Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha 2023 Rumi Arab
Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha 2023:Rumi & Arab
Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha 2023:Rumi & Arab. Dalam menyambut Perayaan Aidiladha 2023, satu elemen penting yang tidak boleh dilupakan ialah takbir raya. Takbir Raya adalah bacaan yang melambangkan kebesaran Allah dan merupakan salah satu tradisi yang diturunkan secara turun temurun. Dalam artikel ini, kami akan meneroka cara membaca takbir raya Aidiladha 2023 dalam dua bahasa, Rumi dan Arab, untuk memberikan panduan yang mudah diikuti untuk semua umat Islam.
Ketahuilah admin sangat gembira ingin berkongsikan maklumat ini kepada anda semua.
Teruskan baca artikel Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha 2023:Rumi & Arab samapai habis.
Jom join telegram kami untuk mengetahui segala update yang ada di Malaysia dengan tekan gambar dibawah:
Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha 2023:Rumi & Arab: Takbir Mutlaq dan Muqqayad Semasa Hari Aidiladha
Takbir mutlak di sunnahkan di awal bulan Zulhijjah sehingga akhir hari tasyrik.
الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله ، والله
أكبر الله، أكبر ولله الحمد.
Antara sunnah yang dianjurkan pada 10 hari pertama Zulhijjah adalah memperbanyakkan takbir.
Antara lafaz takbir yang dianjurkan adalah :
الله أكبر ، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله ، والله أكبر الله، أكبر ولله الحمد.
Sepertimana yang pernah dilafazkan oleh para sahabat, atau yang masyhur dengan panggilan ‘takbir raya’ dalam kalangan kita.
DOWNLOAD LAFAZ TAKBIR RAYA
Waktu Takbir Raya Haji
Takbir raya Aidiladha (Takbir Muqayyad) bermula pada Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) iaitu 28 Jun 2023 (Rabu) dan berterusan hingga ke Asar hari Tasyrik yang ketiga (13 Zulhijjah) iaitu hari Ahad, 2 Julai 2023.
Takbir Muqayyad bermaksud takbir yang dibaca setelah selesai setiap solat fardhu bermula pada hari 9 Zulhijjah dan berakhir selepas solat asar 13 Zulhijjah.
Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha 2023:Rumi & Arab
Apakah Dalil Dan Hukum Takbir Raya Haji?
Disunatkan bertakbir apabila tiba hari raya yakni hari raya Fitrah dan hari raya Adha. Disunatkan bertakbir raya ini samada secara sendirian atau berjemaah.
DALIL DISUNATKAN TAKBIR
Firman Allah Taala :
وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Artinya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan puasa dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu supaya kamu semua menjadi orang yang bersyukur.” (Al-Baqarah : 185)
Firman Allah :
وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَعْدُودَاتٍ
artinya : “Dan berzikirlah kamu sekelian dengan menyebut nama Allah pada beberapa hari-hari tertentu (yakni hari-hari tasyrik).” (Al-Baqarah : 203)
Maksud berzikir di sini ialah mengucapkan takbir dan talbiah pada ketika mengerjakan ibadah haji.
Tak Sangka Inilah Hikmah Tak Boleh Potong Kuku & Rambut Bagi Yang Nak Buat Korban dan
Telah diriwayatkan dari Ummu Athiyah r.a. berkata :
كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ، حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا، حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ، فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ، وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ.
Artinya : “Adalah kami diperintahkan keluar pada hari raya sehingga kami suruh keluar gadis-gadis yang masih dara dari rumah kediamannya dan sehingga kami suruh keluar juga wanita-wanita yang sedang haidh maka duduk mereka itu di belakang manusia. Maka mereka semua bertakbir dengan takbir orang ramai. Dan berdoa pula mereka itu dengan doa orang ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari raya tersebut dan kesuciannya.” (Hadith Bukhari)
Dan telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. kata beliau :
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” زَيِّنُوا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبِيرِ “
Artinya : “Rasulullah saw telah bersabda : Hiasilah hari-hari perayaan kamu dengan bertakbir.” (Hadith At-Tabarani)
Cara Bacaaan Takbir Raya Aidiladha Yang Lebih Panjang
Takbir Aidiladha Yang Panjang
Dan harus pula mengucapkan takbir yang lebih panjang seperti yang diucapkan olih umat Islam di Malaysia yaitu :
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْراً، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْراً، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الْدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزاَبَ وَحْدَهُ
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَ اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Berkata Imam As-Syafie :
وَإِنْ زَادَ فقال : اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا اللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اللَّهَ مُخْلِصِينَ له الدَّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ : فَحَسَنٌ
Ertinya : “Jikalau seorang yang bertakbir menambah dengan menyebut sebagai sebutan di atas maka ia adalah elok.” (Kitab Al-Umm)
Dalam menyimpulkan, takbir raya merupakan salah satu tradisi penting dalam menyambut Aidiladha 2023. Cara membaca takbir raya dalam bahasa Rumi dan Arab menjadi penekanan dalam artikel ini, dengan tujuan untuk memberikan garis panduan yang mudah diikuti oleh umat Islam. Melalui kefahaman takbir raya yang baik, kita dapat memantapkan rasa keagungan Allah dan menghargai warisan budaya yang diwarisi turun-temurun.
Dengan menghayati dan mengamalkan takbir raya, kita dapat merasakan kebersamaan dalam menyambut Hari Aidiladha dan mengeratkan hubungan agama dan sosial dalam masyarakat.
Marilah kita bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023 dengan penuh semangat, meraikan dan mengamalkan takbir raya sebagai penghormatan dan penyembahan kepada Allah swt
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2023/06/cara-bacaaan-takbir-raya-aidiladha.html