Myspr Semak Cara Semakan Pusat Mengundi Prn 2023


MySPR: Semakan Daftar Pemilih, Tempat Pengundi SPR Online 2023 (mySPRSemak) & Cara Tukar Pusat Mengundi Online
Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.
Sebelum anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan anda dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, anda perlulah didaftarkan sebagai pemilih.
Anda tidak boleh mengundi sekiranya nama anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang kaedah membuat semakan dan pendaftaran.
Selain itu, pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara atas talian.
Ianya lebih mudah, cepat dan menjimatkan masa.
TERKINI : Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN 2023) SPR telah mengadakan menyuarat khas untuk mengisi kekosongan kerusi berikutan pembubaran :
36 kerusi Dewan Negeri Kedah 43 kerusi Dewan Negeri Kelantan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu 40 kerusi Dewan Undangan Pulau Pinang 56 kerusi Dewan Negeri Selangor 36 kerusi Dewan Negeri Negeri Sembilan SPR telah menetapkan tarikh-tarikh penting seperti berikut:
Tarikh Keluar Writ : 5 Julai 2023 (Rabu) Hari Penamaan Calon : 29 Julai 2023 (Sabtu) Hari Mengundi Awal : 8 Ogos 2023 (Selasa) Hari Mengundi : 12 Ogos 2023 (Sabtu) Tarikh Semakan Tempat Mengundi PRN 2023 Para pengundi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).
Syarat Kelayakan Mendaftar MySPR Antara syarat kelayakan pendaftaran pemilih ialah:
Warganegara Malaysia Berumur 21 tahun ke atas. Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa. Baca juga : Proses Tukar Nama / Hakmilik Kenderaan Bagi Pemilik Meninggal Dunia
Semakan Daftar Pemilih SPR Bagi PRN 2023 MySPR Semak – Semakan Daftar Pemilih & Pusat Mengundi Bagi PRN 2023
Para pengundi PRN 2023 boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka mulai 17 Julai 2023 (Isnin).
Bagi membuat semakan, sila ikuti langkah berikut:
Muat turun aplikasi MySPR Semak atau terus ke Portal MySPR Semak di pautan berikut https://mysprsemak.spr.gov.my; Klik butang [Semakan Daftar Pemilih] Isikan nombor kad pengenalan 12 angka Tekan butang ‘Semak’. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan terperinci. Cetak dan simpan maklumat untuk rujukan. Semakan Maklumat Pilihan Raya Umum Ke-15 boleh dilakukan dengan dua kaedah; sama ada melalui aplikasi telefon pintar MySPR Semak, atau melalui pautan berikut: https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih
Nota: Anda juga boleh membuat semakan melalui Portal rasmi Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my; atau Hotline SPR di talian 03-8892 7018.
Jika anda masih belum mendaftar atau tidak didaftarkan, atau jika anda ingin membuat pertukaran alamat mengundi, sila rujuk langkah di bawah.
Sila layari www.spr.gov.my untuk maklumat lanjut
Cara Daftar Pengundi Online / Permohonan Akaun Baru SPR telah melancarkan portal terbaru MySPR Daftar bagi memudahkan rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi / pemilih secara online.
Anda boleh membuat semakan, pendaftaran atau memohon pertukaran alamat kawasan mengundi melalui portal ini hanya dengan 3 langkah mudah.
Langkah 1: Permohonan Akaun Pengguna
Sila layari laman web https://myspr.spr.gov.my
Untuk login ke sistem tersebut, pengguna perlu membuka akaun terlebih dahulu.
Klik pada ‘Permohonan Akaun Baru’.
Untuk membuka akaun MySPR Daftar, sila sediakan beberapa maklumat tambahan seperti berikut:
Nombor telefon bimbit yang sah Emel yang sah Gambar depan kad pengenalan Gambar swafoto bersama kad pengenalan Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama.
Manakala bagi permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengahari hari bekerja atau hari cuti termasuk Hari Kelepasan Am, akan diproses pada hari bekerja berikutnya.
