya kerana terikat dengan jadual kerja yang padat.

Justeru, bagi menghilangkan rasa bersalah dalam diri, Nad mengambil pendekatan membelikan barang permainan setiap kali terpaksa meninggalkan Fahad.

Namun begitu, Nad mengakui suami tidak setuju dengan cara itu kerana tidak mahu memanjakan anak mereka.

“Saya anak tunggal dalam keluarga. Suami pula anak bongsu. Apabila saya ada anak, ia sangat mengujakan. Dalam masa sama, saya pernah berasa tertekan sebab kena pergi bekerja dan meninggalkan anak.

“Hinggakan saya menyalahkan diri sendiri sebab tidak dapat meluangkan lebih banyak masa dengannya.

“Tapi, kalau tidak bekerja mana nak dapat duit. Perkara sebegitu yang membuatkan saya berfikir.

“Jadi, apa saya buat adalah bawa dia keluar berjalan-jalan dan belikan permainan jika ada masa terluang.

“Suami pula selalu cakap tak bagus jika ajar dan manjakan anak dengan cara sebegitu.

“Sebab nanti, kalau tak dapat sesuatu dia akan minta barang. Ini sikap yang saya cuba buang sekarang. Saya buat semua itu sebab rasa bersalah tinggalkannya,” katanya.

Dalam masa sama Nad berkata, tindakannya dianggap perkara biasa dan kebanyakan ibu bapa sekarang melakukan perkara sama terhadap anak mereka.

“Ibu bapa saya pula cakap ia perkara biasa. Saya bekerja pun untuk dia. Macam saya dulu pun, mak ayah buat begini. Malah, kebanyakan ibu bapa sekarang macam ini.

“Dalam masa sama, suami ada cakap jika itu boleh hilangkan rasa beban dan bersalah saya, tidak mengapa kalau nak buat juga,” katanya.

Berkongsi mengenai karier, Nad yang juga pemenang Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2018 tidak pernah meletakkan sebarang syarat dalam lakonan.

Biarpun selepas memiliki anak, apa yang penting bagi Nad kerjasama semua pihak dalam memastikan kelancaran kerja.



Nad Zainal Rancang tambah anak masih belum puas memanjakan anaknya kerana terikat dengan jadual kerja yang padat.

“Saya tak pernah letakkan syarat. Kalau balik lambat disebabkan faktor cuaca, saya boleh terima.

“Sebab ia tidak boleh dijangka. Namun, kalau pada hari itu semua lancar dan kru pula buat sambil lewa, saya akan bising juga.

“Sejak ada anak, tak pernah lagi balik terlalu lewat hingga jam tiga atau empat pagi. Macam suami pun, dia okay. Tapi, dia akan mula hubungi saya kalau jam 12 malam belum pulang,” katanya.

Nad turut berkongsi akan membawa anak bersama jika penggambaran dilakukan di luar kawasan.

“Saya tak suka menyusahkan orang. Kalau ada babak di luar kawasan, saya sewa sendiri penginapan. Saya akan maklumkan perkara ini kepada produksi.

“Jadi, saya akan bawa bersama suami, anak dan mak. Tidaklah saya berasa terlalu lama tinggalkan mereka,” katanya.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/05/nad-zainal-rancang-tambah-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berencana Tambah Anak Titi Kamal Ingin Anak Perempuan

Berencana Tambah Anak Titi Kamal Ingin Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 285 hits
Aktris cantik Titi Kamal berencana kembali menambah momongan Istri dari Christian Sugiono ini mengaku ingin memiliki anak perempuan
Punya 19 Istri 46 Anak Dan 200 Cucu Pria 72 Tahun Ini Ngaku Sempat Ingin Tambah Lagi

Punya 19 Istri 46 Anak Dan 200 Cucu Pria 72 Tahun Ini Ngaku Sempat Ingin Tambah Lagi

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 585 hits
Seorang pria berusia 72 tahun bernama Che Soh Ahmad mungkin bisa dijuluki dengan pria paling subur di Malaysia Menginjak usianya yang ke 72 tahun siapa sangka ia sudah menikah sebanyak 19 kali dan memiliki 46 anak serta 200 cucu Che Soh men...
Hamil Anak Kedua Hanez Suraya Obses Industri Drama Korea

Hamil Anak Kedua Hanez Suraya Obses Industri Drama Korea

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 455 hits
Hanez majlis pelancaran produk pewarna bibir Cake Pop di Hotel Grand Millennium baru baru ini Pelakon Hanez Suraya mengakui terlalu obses dengan drama drama Korea dan muzik K Pop sejak hamil anak kedua Menurut Hanez dia sering menghabiskan ...
Koleksi Sajak Cerita Anak Kampung

Koleksi Sajak Cerita Anak Kampung

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 532 hits
CERITA ANAK KAMPUNG YAKUB UTON Kami ini orang cakap Tidong aku tak faham aku orang kampung dari daerah Kalabakan tidak kenal nenek moyang tidak tahu kubur nenek moyang orang tua jalan sendiri Kami ini orang kampung atuk kami Sungai Semendal...
Hiburan Kongsi Video Bergurau Bersama Anak Sharnaaz Ahmad Dan Isteri Sudah Berbaik

Hiburan Kongsi Video Bergurau Bersama Anak Sharnaaz Ahmad Dan Isteri Sudah Berbaik

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 324 hits
Sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan tentang status rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang bergolak apabila mereka saling memuat naik status di Instagram seakan memerli antara satu sama lain Bukan itu sahaja kedua...
Jangan Pukul Anak Menangis Bawah Setahun Waktu Itu Mereka Sedang Doakan Kita

Jangan Pukul Anak Menangis Bawah Setahun Waktu Itu Mereka Sedang Doakan Kita

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 580 hits
Peringatan untuk ibu bapa yang ada anak kecil kenapa kita dilarang memukul anak kecil yang sedang menangis Mesti ibu bapa akan rasa habis tu kalau anak mengamuk menjerit tak kan nak biarkan Mesti kena ajar Berdasarkan hadis Rasulullah SAW b...
Salam Ramadan 2019 Dan Ketahui Cara Bertawarikh Buat Ibu Dengan Anak Kecil

Salam Ramadan 2019 Dan Ketahui Cara Bertawarikh Buat Ibu Dengan Anak Kecil

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 747 hits
Alhamdulillah syukur dan terima kasih Allah kerana kita masih bernafas untuk meneruskan ibadah puasa sekali lagi dan Ramadan 1440H yang ditunggu akhirnya tiba juga Semoga Ramadan tahun ini memberi kerahmatan pada kita dan meningkatkan Taqwa...
Asik Nyabu Di Rumah Ayah Dan Anak Di Banjarmasin Ditangkap

Asik Nyabu Di Rumah Ayah Dan Anak Di Banjarmasin Ditangkap

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 315 hits
Terbukti dari sejumlah barang bukti yang ditemukan petugas saat melakukan penggeledahan Di antaranya 21 paket sabu seberat 8 70 gram satu paket sabu seberat 0 28 gram serta 10 butir pil ekstasi logo kerang warna merah muda dengan berat 3 98...
Siapa Bunuh Anak Saya Dalam Balai Polis

Siapa Bunuh Anak Saya Dalam Balai Polis

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 910 hits
Penduduk Mesa Ak Ugom 54 bercakap kepada media semasa ditemubual di Rh Andi Lubok Besai Entaih Sarawak foto AFFAN FAUZI SARIKEI Mungkin umum sudah terlupa insiden seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditemui mati dengan kesan temba...
Pelbagaikan Kegunaan Khemah

Resepi Nasi Lemak Rendah Kalori Sarapan Sihat Mengenyangkan

Mahathir Treats Sabah And Sarawak As Piggybanks Says Analyst

Selamat Hari Ibu Buat Emak Saya Semua Emak Di Dunia

Anwar Rebukes Divisive Leaders In Sabah Who Stoke Conflict With Putrajaya

Filem Gayong

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Makan Di Gerai Tip Top Ikan Bakar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Biar Anak Membesar Dengan Suara Jeritan Kita Ini Realiti Pedih Tapi Benar

Masakan Ibu Bukan Sekadar Lauk Tapi Doa Yang Mengalir Dalam Setiap Suapan

Jauhi Hubungan Toxic Sayangi Diri Pilih Jodoh Yang Sihat

Tiga Jenis Daun Ketum

Aplikasi Info Gempa Bumi Dunia

Polis Siasat Dakwaan Vokalis Skinhead Diserang Dipukul