My Urban Lifestyle At Urban Retreat Onsen 163 Retail Park Mont Kiara
Urban Retreat Spa Mont Kiara. Sesekali nak manjakan diri dekat spa. Dah lama rasanya aku tak jejakkan kaki di spa. Kali ini ringan pula kaki ini melangkah ke Mont Kiara. Spa yang aku pilih ni berkonsepkan Japanese.
Biasa kalau spa kat KL ini samaada Thailand, Balinese dan Javanese. Kali ini sebab rasa rindu kat BerOnsen aku pilih Urban Retreat Spa Mont Kiara. Sebabnya Bathtub yang digunakan dari Jepun katanya. Suasana kat spa ni pun ada ala-ala Jepun sikit. Nak gi Jepun jauh sangat so kita ke Mont Kiara je lah.
Selain dapat tenangkan fikiran, dengan berOnsen dapat hilangkan segala stress dan meningkatkan kualiti hidup korang juga. Tak perlu lama pun nak gi spa ni. Cukuplah 1 jam punya sesi. Waktu lunch tu korbankan sekejap untuk ke spa. Aku pun ambil sesi jam 12 tgh hari sampai 1 petang. Stress dengan kerja punya pasal. Biasalah kalau jenis lifestyle urban macam aku ni. Sesekali nak jadi macam orang have-have katanya.
Urban Retreat Spa ni ada banyak jenis treatment yang korang boleh pilih, bergantung kepada tahap keinginan korang pada waktu tersebut. Macam aku lebih kepada nak rileks jer.
Antara treatment yang ada dekat Urban Retreat Spa Mont Kiara
Aromatherapy Massage (90 Min)Deep Tissue Massage (60 Min)Lymph Detox Massage (90 Min)Pregnancy Massage (60 Min)Swedish Thai Massage (90 Min)
Aku pilih Deep Tissue Massage. Yang jenis ini memang untuk rileks semataa-mata. Sambil tu boleh juga hilangkan lenguh-lenguh badan juga. Longgarkan mana-mana otat yang tengang tu. Sambil tu bolehlah tidur sejenak sebab dia punya massage ni jenis lembut jer. Aku rasa siap berdengkur jugaklah. hehe
Sepanjang massage tu diorang ada tanya juga keselesaan pelanggan. Samaada suhu sejuk / panas. Nak kuat ke slow massage. So far aku puas hati juga dengan service diorang.
Untuk aroma masa Onsen tu ada beberapa pilihan yang disediakan. Aroma ni juga memainkan peranan penting buat minda kita sebenarnya. Ada Jamine, Tropical Spice, Hinoki Mandarin, Coconut dan Vanilla Citrus. Korang boleh bau dulu sebelum buat pemilihan. Macam aku, favourite sudah pastinya Jasmine.
Memandangkan aku ambil treatment jenis scrub rileks tu ada lagi pilihan untuk jenis scrub pulak. Ada untuk soft skin, refreshing, smooth skin dan shoulder and back pain. Terpulang kepada jenis yang korang nak. Macam aku ofcoz shoulder and back pain.
Lupa nak cakap sebelum start massage tu, aku mula dengan Onsen dalam 45 minit berendam dalam bathtub. Dah rileks tu baru start massage dalam 45 mint lagi. Lebih kuranglah aku tak tengok masa sangat.
Kalau korang tak nak sesi yang panjang boleh je ambil sesi head, neck and shoulder massage je.
So korang kalau sedang menacari tempat nak chills out, rileks-rileks bagai apa kata korang datang je ke Urban Retreat Spa (Urban Retreat Onsen 163 Retail Park). Confirm puas hati!
Urban Retreat Spa (Urban Retreat Onsen 163 Retail Park)
The post My Urban Lifestyle at Urban Retreat Onsen 163 Retail Park Mont Kiara appeared first on Faizal Fredley.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.faizalfredley.com/2019/05/28/my-urban-lifestyle-at-urban-retreat-onsen-163-retail-park-mont-kiara/