Pegawai SPR akan semak pendaftaran akaun secara manual.
Sebaik disahkan benar, satu emel pengaktifan akaun akan dihantar ke emel anda.
Untuk memuatnaik gambar swafoto dan kad pengenalan, sila rujuk gambar di bawah.
Langkah 2: Pengaktifan Akaun Pengguna
Apabila maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
Login menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah 3: Isi Borang A
Selepas berjaya login, klik ‘Status Saya’.
Sekiranya anda belum didaftar sebagai pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat).
Isi kesemua maklumat yang diminta kemudian klik pada butang ‘Hantar’.
RUJUK MANUAL :
Panduan-Pengguna-MySPRDownload
Cara Tukar Alamat Tempat Mengundi Online PERTUKARAN BAHAGIAN PILIHAN RAYA / PERTUKARAN STATUS (TUKAR TEMPAT MENGUNDI SPR)
Sila layari pautan https://myspr.spr.gov.my/login Log masuk ke Akaun MySPR anda dengan mengisi No Kad Pengenalan, Kata Laluan dan CAPTCHA. Klik Borang A (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan. Pilih KATEGORI PEMILIH di Bahagian 1. Isikan ALAMAT LENGKAP SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS / ALAMAT TEMPAT BERTUGAS PASANGAN dan maklumat yang dikehendaki. Muat naik GAMBAR DEPAN MyKad dan GAMBAR SWAFOTO bersama MYKAD berkenaan. Semak maklumat yang telah diisi dan klik HANTAR. Satu notifikasi MOHON TAC akan dipaparkan. Anda diminta untuk klik MOHON TAC. Anda akan menerima no TAC melalui e-mel dan SMS. Masukkan no TAC dan klik HANTAR. Anda akan menerima notifikasi “Borang A TELAH DITERIMA DAN SEDANG DISEMAK UNTUK KELULUSAN oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia” melalui e-mel. PERMOHONAN PERTUKARAN ALAMAT DI MYKAD
Pengemaskinian alamat pada MyKad boleh dilakukan dengan hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dan membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.
Sila rujuk makluman dari JPN yang terkini dalam infografik di atas.
Baca juga : SSPN Online: Cara Buka Akaun SSPN-i & SSPN-i Plus Untuk Anak
Cara Memohon Undi Pos Online Untuk memohon undi pos, sila rujuk langkah berikut:
Daftar Akun MySPR dan aktifkan akaun pengguna Log masuk akaun MySPR Klik [Permohonan Undi Pos] Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan E-mel berkenaan status permohonan undi pos (Diluluskan / Ditolak) akan diterima selepas permohonan diproses. Cara Daftar & Membuat Semakan Lokasi Pusat Daftar Mengundi Secara Manual Bagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke kaunter berikut:
Kaunter Pendaftaran Pemilih
Ibu Pejabat SPR Malaysia
Aras G, Menara SPR
No.2, Jalan P2T, Presint 2
62100 Putrajaya Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan Sila semak lokasi cawangan SPR terdekat anda di pautan berikut:
https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr
Sistem Pendaftaran Pemilih / Pengundi Oleh SPR Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
SPR menjalankan 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:
Pendaftaran Baru pendaftaran pemilih buat pertama kali. Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Sekiranya seorang pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu. Muat Turun Aplikasi MySPRSemak Anda kini boleh memuat turun aplikasi MySPR Semak seperti berikut:
Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/myspr-semak/id1262263101
Google Play: https://play.google.com/store/apps/details
Maklumat Lanjut Untuk butiran lanjut tentang MySPRSemak sila hubungi hotline SPR di
No. Talian Hotline Pendaftaran Pemilih : 03-88927018
ATAU
Ajukan soalan melalui sistem aduan di http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/myspr-semakan-spr/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=myspr-semakan-spr

