Myspp Semakan Keputusan Permohonan Spp 2024


SEMAKAN SPP – KEPUTUSAN PEGAWAI PENDIDIKAN PENDIDIKAN GRED DH41 2024 DI PORTAL MYSPP
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (COS) bagi tahun 2024
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) memaklumkan bahawa keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi tahun 2024 kepada calon-calon daripada kalangan Graduan Pendidikan yang telah ditemu duga pada 18 September hingga 9 November 2023 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh disemak bermula pukul 5.30 petang pada 8 Februari 2024 melalui Portal SPP.
Seramai 6315 orang calon telah berjaya dalam temu duga dan layak dilantik sebagai PPP Gred DG41 untuk mengisi sebahagian daripada keperluan PPP di Gred DG41 secara Contract of Service (COS) sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara.
Proses seterusnya adalah penempatan calon-calon yang berjaya di mana ia akan diuruskan oleh KPM.
Oleh itu, calon-calon yang berjaya diingatkan supaya sentiasa merujuk kepada Portal e-Graduan KPM dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.
Semakan keputusan temu duga dan tawaran pelantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 dengan pelantikan COS boleh dibuat melalui pautan berikut : https://www.spp.gov.my
Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh KPM.
TINDAKAN CALON SELANJUTNYA :
Calon yang berjaya diminta untuk mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan ke Suruhanjaya dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran sebelum urusan penempatan boleh dilaksanakan.
Sila rujuk Portal e-Graduan KPM dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan.
Surat Arahan melapor diri/penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kepada calon-calon yang berjaya.
Calon-calon yang Berjaya dimohon merujuk kepada Portal e-Graduan KPM di egraduan.moe.gov.my dari semasa ke semasa bagi urusan kemas kini maklumat graduan dan penempatan
Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon dimohon untuk menghantar e-mel pemakluman kepada alamat [email protected].
Sila kemukakan alamat yang betul berserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi dalam e-mel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.
Rujuk : FAQ Pengambilan Penjawat Awam Secara Kontrak Mulai Februari 2024
Apakah MySPP? Untuk makluman para pencari kerja, mulai 15 Julai 2020, semua permohonan jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) akan menggunakan Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan iaitu Portal mySPP.
SPP merupakan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) bagi anggota Perkhidmatan Pendidikan dalam urusan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, kemasukan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan/pertukaran tetap perkhidmatan dan kawalan tatatertib.
SPP menjalankan kuasanya melalui mesyuarat-mesyuarat seperti Mesyuarat Suruhanjaya tentang urusan pelantikan, perkhidmatan, kenaikan pangkat dan tatatertib, Mesyuarat Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat dan Mesyuarat Lembaga Rayuan Tatatertib.
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bertindak sebagai Pihak Berkuasa Melantik dalam perkhidmatan pelajaran dengan menjalankan tugasnya mengikut Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu :
Melantik calon ke jawatan tetap, kontrak atau sementara dalam perkhidmatan pelajaran. Mengesahkan dalam perkhidmatan anggota yang dilantik tetap. Meluluskan pemberian taraf berpencen ke atas anggota yang dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan. Kawalan kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran melalui Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat. Meluluskan pertukaran pelantikan atau pertukaran perkhidmatan. Berperanan sebagai Pihak Berkuasa Tatatertib dan Lembaga Rayuan Tatatertib perkhidmatan pelajaran. NOTA:
Di bawah Seksyen 5, Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (Semakan 1989), seseorang pemohon yang memberi maklumat palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya berkaitan sesuatu permohonan untuk mendapatkan pekerjaan atau pelantikan adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh dua (2) tahun atau denda dua ribu Ringgit Malaysia (RM2,000) atau kedua-duanya sekali.
Cara Daftar mySPP 2.0 (Versi Baru 2024) Untuk mendaftar mySPP bagi tujuan memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), sila ikuti langkah berikut:
1. Pendaftaran Baharu
Sila pergi ke laman web rasmi mySPP melalui pautan https://myspp.spp.gov.my/
Anda akan dibawa ke halaman berikut.
Klik pada ‘Daftar Akaun Baharu’
2. Isi Maklumat
Pastikan semua medan bertanda * diisi.
Nombor kad pengenalan dan nama penuh mestilah sama seperti di dalam kad pengenalan.
Selepas semua medan diisi, klik butang ‘Daftar’.
Skrin Maklumat Pra Pendaftaran Baru Pemohon dipaparkan:
Pastikan semua medan bertanda * diisi. Nombor Kad Pengenalan dan Nama mestilah sama seperti yang tertera di dalam Kad Pengenalan.
Alamat E-mel yang dimasukkan mestilah akaun emel yang sah dan aktif dan belum pernah digunakan bagi pendaftaran mySPP.
3. Klik Hantar
Setelah selesai memasukkan semua medan, klik butang Hantar.
4. Pengaktifan Akaun
Penghantaran pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.
Sila semak semula medan-medan berkaitan sekiranya ralat berikut dipaparkan:
5. Log Masuk
Anda boleh terus log masuk ke Portal mySPP menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan.
Baca juga : Cara Semakan Baki PTPTN Online & Tunggakan Terkini
Setelah anda mendaftar butiran dan maklumat anda sebagai pengguna SPP, anda perlu membuat permohonan pada mana-mana jawatan yang akan diiklankan dalam Portal SPP.
Jadi, kena sentiasa alert jika ada sebarang pengumuman / hebahan jawatan ya!
Rujuk panduan penuh dalam manual berikut:
Panduan Pengguna mySPP 2.0 (Versi Baharu 2023) : https://myspp.spp.gov.my/myspp/upload_doc/panduan_pengguna.pdf panduan_pengguna-myspp-2023Download Cara Isi Borang & Membuat Permohonan Jawatan mySPP Online Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang mySPP.
Pemohon dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPP sebelum memohon bagi mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak berkaitan dengan kelayakan yang dimiliki.
Rujuk pada Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.
Langkah-langkah mengisi borang SPP online adalah seperti berikut:
Log Masuk Portal mySPP Klik pada pautan MAKLUMAT PEMOHON dan isikan semua maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*). Klik pada pautan MAKLUMAT AKADEMIK dan isikan maklumat yang ditandakan dengan bintang yang bewarna merah (*). Isikan Maklumat ‘Pegawai Sedang Berkhidmat’ sekiranya berkaitan. Klik pada pautan Maklumat Tambahan dan isi butiran selengkapnya. Klik pada menu JAWATAN DIMOHON, sub-menu “Jawatan SPP” dan sub-menu “Jawatan PDRM/LAIN”. Calon hanya boleh memohon maksimum 3 jawatan SPP sahaja. Pilih jawatan pada ruang Jawatan Yang Layak Dipohon dan tekan butang >> bagi memasukkan jawatan tersebut ke ruang ‘Jawatan Yang Dipohon’. Pilih Pusat Temuduga / Ujian Khas yang Dipilih daripada senarai yang diberikan. Sekiranya pemohon telah berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang diisi sila klik pada butang HANTAR. Slip Akuan Pendaftaran akan dipaparkan dan ia boleh dicetak sebagai rujukan. MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA MYSPP
Panduan lanjut, sila rujuk manual pengguna mySPP berikut:
manualPengguna-mySPPDownload Cara Membuat Semakan Status Permohonan Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan” di pautan berikut: https://semakan.spp.gov.my/SemakanPermohonan/semak_papar.php
Pemohon boleh menyemak status permohonan selepas menekan butang HANTAR dalam pengakuan pemohon.
Skrin ini akan memaparkan senarai jawatan dipohon, tarikh daftar dan tarikh luput permohonan (1 tahun).
Sekiranya paparan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar. Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang DitetapkanOleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPP iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian. *Dalam perkara ini, SPP menetapkan hanya calon-calon yang terbaik dikalangan pemohon yang akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Baca juga : Daftar Penjana Kerjaya (Program Insentif Pengambilan Pekerja) MyFutureJobs PERKESO
Soalan Lazim SILA RUJUK SOALAN LAZIM (FAQ) MYSPP BERIKUT:
faq-mySPPDownload 1. Apakah jawatan yang boleh saya pohon di SPP?
– Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG29 dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 untuk berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
– Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) Gred DH29 dan PPPT Gred DH41 untuk berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);

Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) untuk berkhidmat di mana-mana agensi di bawah KPM iaitu jawatan berikut:
– Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) Gred N19;
– Penyelia Asrama Gred N19;
– Pembantu Pengurusan Murid Gred N19;
– Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19;
– Pembantu Makmal Gred C19;
– Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19;
– Pembantu Operasi Gred N11; dan
– Pemandu Kenderaan Gred H11
2. Bilakah dan bagaimanakah saya boleh memohon jawatan tersebut? Semua permohonan jawatan di bawah SPP boleh dilakukan sepanjang tahun. Permohonan boleh dikemukakan melalui Sistem mySPP di https://myspp.spp.gov.my
3. Bilakah iklan jawatan kosong SPP akan disiarkan? SPP tidak mengiklankan kekosongan jawatan di akhbar mahupun media massa yang lain.

SPP menyiarkan iklan sepanjang masa di portal rasmi mySPP. 
Oleh itu, pemohon juga boleh menyemak maklumat yang dimaksudkan serta perkara lain berkaitan dengannya dan mereka boleh memohon jawatan yang diminati yang sesuai dengan kelayakan yang mereka miliki.

Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Walau bagaimanapun, penerbitan iklan juga boleh dilakukan oleh SPP pada bila-bila masa mengikut kesesuaian berdasarkan keperluan urusan pengambilan jawatan tertentu.
4. Berapa lamakah masa yang diambil untuk dipanggil temu duga selepas proses pendaftaran di JobsMalaysia? Tiada tempoh yang ditetapkan bagi proses tersebut kerana selepas selesai proses pendaftaran, semua data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data SPP.
Proses tapisan hanya akan dijalankan setelah SPP Malaysia menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Kementerian.
Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil oleh SPP bagi menghadiri ujian/ temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
5. Saya telah membuat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia dan SPP telah mengesahkan permohonan jawatan saya, adakah maklumat permohonan jawatan tersebut ada disimpan dalam mySPP? Ya.
Semua maklumat permohonan jawatan SPP di JobsMalaysia yang telah disahkan permohonan oleh SPP akan berada dalam mySPP.
Walau bagaimanapun, anda masih perlu mendaftar akaun baharu di mySPP bagi tindakan selanjutnya.
Maklumat Lanjut Bagi pertanyaan atau maklumat lanjut tentang pendaftaran, permohonan jawatan SPP atau status semakan anda di portal mySPP, sila hubungi
SOALAN LAZIM : https://myspp.spp.gov.my/myspp/index.php?pages=faq Infografik : https://myspp.spp.gov.my/myspp/upload_doc/pendaftaran.pdf Talian Hotline mySPP : i) Urusan Pengambilan : 03-8893 4019/4020 ii) Urusan Teknikal : 03-8893 4021 Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP) sila isikan maklumbalas di SINI. Alamat surat-menyurat: Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 Putrajaya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/my-spp-online/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=my-spp-online

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ekasih 2024 Pendaftaran Amp Permohonan Baru Portal E Kasih

Ekasih 2024 Pendaftaran Amp Permohonan Baru Portal E Kasih

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 196 hits
PANDUAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN STATUS PERMOHON eKASIH 2024 Porta e Kasih merupakan satu portal yang telah diwujudkan nbsp di peringkat nasional bagi membantu nbsp nbsp merancang melaksana dan memantau program kemiskinan negara Ia bagi memb...
Keputusan Piala Asia 25 Januari 2024 Korea Selatan Vs Malaysia

Keputusan Piala Asia 25 Januari 2024 Korea Selatan Vs Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 207 hits
KEPUTUSAN MUKTAMAT Piala Asia 25 Januari 2024KOREA SELATAN 3 3 MALAYSIA 21 Jeong Woo Yeong 51 Faisal Halim 61 Arif Aiman penalti 83 Lee Kang In 90 4 Son Heung Min penalti 90 15 Romel Morales FIFA Ranking point asiacup2023 pialaasia2023
Str 2024 Maksud Tidak Lulus Amp Dokumen Permohonan

Str 2024 Maksud Tidak Lulus Amp Dokumen Permohonan

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 182 hits
STR 2024 Maksud Tidak Lulus amp Dokumen Permohonan Kementerian Kewangan telah umum bahawa bantuan STR Fasa 1 telah disalur secara berperingkat bermula pada 29 Januari 2024 baru 8211 baru ini Pada tahun tahun yang lalu pembayaran bagi progra...
Keputusan Mahkamah Persekutuan Berhubung Semakan Kehakiman Ke Atas Beberapa Seksyen Dalam Ekjs 2019 Negeri Kelantan

Keputusan Mahkamah Persekutuan Berhubung Semakan Kehakiman Ke Atas Beberapa Seksyen Dalam Ekjs 2019 Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 8/2/2024 - jumlah : 194 hits
Che IbrahimMungkinkah sejurus selepas tengahari esok sebaik sahaja Panel 9 Hakim Mahkamah Persekutuan membaca keputusannya maka laungan laungan Islam terancam syariat digugat mahkamah syariah dihina undang undang syariah tercabar dan macam ...
Tarikh Bayaran Perkeso 2024 Serta Inisiatif Terbaru Perkeso 2024

Tarikh Bayaran Perkeso 2024 Serta Inisiatif Terbaru Perkeso 2024

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 252 hits
Majoriti pekerja di dalam pelbagai sektor di Malaysia mempunyai caruman dibawah PERKESO yang diyakini dapat membantu pencarum dan menjaga kebajikan para pekerja PERKESO juga membayar kepada pekerja yang terlibat dengan kes kemalangan di tem...
Klab 2024

Klab 2024

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 218 hits
KLAB 2024Penganjuran Bersama Malaysian Book Publisher Association Buku Fixi The Patriots Tarikh 22 25 Februari 2024Waktu 10 pagi 10 malamTempat Central Market Kuala Lumpur KLAB2024 merupakan acara perbukuan yang fokus kepada judul judul fik...
Makan Di Restoran Yx 1 2024

Makan Di Restoran Yx 1 2024

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 152 hits
Assalamualaikum WBTSEMALAM tanya Pak Inche dah makan nasi ke Belum jawabnya Makan Mee Rebus di Zainal s Place jadi maknanya malam kena makan nasi Nak masak ke nak YX Saja pancing Ini kali pertama ke YX dalam tahun 2024 Tu pun dah masuk Febr...
Foto Prihatin Dengan Kondisi Pemilu 2024 Dewan Guru Besar Universitas Indonesia Deklarasi Kebangsaan

Foto Prihatin Dengan Kondisi Pemilu 2024 Dewan Guru Besar Universitas Indonesia Deklarasi Kebangsaan

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 149 hits
Sejumlah jajaran Sivitas Akademika UI juga turut menyampaikan deklarasi kebangsaan kampus perjuangan di Universitas Indonesia Depok
Polres Rohil Kawal Ketat Pergeseran Surat Suara Pemilu 2024 Di Rohil

Polres Rohil Kawal Ketat Pergeseran Surat Suara Pemilu 2024 Di Rohil

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 158 hits
Sebanyak 949 TPS Surat Suara untuk 9 Kecamatan di Rohil dipindahkan oleh staf KPU Daerah Kabupaten Rohil
Filem Reeza Gtr

Optimizing Gold Trading With The Moving Average Convergence Divergence Indicator

Absolute Thai Port Lepak Makan Sedap One Utama Damansara

Generate Unique Brand Names

Zus Coffee With Ceo Latte

Ringgit Hits 28 Month High After Fed Rate Cut

Ambil Insulin Selalu Hypoglycemia

Sesekali Belanja Anak Anak Fruit


echo '';
Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Biodata Ojen Aiwah Usahawan Kunafa Terkenal Personaliti TikTok Dan Penyanyi Lagu Hubb

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hai Cinta Dengarkanlah Slot Akasia TV3

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral


Bagaimana Populariti Boleh Mengubah Persepsi

Apa Maknanya Jika Mengalami Kencing Berbuih

Dunia Pendidikan Hari Ini Semakin Mencabar

Minyak Zaitun Organic Alard Peluang Jihad Ekonomi Palestin

Doa Naik Kapal Laut

Walkie Talkie Serangan Teknologi Baru Pbb Israel As Kalah