My New Little Baby Nurin Alisha
Assalamualaikum..
Kembali menitipkan memori dalam blog ni setelah sekian lama meninggalkan. Sangat rindu nak menulis tapi masa terhad,mood pon tenggelam timbul. Lepas ni memang mampu nak menulis je. Blogwalking memang ke laut.huhuhu
Nak abadikan kenangan kat sini dengan kehadiran anak kedua,my little baby Nurin Alisha. Alhamdulillah..36 week dan menjalani proses induce, Nurin selamat dilahirkan
24 April 201918 Sa'aban 1440H19.16pm
Betul² hadap magrib kamu nak keluar ya. Kali ni Allah izinkan saya bersalin normal. Semuanya nampak baik pada saya tapi tak berapa baik keadaanya untuk baby
Baby Nurin start dalam minggu ke 27-28 doktor detect IUGR (saiz tumbesaran baby tak seiring dengan usia kandungan). Memang baby keluar pon kecik je. Berat Nurin lahir 1.86kg sahaja😁. Keluar² dapat skin to skin dengan baby,peluk dia. Alhamdulillah,keadaan saya memang baik masa kelahiran baby
Lepas keluar je baby,kena masuk NICU. Sebab doktor detect pulak usus baby tak berapa baik. Macam ada kotoran hitam keluar. Sejak tu la bermulanya kehidupan ulang alik rumah dan hospital.hihi
Untuk saya,esoknya lepas bersalin saya dah boleh keluar tapi baby kena tinggal. Tapi sebelum balik tengok baby dulu. Rinduu...tapi perancangan Allah itu sempurna dan elok sangat. Tunggu suami balik baru pergi tengok baby semula. Lama jugak baby kat hospital. 41 hari.
my sister dari anak pertama sampai kedua selalu ada..terharu
Pengalaman yang sangat indah allah bagi bersalin kali ni. Nanti cerita balik kisah IUGR pastu kena induce dengan NICU 41 hari tu ea. Mungkin boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang hadap masalah yang sama. ok? Jumpa pada next post ya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://akuayut.blogspot.com/2019/09/my-new-little-baby-nurin-alisha.html