Nabi Anak Yatim


Tedi berbicara mengenai nasyid "Nabi Anak Yatim": Dinyanyikan oleh kumpulan nasyid (munsyid) Raihan disertai kumpulan nasyid NowSeeHeart.Nasyid yang sungguh bagus yang menceritakan sebahagian sirah junjungan besar Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam.Nasyid ini fokus kepada kehidupan Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam sebagai seorang anak yang yatim piatu, namun diceritakan secara umum. 
..
Hutang gambar: Sebutir Kasih, Sejuta Sayang: Anak Yatim..
Lirik & komen:Muhammad, Muhammad, Muhammad Mustafa
Salah satu gelaran Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam ialah al-Mustafa
Ibunya bernama Aminah, ayahnya bernama Abdullah
Dilahirkan di Makkah al-Mukarramah, ibu susunya Halimatus Sa'adiah
Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam anak kepada Aminah binti Abdul Wahab & Abdullah bin Abdul Mutalib, orang baik-baik yang mengamalkan ajaran munif iaitu daripada Nabi Ibrahim alaihissalam.
Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam adalah cucu-cicit Nabi Ibrahim dan sepupu kepada Nabi Isa alaihissalam berdasarkan pangkat. Hal ini boleh diterjemah daripada ucapan mereka dalam kisah Isra' Mikraj.
Baginda sollallahu a'laihi wassalam disusukan oleh Halimatus Sa'adiah. Semasa air susu yang awal menitis ke mulut Baginda sollallahu a'laihi wassalam, ternakan Halimatu Sa'adiah yang kurus menjadi berisi & menghasilkan banyak susu, manakala susu Halimatus Sa'adiah yang kering menjadi banyak.
Halimatus Sa'adiah adalah daripada kabilah di desa, pergi ke Makkah mencari bayi untuk disusukan dengan harapan mendapat upah (kiranya kerja sampingan). Namun siapa nak bagi kalau dia pun macam tak cukup makan? Mestilah kita nak bayi kita disusukan oleh mereka yang sihat & banyak susu.
Halimatus Sa'adiah terlihat Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam & mengambil Baginda untuk disusukan tanpa sebarang upah. 
Alhamdulillah, subhanallah, masya-Allah, akhirnya dia beroleh keberkatan pada ternakannya,keberkatan pada susunya & yang paling penting Halimatus Sa'adiah adalah antara insan yang dikasihi Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam. Berkat Allah ke atasnya. Redha Allah ke atasnya. Al-fatihah buat ibu susu Baginda sollallahu a'laihi wassalam. Ada nasyid khas untuk beliau, insya-Allah Tedi huraikan di lain hari.
Ayahnya meninggal di Mina, ketika Nabi di dalam kandungan
Alangkah sedih pilunya, ibunya menjaga Baginda
Bapa Nabi Muhammad sollallahu a'laihi wassalam meninggal semasa meniaga di perantauan. Tak berapa ingat ketika itu bapa Baginda meniaga di Mina atau hanya singgah di sana dalam perjalanan pulang ke Makkah.
Muhammad Mustafa
Semasa di dalam perjalanan, pulang dari makam suaminya
Aminah jatuh sakit di Abwa, kembali ke alam baqa'
Kemudian ibu Baginda membawa Baginda menziarahi makam ayah Baginda, dalam perjalanan pulang ke Makkah, ibu Baginda pula sakit dan meninggal dalam perjalanan. Ibu Baginda dikebumikan di Abwa.
Tinggallah Nabi seorang diri, ditinggalkan insan yang dikasihi,
Tinggallah Nabi seorang diri, mengajarnya hidup berdikari,
Nabi sollallahu a'laihi wassalam dibela oleh datuknya, Abdul Mutallib, namun datuk Baginda juga meninggal dunia tak lama selepas itu.
Baginda kemudiannya dijaga oleh Abu Talib yang mempunyai ramai anak, maka Baginda sollallahu a'alaihi wassalam kena berdikari dengan bekerja menggembala kambing, sebelum menyertai rombongan meniaga.
Terpadam api biara Majusi, runtuhlah istana Kisra Parsi
Makkah diterangi cahaya putih, tanda lahir Nabi anak yatim
Di antara tanda kelahiran seorang nabi akhir zaman, iaitu Muhammad sollallahu a'laihi wassalam ialah terpadamnya api biara Majusi.
Pernah kawan2 terfikir apa anehnya api terpadam? Ia menjadi aneh kerana api biara ini sentiasa dijaga supaya tidak terpadam, boleh dikatakan menyala bertahun-tahun. Malu la kalau api yang disembah boleh padam, nampak sangat api tu tak berkuasa, sebab itulah ia dijaga bersungguh-sungguh, untuk jaga air muka pendeta mereka.
Di samping itu, istana Kisra Parsi pula runtuh.
Makkah pula diterangi cahaya putih terang-benderang. Susah nak cerita pasal cahaya putih terang-benderang ni, kalau kawan2 pernah tengok Discovery Channel mungkin boleh bayangkan macam mana rupanya.
Anak yatim anak yang mulia, dilindungi Allah setiap masa.
Rangkap ini menjelaskan bahawa Allah subhanahu wa ta'ala menjaga Baginda sebaiknya. Oleh itu kita kena juga jaga anak yatim sebagai menghormati Rasulullah sollallahu a'laihi wassalam yang yatim piatu.
 Sollallahu a'la Muhammad, Sollallahu a'laihi wassalam
Hidupnya yatim, yatim piatu
Tiada ayah, tiada ibu
Hidupnya yatim, yatim piatu,
Namun dia-lah manusia agung.
Karangan ini mula diterbitkan pada 20130617 adalah berkenaan lirik lagu Muhammad anak yatim iaitu kisah mengenai Rasulullah sollallahu alaihi wassalam pada zaman kecil Baginda kehilangan kedua-dua ibu bapa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2013/06/nabi-anak-yatim.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Kali Ini 52km Kain Nak Siapkan Pakaian Perang Perwira Kisah Anak Yatim Gigih Bantu Frontliners