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn 2023 Terkini Tarikh Mengundi Penamaan Calon Spr

Prn 2023 Terkini Tarikh Mengundi Penamaan Calon Spr

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 201 hits
Tentu ramai yang tertanya tanya bilakah tarikh PRN 2023 akan diadakan dan mungkin sesetengah daripada rakyat Malaysia keliru mengapakah pilihan raya diadakan lagi bagi 6 negeri yang terpilih Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Pilihan ...
Ekredit Rahmah 2023 Semakan Bantuan Tiket Kapal Terbang

Ekredit Rahmah 2023 Semakan Bantuan Tiket Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 215 hits
Status semakan permohonan eKredit Rahmah 2023 di mana cara tebus dan claim Bantuan Tiket Kapal Terbang dikongsikan di bawah ini Teruskan membaca eKredit Rahmah merupakan satu inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan dengan k...
E Semakan Cbp Semak Penyata Dividen Co Opbank Pertama

E Semakan Cbp Semak Penyata Dividen Co Opbank Pertama

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 411 hits
Co opBank Pertama mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60 91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022 Ketua Pegawai Eksekutif Khairil Anuar Mohamad Anuar berkata peningkatan jumlah bayaran itu berband...
Gp Austria Cara Menonton Akhir Pekan F1 Sprint Kedua Tahun 2023 Di Sky Sports Di Red Bull Ring

Gp Austria Cara Menonton Akhir Pekan F1 Sprint Kedua Tahun 2023 Di Sky Sports Di Red Bull Ring

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 226 hits
Sirkus Formula 1 kembali ke Eropa dengan GP Austria karena Red Bull akan berlaga di kandang sendiri di Spielberg Tonton semua sesi langsung di Sky Sports F1 dengan Kualifikasi pada hari Jumat pukul 16 00 Sprint pada hari Sabtu pukul 15 30 d...
Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi Prn Ini Anak Najib

Penyokong Najib Mungkin Tak Keluar Mengundi Prn Ini Anak Najib

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 215 hits
KUALA LUMPUR Selepas Nooryana Najwa mendakwa penyokong bapanya Datuk Seri Najib Razak seolah olah sudah hilang sabar kini anak lelaki bekas Perdana Menteri itu pula menyuarakan kebimbangan sama Menurut Ketua UMNO Bahagian Langkawi Datuk Moh...
Str Tambahan Semakan Status Tarikh Jumlah Bayaran 2023

Str Tambahan Semakan Status Tarikh Jumlah Bayaran 2023

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 286 hits
STR Tambahan Semakan Status Tarikh Jumlah Bayaran Pihak Kerajaan telah mengenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan untuk membantu golongan yang memerlukan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan yang sesuai dengan tanggungjawab d...
Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha 2023 Rumi Arab

Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha 2023 Rumi Arab

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 301 hits
Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha 2023 Rumi Arab Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha 2023 Rumi Arab Dalam menyambut Perayaan Aidiladha 2023 satu elemen penting yang tidak boleh dilupakan ialah takbir raya Takbir Raya adalah bacaan yang mela...
Mypsv 2023 Semakan Status Lesen Psv Percuma E Hailing

Mypsv 2023 Semakan Status Lesen Psv Percuma E Hailing

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 570 hits
Semakan Status Lesen PSV percuma Mypsv 2023 license e Hailing grab foodpanda lalamove MyPSV merupakan suatu program berbentuk bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan kepada golongan belia yang membolehkan para belia mendapatkan lesen PSV s...
Solange Dekker Netherlands Menang Miss International Queen 2023 Semak Keputusan Penuh Pemenang

Solange Dekker Netherlands Menang Miss International Queen 2023 Semak Keputusan Penuh Pemenang

papar berkaitan - pada 26/6/2023 - jumlah : 219 hits
Miss International Queen sudah pun melabuhkan tirainya dan menobatkan Ratu International Queen 2023 yang baru Miss Solange Dekker dari Netherlands telah berjaya dimahkotakan pada malam itu menewaskan delegasi lain yang bertanding Jadi jom k...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord