Murtabak Mini Kulit Popia Dengan Inti Sardin Yang Sedap Buat Hidangan Sarapan Pagi Atau Minum Petang
As Salam,Murtabak Mini Kulit Popia Dengan Inti Sardin Yang Sedap Buat Hidangan Sarapan Pagi Atau Minum Petang- Musim PKP ni ramai yang kata yang tak pandai masak dan pandai masak, macam-macam resepi dicuba oleh mak-mak.ahaks.Den pon teraso jugak.hiks
Kalau saya pula, selain nak cuba resepi baru, saya memasak juga sebagai salah satu terapi dan bahan untuk update dalam blog.Bila kita dapat buat benda yang kita suka, memasak contohnya.Ia memang satu terapi dan buat jiwa rasa happy dan bahagia.Tambah lagi kalau En Suami dan anak-anak suka dengan apa yang kita hidangkan.kann. Apapun, selama kita ada masa untuk mengembirakan dan membahagiakan insan-insan yang kita sayang, buatlah dengan sebaiknya.Buatlah dengan ikhlas, dengan hati yang riang.Allah akan mudahkan semuanya untuk kita, InshaAllah
Murtabak mini inti sardin dengan menggunakan kulit popia ini dah viral sejak dua tahun lepas lagi.Almaklumlah, bila cuti panjang ni, banyak masa dan banyak benda nak explore.Baru ada masa nak cuba membuatnya.hihi
saya buat murtabak mini dengan dua versi.satu set saya buat yang rangup dengan goreng minyak yang lebih sedikit, satu set lagi saya goreng dengan minyak yang sedikit sahaja.Dua-dua pun sodap.Sebab yang paling sedap ialah intinya! kulit popia tetap rasa sama.hehe
Ini murtabak yang saya goreng dengan minyak yang sangat sedikit.saya just sapu-sapu minyak sikit kat kuali.Yang ini pun, dekat 4 keping budak kemetot kat rumah ni makan.Mulanya dia jual mahal.Lepas dah ambik sekeping, 3 keping lagi dibelasahnya.ha, ambikk
Yup, kali ini saya buat Murtabak Mini dengan menggunakan kulit Popia.Murtabak ni dah viral sejak dua tahun lepas lagi.Time saya belek-belek resepi nak buat murtabak mini ni, saya pun terfikir.Nampak sangat saya tak update dengan benda-benda viral ni kann?heh
Step By Step Menyediakan Murtabak Mini Kulit Popia Dengan Inti Sardin Yang Sangat Sedap
Antara bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat murtabak mini kulit popia antaranya ialah kulit popia, telur 3 biji, kari ( tak kisah kari daging atau kari ikan), kentang dua biji, bawang holland sebiji, bawang putih 2 ulas, cili padi 3-5 tangkai, halia 1 1/2 inci, pes cili kering blend (takde dalam pic, kalau tak suka pedas, tak payah), sardin 1 tin, daun sup 2 tangkai
Mula-mula panaskan minyak, kemudian masukkan bahan-bahan yang dihiris seperti bawang, halia, cili, kentang.Kacau sebentar sehingga naik bau.Masukkan juga pes cili kering blend ( 2 sudu) dan serbuk kari dalam dua sudu.Kemudian masukkan sardin.Hancurkan sardin dan kacau sehingga sebati semua bahan.Biarkan seketika.Perasakan dengan garam, gula
Ini inti sardin yang saya dah pecahkan telur dalamnya.kacau telur sehingga hancur dan sebati dengan semua bahan.Akhir sekali masukkan daun sup.Kacau lagi, dan boleh tutup api. Sejukkan sebentar
Inti sardin yang sangat sedap rasanya.Family saya suka pedas, dan resepi ini sesuai untuk family yang suka pedas dengan gabungan cili, pes cili kering dan juga serbuk kari.Ia menjadikan inti sardin ini seperti inti sardin murtabak sebenar yang kita makan di restoran mamak atau restoran makanan lain yang menyediakan murtabak sardin.Korang memang kena cuba ni.Inti ini sesuai jugak untuk buat inti samosa.Phew. Sedap beb! tq kat depa yang kongsi resepi inti ni:)
saya gunakan kulit popia yang saiz mini.Jadi, saya cuba dengan dua helai kulit popia yang dicantumkan.Kotlah inti ni akan meletup keluar time kita goreng nanti.Satu lagi set,saya guna sehelai je kulit popia, masukkan inti dan lipat macam biasa.Hasilnya sama, tetap sedap
Pic ni cara letak inti dalam kulit popia
lipat macam biasa.ikutlah nak mula yang atas bawah atau kiri kanan dulu.konsepnya ialah ko kena lipat kulit popia tu bagi bentuk segi empat.kalau korang suka bentuk lain pun boleh.Kita buat dia kann,hehe
Dah siap lipat.jangan lupa sediakan air masak buat gam kulit popia yang ternganga tu.tujuannya supaya inti murtabak tak keluar time ko goreng nanti.Safety first guys
Ini hasilnya gaiss.Gigih saya melipat murtabak mini kulit popia ni.Alhamdulillah
Kalau korang buat dengan anak-anak memang kena tunjuk contoh macam ni beb.Biar depa belajar walaupun kita memasak atau buat benda yang bukan kerja sekolah, kekemasan dan organise tu sangat penting.kiki.Nampak nau mama ko sorang ni terlebih dos "R"
Orait, macam nilah rupa murtabak mini korang sebelum digoreng nanti.Bolehlah buat melepaskan rindu teringin nak melantak murtabak sardin mamak kann.heh
Jika anda peminat murtabak sebenar, inti sardin dengan resepi ini memang ngam dengan tekak korang.Cubalah buat sendiri di rumah, mesti puas hati
Yang ini murtabak versi rangup. Dah bebudak kat rumah ni suka yang rangup, depa siap request buat dua versi, yang rangup dan yang lembut.Mana-mana pon boleh, sebab kita buat dia:)
Sambil dok melipat murtabak ni, terfikir jugak dalam hati, dah macam samosa pun ada rasanya.Cuma bezanya yang ini ko lipat, yang sana ko buat bentuk segitiga.Kann
Nak bagi En.Suami dan anak-anak makan, kenalah upgrade sikit presentationnya kan.Biar sopan sikit time nak ngap nanti.En suami bab ni dia bagi markah jugak tau.Karang dia complain nak makan camno ni.sabo je
Selamat mencuba guys! jemput makan dan jangan lupa kongsi kat komen kalau dah cuba buat, sodap ke idok?hehe
Orait, thanks reading this entry-Till we meet with a new homemade recipe.yeahh
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2020/04/murtabak-mini-kulit-popia-dengan-inti.html