Musicxchange Takbir Hari Raya Online Dari Konsortium Irama
1 Syawal 1441H Ahad 24 Mei 2020 ini pastinya melakar sejarah kepada ramai umat Islam di Malaysia dan dunia ini apabila kita terpaksa menyambut hari raya ini dalam keadaan kita dikenakan arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020 dan diperketatkan (PKPB) semasa Aidilfitri sebagai langkah mencegah lonjakan kes Covid-19 di negara ini.
Bulan Ramadhan 2020 kali ini juga menjadi pengalaman ramai orang apabila tiada solat berjemaah, tiada solat terawih, moreh dan juga Bazar Ramadhan.
Namun aktiviti harus diteruskan juga bagi membuat ibadah-ibadah yang boleh dijalankan menerusi dalam talian. Contohnya, Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia atau lebih dikenali sebagai Konsortium IRAMA telah menganjurkan acara Takbir Hari Raya menerusi online yang disertai oleh penggiat dan penggiat industri.
Takbir yang dipimpin oleh Ustaz Asri Rabbani dan dibantu oleh Ustaz Nabil berjaya juga dilaksanakan walaupun terdapat halangan teknikal kerana hampir semula platform video seperti Webex Cisco, Zoom, Google Meet (sekadar menyebut beberapa nama) mempunyai 'letency' atau 'delay'/echo' yang menyukarkan membuat rakaman 'live' secara beramai-ramai
"Kami cuba setakat yang mampu, dan kekangan infrastuktur ini kerana kami menggunakan platform yang hampir percuma ini, pastinya terdapat kekurangan namun tidak melemahkan semangat kami dan berjaya juga dilaksanakan, dengan beberapa editan oleh rakan-rakan pemain industri," kata saudara Ayob Majid, Pengerusi Konsortium IRAMA.
Dapat Merapatkan Silaturrahim dan Melaksanakan Ibadah SunnahAcara takbir ini diharapkan dapat merapatkan silaturrahim antara penggiat seni dan pemain industri dan yang utamanya dapat melaksanakan ibadah sunnah di malam Hari Raya.
"Saya ucapkan tahniah kepada yang mengambil bahagian terutamanya Ustaz Asri dan Ustaz Nabil yang memimpin acara takbir ini, juga kepada pihak eWanaTV iaitu saudara Wan Salam dan Loonaq Records/IslamicTunes iaitu Hj Rozman serta individu-individu yang lain iaitu saya sendiri, Syed Syech Razie Maula Dawilah, Muhd Radhi Khalid, Aizul Kamil Ibrahim, Muaz Azman, Hj Kamal Kasim dan Zairul Nadzwan".
"Sebenarnya ramai lagi yang ingin turut serta namun seperti yang dikatakan sebelum ini, kita menghadapi masalah teknikal dan platform yang digunakan tidak mampu menampung lebih ramai lagi"
"Justeru itu kami berharap pihak KKMM dan MDEC sudilah kiranya membantu kami samada menyediakan platform video conference ini kepada kami atau meningkatkan kemudahan infrastruktur video sedia ada kerana selain acara-acara seperti takbir hari raya ini, pastinya ianya amat berguna untuk menganjurkan acara-acara dalam talian yang lain seperti konsert akustika, acara-acara promosi memperkenalkan penggiat-penggiat seni, di samping dapat dimunafaatkan oleh pemain industri seperti label-label mandiri (indie) yang lain, penganjur-penganjur acara serta pihak-pihak lain," kata Ayob lagi mengakhiri perbualan.
Saksikan video takbir ini di YouTube: https://youtu.be/FYbqqWFecUQ
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://loonaq.blogspot.com/2020/05/musicxchange-takbir-hari-raya-online.html