N Izzah Pkr Kronisme Dan Nepotisme Latheefa Koya



Latheefa bidas lantikan pengerusi PKR negeri

Bekas pemimpin pusat PKR Latheefa Koya membidas parti itu yang didakwa mengamal sikap kronisme dan nepotisme dalam melantik pengerusi PKR negeri.

Ini termasuk pelantikan anak presidennya, Nurul Izzah Anwar sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang. 

Latheefa berkata, mengikut perlembagaan parti Presiden PKR Seri Anwar Ibrahim sepatutnya berunding dengan ketua-ketua cabang negeri sebelum sebarang lantikan dibuat. 

"Pelantikan Nurul Izzah sebagai pengerusi negeri Pulau Pinang oleh presiden parti yang juga bapanya sangat tidak sesuai dan terbuka kepada tuduhan amalan nepotisme. 

"Amalan melantik saudara terdekat dalam jawatan penting tidak sewajarnya wujud dalam sebuah parti reformis," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. 

Terdahulu, Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson mengumumkan pelantikan pengerusi-pengerusi negeri.
Latheefa berkata wujud ketidakseimbangan berdasarkan dua pengaruh utama dalam parti itu dalam pemilihan kepimpinan baru-baru ini. 

Ia merujuk kepada pertembungan antara persaingan Rafizi Ramli dan Mohamed Azmin Ali dalam merebut jawatan timbalan presiden. 

Latheefa berkata, kecuali dalam kes Sarawak dan Selangor, pengerusi negeri yang dilantik diketahui umum berada dalam kem utama dalam PKR. 

"Kenapa wujud ketidakseimbangan yang memihak kepada satu puak? Pelantikan yang memihak kepada satu puak tertentu sama seperti kronisme, yang merupakan ancaman kepada mana-mana pihak.

"Sekurang-kurangnya dua negeri iaitu Pahang dan Sabah, calon yang dipilih pada mulanya tidak mendapat sokongan majoriti di kalangan ketua-ketua cabang negeri. 

"Bagaimanapun, selepas dipanggil untuk bertemu presiden, ketua-ketua cabang negeri itu menukar sokongan mereka. Kenapa mereka beralih sokongan kepada pihak bertentangan selepas bertemu dengan presiden? Apa yang beliau (presiden) katakan kepada mereka?" soalnya. 

Sementara itu bagi pelantikan pengerusi PKR Kelantan, Latheefa mendakwa pemimpin dipilih masih menjadi ahli Umno. 

"Sehingga September 2018 Umno Tanah Merah mengesahkan bahawa beliau masih ahli Umno dan digantung atas tuduhan politik wang,” katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pemimpin itu dan PKR negeri.

Di tiga negeri lagi, kata Latheefa, pilihan majoriti berbeza dengan lantikan presiden.

"Manakala di Johor, Negeri Sembilan dan Selangor, walaupun majoriti ketua cabang menyokong calon yang berlainan, presiden memilih calon lain dan mengabaikan pilihan mereka. Saya mempunyai salinan memorandum bertulis daripada ketua-ketua cabang negeri," katanya. 

Tegas beliau, walaupun presiden diberi kuasa untuk memilih pengerusi-pengerusi negeri ia perlu berunding dengan ketua-ketua cabang. 

Sebaliknya menurut Latheefa, keadaan luar biasa dan bertentangan dengan semangat perlembagaan parti wujud apabila presiden mengabaikan pilihan majoriti. 

"Dalam sebuah organisasi reformasi dan demokratik, presiden parti tidak boleh menyembunyikan pendapat majoriti.

"PKR perlu sedar bahawa mereka kini merupakan sebahagian daripada kerajaan persekutuan, yang dipertanggungjawabkan dengan tugas yang tidak kurang untuk memulakan reformasi dan mengawal negara dengan betul. Oleh itu, ia mesti menegakkan amalan demokrasi tertinggi dan terbaik," jelasnya. 

MR :  PKR ni parti bergolak, sebelum pemilihan bergolak, semasa pemilihan baling kerusi, selepas pemilihan pun nak bergaduh lagi 

MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/[email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/nizzah-kronisme-dan-nepotisme-latheefa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Latheefa Koya Bidas Parti Isu Lantikan Pengerusi Pkr Negeri

Latheefa Koya Bidas Parti Isu Lantikan Pengerusi Pkr Negeri

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 312 hits
KUALA LUMPUR Bekas pemimpin pusat PKR Latheefa Koya membidas parti itu yang didakwa mengamal sikap kronisme dan nepotisme dalam melantik pengerusi PKR negeri Ini termasuk pelantikan anak Presidennya Nurul Izzah Anwar sebagai Pengerusi PKR P...
Hebat Pulak Semburan Latheefa Koya Pada Kepimpinan Pkr

Hebat Pulak Semburan Latheefa Koya Pada Kepimpinan Pkr

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 362 hits
Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat diberi peringatan agar tidak sesekali bercakap tentang amalan demokrasi seandainya apa yang diamalkan jauh panggang dari api Ahli PKR Latheefa Koya secara terbuka mendakwa pelantikan Pengerusi Negeri PKR seb...
Kontroversi Izzah Lepas Jawatan Latifah Koya Digesa Tinggalkan Pkr

Kontroversi Izzah Lepas Jawatan Latifah Koya Digesa Tinggalkan Pkr

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 1134 hits
Kontroversi Izzah lepas jawatan Latifah Koya digesa tinggalkan PKRPosted By on December 18 2018Bekas pemimpin pusat PKR Latheefa Koya digesa keluar dari partinya selepas dilihat tidak sehaluan dengan keputusan keputusan pucuk pimpinan parti...
Nurul Izzah Dilantik Ketuai Pkr Pulau Pinang

Nurul Izzah Dilantik Ketuai Pkr Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 427 hits
Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar menggantikan Mansor Othman sebagai pengerusi PKR Pulau Pinang PETALING JAYA PKR hari ini mengumumkan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai pengerusi parti itu di Pulau Pinang menggantikan Datuk ...
N Izzah Kecewa Hala Tuju Pkr Dan Politik Dalaman

N Izzah Kecewa Hala Tuju Pkr Dan Politik Dalaman

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 265 hits
PULAU PINANG 17 Dis Keputusan yang diambil Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar untuk meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Pimpinan negeri ini mungkin berpunca daripada rasa tidak puas hati dan kekecewaan ten...
The Wars To Come Nurul Izzah Pkr And Bersatu

The Wars To Come Nurul Izzah Pkr And Bersatu

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 326 hits
Nathaniel Tan Malaysiakini Firstly deepest condolences to the family of Muhammad Adib Mohd Kassim He died a true Malaysian hero Beside such nobility and sacrifice our political squabbles seem somewhat petty and childish Nurul Izzah Anwar s ...
Malacca Pkr Leader Rejects Nepotism Claim Tells Latheefa To Quit

Malacca Pkr Leader Rejects Nepotism Claim Tells Latheefa To Quit

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 287 hits
Malacca PKR vice chairperson G Rajendran has rejected the party s central committee leader Latheefa Koya s claims of nepotism and croynism in the party Rajendran instead claimed that Latheefa was making such allegations as her favourite lea...
Nurul Izzah Quits As Pkr Vice President

Nurul Izzah Quits As Pkr Vice President

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 325 hits
Nurul Izzah Anwar has resigned as vice president of PKR and relinquished her appointment as the chair of Penang PKR The Permatang Pauh MP said that she would remain a member of the parliamentary backbench committed to reforms My only regret...
13 Ketua Cabang Pkr P Pinang Rayu Nurul Izzah Tarik Balik Keputusan

13 Ketua Cabang Pkr P Pinang Rayu Nurul Izzah Tarik Balik Keputusan

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 401 hits
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Naib Presiden dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Demikian dinyatakan oleh ketua cabang Kepala Batas Datuk ...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Anak Buah Terpaling Kecil

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey