Santuni Rohani Anak Syurga
Autisme bukanlah penyakit bawaan atau ancaman. Namun ia boleh membawa kemudaratan jika tiada belas ihsan dan sokongan sesama insan. Keprihatinan umat sejagat menjadi satu tuntutan untuk membawa sinar kebahagiaan kepada insan terpilih ini dan ahli keluarga mereka untuk menjalani kehidupan dengan ketenangan.
Justeru itu, Program Autism Friendly Mosque akan diadakan pada 11 April 2020 bersamaan hari Sabtu untuk menyantuni anak-anak Autisme dan ahli keluarga mereka bersempena dengan Bulan Kesedaran Autisme Sedunia.
Dianjurkan buat kali ke-4 di peringkat Kebangsaan, program ini pada awalnya dirangka sebagai satu program berbentuk khidmat masyarakat di perkarangan masjid bersama anak-anak autism dari setiap negeri serta komuniti setempat. Namun, berikutan penularan wabak pandemik Covid-19 yang mula melanda negara Malaysia pada awal tahun ini, pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk meneruskan program ini secara maya dengan menggunakan medium laman media sosial rasmi “Facebook” Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Melalui program ini adalah diharapkan semua pihak akan:
Dapat membina modal insan Malaysia melalui kolabrasi di antara industri dan komunikasi.
Menyantuni golongan orang kelainan upaya (OKU) selari dengan Matlamat.
Pembangunan Lestari Mampan “Leave no one behind”.
Menghasilkan generasi peka dengan keperluan golongan orang kelainan upaya (OKU) dalam aspek kerohanian dan juga menghasilkan generasi kanak-kanak OKU yang tebal daya tahan kendiri sebagai persediaan menjadi golongan OKU yang serba boleh.
Orang ramai dan juga keluarga yang mempunyai anak autisme boleh mengikuti siaran langsung program ini melalui medium ‘Facebook LIVE” di laman Facebook Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur bermula jam 12:00 tengah hari pada hari Sabtu ini.
Terdapat juga Kuiz Trivia yang terbuka kepada semua penonton siaran Facebook LIVE tersebut serta beberapa peraduan yang boleh disertai oleh anak-anak autisme, seperti:
Peraduan Laungan Azan
Peraduan Solat Bersama Keluarga
Peraduan Melukis dan Mewarna
Peraduan Creative Meal
Maklumat lanjut berkenaan program ini boleh didapati di laman Facebook rasmi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur atau dengan menghubungi wakil MJSASKL, Ustaz Adeeb (011-2338 8502) atau Pensyarah UiTM & Penasihat Program, Dr. Naffisah (011 1236 8200).
The post Santuni Rohani Anak Syurga appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/04/09/santuni-rohani-anak-syurga/