Covid19 Kali Ini 52km Kain Nak Siapkan Pakaian Perang Perwira Kisah Anak Yatim Gigih Bantu Frontliners

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 433 hits
ISU kekurangan kelengkapan perlindungan diri dalam kalangan petugas hospital mendapat perhatian banyak pihak di negara ini Selain pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin di Kajang Selangor turut...
Tiada Telefon Untuk Hilang Bosan Anak Yatim Piatu Kuarantin Ditemani Al Quran

Tiada Telefon Untuk Hilang Bosan Anak Yatim Piatu Kuarantin Ditemani Al Quran

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 374 hits
Seorang pengutip sisa klinikal di Hospital Tumpat sebak berkongsi kisah mengenai kanak kanak lelaki yang selesai menjalani kuarantin selepas menjadi suspek jangkitan Covid 19 Menurut Mohd Irman Mat dia sering mengambil sedikit masa untuk be...
Anak Yatim Dari Rawang

Anak Yatim Dari Rawang

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 464 hits
Pelajar baru dari Rawang Selangor Anak Yatim ini berumur 12 tahun Memerlukan tajaan untuk belajar di pusat Tahfiz ini Sesiapa berminat untuk jadi penaja anak Yatim ini boleh hubungi saya Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke no akaun berik...
Tiga Anak Yatim Dan Seorang Anak Yang Ditinggalkan Mak Ayah

Tiga Anak Yatim Dan Seorang Anak Yang Ditinggalkan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 474 hits
Berikut adalah beberapa pelajar yang perlu diberi perhatian di maahad ini Tiga dari mereka adalah anak yatim kehilangan ayah sejak kecil sementara salah seorangnya pula anak yang terbiar tanpa perlindungan dan kasih sayang dari ibu dan ayah...
Petugas Hospital Tak Cukup Ppe Anak Yatim Asnaf Rpwp Buat Sehingga 3 000 Mask Sehari

Petugas Hospital Tak Cukup Ppe Anak Yatim Asnaf Rpwp Buat Sehingga 3 000 Mask Sehari

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 299 hits
Apabila kebanyakan hospital di seluruh negara mengalami kekurangan sumber peralatan perlindungan diri yang wajib digunakan oleh semua petugas barisan hadapan ketika mengendalikan kes melibatkan wabak COVID 19 masih ada beberapa pihak yang k...
Anak Yatim Dari Sungai Siput

Anak Yatim Dari Sungai Siput

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 361 hits
Pelajar baru dari Sungai Siput Perak Anak Yatim ini berumur 11 tahun Ayahnya meninggal dunia kern kemalangan jalanraya Memerlukan tajaan untuk belajar di pusat Tahfiz ini Sesiapa berminat untuk jadi penaja anak Yatim ini boleh hubungi saya ...
Seri Ibu Mengandung Izara Aishah Papar Gambar Terkini Kehamilan Bakal Lahirkan Anak Perempuan

Seri Ibu Mengandung Izara Aishah Papar Gambar Terkini Kehamilan Bakal Lahirkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 528 hits
Umum mengetahui bahawa Izara Aishah pelakon berbakat besar bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi Baru baru ini Izara ada memuat naik beberapa keping foto terkini di akaun Instagram miliknya Usia kandungannya kini sudah mencecah us...
Santuni Rohani Anak Syurga

Santuni Rohani Anak Syurga

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 208 hits
Autisme bukanlah penyakit bawaan atau ancaman Namun ia boleh membawa kemudaratan jika tiada belas ihsan dan sokongan sesama insan Keprihatinan umat sejagat menjadi satu tuntutan untuk membawa sinar kebahagiaan kepada insan terpilih ini dan ...
Ayah Perlu Ambik Berat Anak Perempuannya

Ayah Perlu Ambik Berat Anak Perempuannya

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 355 hits
Kalau ayah tak ambik berat lelaki lain akan buat Sampai satu masa anak perempuan akan datang perasaan segan dengan ayah Ada sesetengah perkara yang dia rasa cuma boleh cakap dengan mak sahaja Selalunya masalah ni lagi kritikal kalau waktu k...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda