Muzium Automobil Nasional Sepang Masuk Adalah Percuma


Muzium Automobil Nasional, Sepang – Masuk adalah PERCUMA!
Buat para pencinta kereta, atau ibu bapa yang sedang mencari destinasi menarik sekitar Lembah Klang, Muzium Automobil Nasional adalah pilihan yang tepat untuk dikunjungi.
Menempatkan pelbagai koleksi kenderaan klasik dan moden, muzium ini bukan sekadar pameran visual semata-mata, tetapi anda juga berpeluang untuk memahami sejarah industri permotoran tanah air dengan lebih dekat.
Sangat sesuai untuk lawatan pendek bagi mengisi masa hujung minggu. Menariknya lagi, kemasukan ke Muzium Automobil Nasional adalah percuma sahaja!
Jom baca lebih lanjut apa yang menarik di muzium ini. 
BACA JUGA: 10+ Muzium dan Galeri di KL 2025 – Weekend Getaway!
Muzium Automobil Nasional Muzium Automobil Nasional, yang terletak di dalam Pusat Selamat Datang Litar Antarabangsa Sepang (SIC), adalah sebuah institusi yang didedikasikan untuk memaparkan perkembangan industri automotif Malaysia. 
Ditubuhkan pada 19 Mac 2004 bersempena Perlumbaan Petronas Grand Prix, muzium dua tingkat ini menjadi saksi bisu kepada titik permulaan Malaysia dalam bidang perindustrian berat. 
Sejak penubuhannya, ia telah memainkan peranan penting dalam mendokumentasikan dan memelihara sejarah kenderaan yang telah membentuk lanskap pengangkutan negara. 
Dari kereta nasional pertama kita, Proton Saga, hinggalah kepada model-model kenderaan moden dan klasik dari serata dunia, semuanya anda dapat lihat di sini. Muzium ini menawarkan perjalanan masa yang menarik bagi setiap pengunjung. 
Ia bukan sekadar tempat pameran, tetapi juga pusat pendidikan yang menghidupkan semula semangat inovasi dan pencapaian automotif Malaysia.
Lokasi & Waktu Operasi  Alamat: PETRONAS Sepang International Circuit, 27, Sepang F1 Circuit, 64000 Sepang, Selangor, Malaysia Waktu Operasi: Setiap hari, 9 AM–5 PM Muzium Automobil Nasional terletak di Welcome Centre, Litar Antarabangsa Sepang, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Sepang, Selangor Darul Ehsan. 
Lokasinya yang strategik, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA dan KLIA2), menjadikan ia mudah diakses oleh pelancong tempatan dan antarabangsa. 
Anda boleh ke muzium ini dengan menaiki teksi bermeter dari KLIA, KLIA2 atau Stesen Komuter Nilai. Selain itu, kawasan sekitar turut menawarkan pelbagai tarikan lain seperti Mitsui Outlet Park, Sepang Gold Coast, dan Paya Indah Wetlands. 
Harga Tiket Masuk Masuk adalah PERCUMA. 
Muzium Automobil Nasional adalah di bawah Jabatan Muzium Malaysia. Kebanyakan muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia menawarkan masuk percuma, dan Muzium Automobil Nasional adalah salah satu daripadanya. 
Apa yang Menarik di Muzium Automobil Nasional? @placesmalaysia FREE Entry National Automobile Museum! 😍🚗 . 📌 Explore 2 floors featuring over 20 classic, local & international vehicles. Spot vintage models 🔥 like the Alvis Firefly Tourer, Jaguar D-Type, and Austin Healey 3000, along with Malaysian-made vehicles from Proton, Perodua, and Bufori! 🚙 . 【 National Automobile Museum 】 📍 Department Of Museums Malaysia, PETRONAS Sepang International Circuit, 27, Sepang F1 Circuit, 64000 Sepang, Selangor ⏰ 9am – 5pm (Daily) ✅ FREE Entry . #NationalAutomobileMuseum #Cars #VintageCars #CarLover #Sepang #selangor
♬ PASSO BEM SOLTO (Slowed) – ATLXS Sumber: placesmalaysia Muzium Automobil Nasional menawarkan pelbagai tarikan yang sesuai untuki semua peringkat umur Antaranya ialah:
1. Koleksi Kereta Klasik dan Vintaj Di muzium ini, pengunjung dapat melihat sendiri pelbagai model kereta klasik dan vintaj yang jarang ditemui di tempat lain. Setiap kenderaan dipamerkan dengan maklumat sejarah bagi membolehkan anda memahami evolusi teknologi automotif dari zaman dahulu hingga kini.
Untuk kanak-kanak pula, inilah peluang untuk mereka melihat rekaan model kereta zaman dahulu yang popular dan pernah digunakan.  
2. Pameran Sejarah Automotif Malaysia Muzium ini memaparkan perjalanan industri automotif negara, bermula dari penubuhan HICOM, PROTON, PERODUA, hingga MODENAS. 
Anda dapat melihat bagaimana syarikat tempatan membina nama dalam industri automotif serta pencapaian mereka di peringkat antarabangsa.
3. Galeri Sukan Permotoran Terdapat satu segmen khas di muzium ini yang menampilkan sejarah perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang, termasuk perlumbaan F1, MotoGP, dan Superbike World Championship.
Ini sangat menarik untuk peminat sukan permotoran yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kejayaan Malaysia dalam arena perlumbaan dunia.
4. Model Kereta dan Motosikal Tempatan Selain kereta klasik, terdapat juga pameran model-model kereta dan motosikal keluaran tempatan seperti PROTON, PERODUA, MODENAS, dan BUFORI.

5. Aktiviti Interaktif dan Pendidikan Muzium ini turut menyediakan maklumat interaktif dan pendidikan, sesuai untuk pelajar dan keluarga yang ingin menimba ilmu mengenai teknologi, inovasi, dan sejarah automotif. Setiap pameran disusun dengan penerangan yang mudah difahami. 
Tarikan Berdekatan Muzium Automobil Nasional Jika anda berkunjung ke Muzium Automobil Nasional di Sepang, terdapat pelbagai tarikan menarik lain yang boleh anda lawati di kawasan sekitarnya, contohnya seperti: 
Sepang International Circuit (SIC) Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) Mitsui Outlet Park Pusat Komersil Nilai 3 Medan Ikan Bakar Bagan Lalang Pantai Morib Sepang Gold Coast RUD Karting Sepang (GO-KART) Paya Indah Wetlands HL Dragon Fruit Eco Farm Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA KLIA Jungle Boardwalk Avani Sepang Goldcoast Resort Anjung Spotter Observation Deck Bukit Melati, Nilai BBST Walk Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut mengenai Muzium Automobil Nasional, anda boleh layari laman sesawang Jabatan Muzium Malaysia. 
Jangan lupa ikuti Facebook Muzium Automobil Nasional untuk sebarang info terkini. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:
Telefon: 03-8787 1499 / 4759 Emel: [email protected]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/muzium-automobil-nasional/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=muzium-automobil-nasional

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masuk Memorial Negarawan Percuma Sepanjang Tahun

Masuk Memorial Negarawan Percuma Sepanjang Tahun

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 76 hits
Kemasukan percuma bertepatan dengan tema sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2025 menurut Kementerian Perpaduan Negara Antara Memorial Negarawan yang boleh dimasuki percuma sepanjang tahun termasuk Memorial Tunku Abdul Rahman Putra dan Memor...
Lebih 1 Daripada 5 Kereta Global Yang Terjual Pada 2024 Adalah Ev

Lebih 1 Daripada 5 Kereta Global Yang Terjual Pada 2024 Adalah Ev

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 85 hits
Berdasarkan kepada data daripada laman Our World in Data yang menjejak data global kenderaan elektrik menunjukkan secara global lebih 1 daripada 5 kereta baru yang dijual pada tahun 2024 adalah elektrik Perkongsian peratusan jualan EV globa...
Sedekah Yang Baik Adalah Pada Adik Beradik Sendiri

Sedekah Yang Baik Adalah Pada Adik Beradik Sendiri

papar berkaitan - pada 7/6/2025 - jumlah : 122 hits
Dalam hidup berkeluarga satu perkara yang aku belajar tak semua akan berjalan sama rata Walaupun lahir dari rahim yang sama dibesarkan di bawah bumbung yang sama tapi bila dewasa jalan hidup masing masing sangat berbeza Ada adik beradik yan...
Institusi Raja Raja Melayu Adalah Payung Besar Irang Melayu Dsn Rakyat Malaysia

Institusi Raja Raja Melayu Adalah Payung Besar Irang Melayu Dsn Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/6/2025 - jumlah : 63 hits
Dr Maslee MalekDaulat Tuanku Institusi Raja Raja dan YDPA adalah Payung Besar sebenar untuk orang Melayu bernaung di negara ini berdasarkan perlembagaan persekutuan Malah ia merupakan Payung Besar untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira b...
Orang Ndak Dia Ko Orang Tak Ndak Swbab Masa Ko Dan Sebelumnya Adalah Zaman Kejatuhan Umno

Orang Ndak Dia Ko Orang Tak Ndak Swbab Masa Ko Dan Sebelumnya Adalah Zaman Kejatuhan Umno

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 127 hits
Tindakan drastik Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan UMNO dan mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat mencetuskan kejutan besar dalam arena politik tanah air La...
Memaafkan Mengampuni Adalah Sebuah Kebijaksanaan

Memaafkan Mengampuni Adalah Sebuah Kebijaksanaan

papar berkaitan - pada 31/5/2025 - jumlah : 145 hits
Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan pen...
Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

papar berkaitan - pada 2/6/2025 - jumlah : 182 hits
IN today s unpredictable world planning ahead and ensuring security for yourself and your loved ones is more than just good sense it s an essential part of a responsible life As the cost of living rises and unforeseen challenges become more...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Untuk Menggebukan Kulit Muka

Rahsia Guna Ai Canva Untuk Buat Produk Digital Di Etsy

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Tak Kahwin Tapi Berkepit Macam Orang Dah Kahwin Reaksi Riena Diana Marah Ketika Diaju Soal Kahwin Jadi Tumpuan

Disangka Bakal Naik Pelamin Hawa Rizwana Tampil Menafikan Bukan Saya Yang Nak Kahwin