Siapa Bunuh Anak Saya Dalam Balai Polis


Kasthuri Jeevendran
Penduduk, Mesa Ak Ugom, 54 bercakap kepada media semasa ditemubual di Rh Andi, Lubok Besai, Entaih, Sarawak. foto AFFAN FAUZI, 
SARIKEI – Mungkin umum sudah terlupa insiden seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditemui mati dengan kesan tembakan serta tetakan pada badan di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya pada Ogos 2017.

Sehingga kini, kes tersebut masih lagi kekal misteri tanpa sebarang penemuan bukti baharu mahupun dalang di sebalik kejadian tersebut.

Namun apa yang jauh lebih menyayat hati ialah rintihan bapanya ketika ditemui oleh Malaysia Gazette di rumah panjang mereka di Lubok Besai, Entaih Pakan baru-baru ini.

Mesa anak Ugom, 54, mengakui hubungan antara dia dan anak lelakinya, mendiang Valentino Mesa yang berusia 29 tahun mati dibunuh dengan kejam pada dua tahun lepas.

Kata Mesa dalam  tangisan, dirinya serta keluarga dan sahabat handai masih terus tertanya apakah sebenarnya yang terjadi kepada Valentino sehingga dibunuh sebegitu rupa.

Malah Mesa terus mempersoalkan bagaimana pembunuhan anaknya itu masih lagi menemui jalan buntu sehingga bertahun lamanya walaupun ianya dipercayai dilakukan dalam balai polis tempat dia bekerja.
Valentino Mesa“Saya sendiri sudah berkali-kali menghubungi pihak berkuasa tetapi sampai hari ini mereka tidak beri apa-apa jawapan. Siasatan masih lagi tidak lagi menemukan siapakah yang melakukan perbuatan itu dan mengapa ianya dilakukan.

“Saya buntu dan sedih, pembunuh anak saya yang tidak berperikemanusian itu perlu dihadapkan ke muka pengadilan namun ianya sampai kini tidak terlaksana. Mengapa? Kenapa? Siapa bunuh anak saya?

“Tolonglah, saya rayu kepada pihak kerajaan supaya segera cari siapakah yang lakukan perbuatan ini, saya tidak diberikan sebarang penjelasan sehingga kini. Saya mohon kepada kerajaan. Kini sudah ada kerajaan baharu, tolonglah bantu saya dan keluarga, kami ingin ketenangan,” tangisnya.
Penduduk, Mesa Ak Ugom, 54 bercakap kepada media semasa ditemubual di Rh Andi, Lubok Besai, Entaih, Sarawak. foto AFFAN FAUZIValentino juga dikatakan telah mula berkhidmat sejak tahun 2009 dan sudah berkahwin namun belum mempunyai anak.

Jelas Mesa lagi ketika ditanya tentang hari-hari terakhir Valentino, katanya tidak ada apa-apa yang pelik dengan kelakuan anaknya.

“Dia akan menghubungi kami di sini sekali sekala. Walaupun jarang sekali dia berkongsi masalahnya namun saya juga sangat pasti tidak ada apa-apa yang pelik. Dia tidak banyak masalah atau musuh. Itu saya pasti.

“Mungkin juga ada yang tidak berapa gembira dengan dirinya menjadi polis, mungkin. Saya tidak tahu tapi anak saya bukan orang jahat dengan banyak musuh sehingga diperlakukan sebegitu rupa.

“Dia hubungi saya beberapa hari sebelum kejadian dan bercakap seperti biasa sahaja, jadi bayangkan apa yang saya rasa apabila selepas beberapa hari itu, saya terima berita kematian dan mayatnya dalam keadaan ditembak dan ditetak,” ujarnya.

Pada insiden 2017 itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan dan pemeriksaan awal mendapati terdapat satu kesan tembakan dan tetakan di badan mangsa termasuk di kepala.

“Tidak ada unsur-unsur lain. Cumanya dimana saya beritahu tadi kejadian ini memang dia (penyerang) masuk untuk mencederakan anggota kita dan satu tembakan daripada pistol anggota itu sendiri dan melarikan pistol tersebut.

“Pegawai yang terakhir melawat ialah dalam pukul 1.30 pagi, 1.15 pagi hingga 1.30 pagi ada lawatan pegawai untuk melawat balai,” kata Mazlan pada masa itu.

Beliau  turut mengesahkan tiada kamera litar tertutup di dalam balai polis berkenaan dan ketika kejadian mangsa seorang diri.
Valentino Mesa dan isteri.Ketika Malaysia Gazette menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kes itu masih dalam siasatan dan diklasifikasikan sebagai kes bunuh bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen P209 Julau, Larry Sng yang turut dihubungi beberapa kali oleh keluarga Valentino juga mahu mendapatkan keadilan bagi keluarga tersebut.

“Selain bercakap dengan pihak polis untuk mengetahui dengan lebih lanjut, saya juga akan membawa isu ini ke Parlimen pada sesi akan datang ini, pada saya ini bukan satu kes yang boleh di pandang ringan.

“Keluarga ini mahukan pengadilan, kita semua mahu tahu apa sebenarnya yang terjadi, ini adalah sesuatu yang langsung tidak boleh di kompromi,” tegasnya. –MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/siapa-bunuh-anak-saya-dalam-balai-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Kesal Polis Tangkap Penulis Kritik Anak Raja

Pm Kesal Polis Tangkap Penulis Kritik Anak Raja

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 261 hits
News Diterbitkan Hari ini 3 32 petangPerdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kesal dengan tangkap seorang penulis susulan satu tweet pasal anak raja Rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu Kebebasan bersuara adalah penting di dalam se...
Karena Benci Pria Yang Nikah Terpaksa Tega Bunuh Anak Sendiri Pertimbangkan 5 Hal Ini Sebelum Menikah

Karena Benci Pria Yang Nikah Terpaksa Tega Bunuh Anak Sendiri Pertimbangkan 5 Hal Ini Sebelum Menikah

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 412 hits
Diduga nikah terpaksa karena istri hamil duluan pria ini nekat habisi bayinya yang masih 3 bulan Duh sedihnya
Anak Kecil Berusia 3 Tahun Menjaga Adiknya Yang Masih Kecil Selama Berhari Hari Setelah Ibu Bapanya Mati Bunuh Diri

Anak Kecil Berusia 3 Tahun Menjaga Adiknya Yang Masih Kecil Selama Berhari Hari Setelah Ibu Bapanya Mati Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 469 hits
Pihak berkuasa memuji aksi hero anak kecil yang menyelamatkan nyawa adiknya yang masih bayi setelah ibu bapanya mati akibat pembunuhan dan bunuh diri pada awal bulan yang lalu David Kooros Parsa 46 dan Mihoko Koike 38 ditemui mati ditembak ...
Ingin Kuasai Uang Bantuan Gempa 3 Anak Di Lombok Bunuh Ibu Sendiri

Ingin Kuasai Uang Bantuan Gempa 3 Anak Di Lombok Bunuh Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 541 hits
Tiga pria membunuh ibu tirinya lantaran mengira ibunya memiliki uang bantuan gempa Kejadian terjadi di Desa Kekeri Kecamatan Gunung Sari Kabupaten Lombok Barat Nusa Tenggara Barat Kapolres Mataram Ajun Komisaris Besar Polisi Saiful Alam men...
Rotan Malukan Anak Di Media Sosial Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri

Rotan Malukan Anak Di Media Sosial Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 633 hits
Gemar memuat naik aktiviti seharian mengenai kehidupannya akhirnya mengundang padah apabila sebuah badan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri yang merotan anak perempuannya hanya kerana membuka ...
Anak Anak Diugut Bunuh Oleh Ibu Kandung Sendiri

Anak Anak Diugut Bunuh Oleh Ibu Kandung Sendiri

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 706 hits
TIGA beradik yang dipercayai didera ibu kandung semasa ditemui bersama bapa mereka di Tanjong Tokong FOTO Zuhainy ZulkiffliIBU dipercayai mendera tiga anak kandungnya termasuk seorang yang kurang upaya dalam kejadian di rumah mereka di Geor...
Anak Saya Trauma Kanak Kanak Tercekik Bulu Ayam Mcdonald S

Anak Saya Trauma Kanak Kanak Tercekik Bulu Ayam Mcdonald S

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 488 hits
Selepas memakan tiga ketul kepak ayam goreng yang masih berbulu seorang wanita baru perasan ada benda pelik pada bahagian kepak ayam yang dipesan di restoran McDonald s BACA Menurut laporan wanita tersebut yang dikenali sebagai Zhou memesan...
Bila Anak Terasa Ibunya Muda Lagi

Bila Anak Terasa Ibunya Muda Lagi

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 349 hits
Ma nanti kalau Mama dah keluar uban Ain dah mula kena serious kena struggle huaaa sedihnyaa Sbb apa Sbb maksudnya dah dekat jawabnya Whattttt Ada2 je anak ai ni Dah byk kali Ain cakap macam ni Malam tadi cakap lagi Kurang uban tak mestinya ...
Konsert Bukan Keperluan Utama Anak Muda

Konsert Bukan Keperluan Utama Anak Muda

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 330 hits
Apa yang menjadi keperluan anak muda sekarang ialah sistem pendidikan yang terbaik di semua peringkat peluang pekerjaan yang terjamin selepas tamat pengajian kos sara hidup yang rendah terutama untuk graduan atau yang baru menamatkan pengaj...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025