Murid Perempuan Ponteng Sekolah Malu Tak Ada Hadiah Untuk Cikgu Menyorok Di Masjid


Murid perempuan ponteng sekolah, malu tak ada hadiah untuk cikgu, ‘menyorok’ di masjid. Walaupun memberi hadiah kepada guru sering menjadi tradisi pada hari ini, hakikatnya bukan semua murid mampu untuk berbuat demikian.
Hari Guru Kebangsaan adalah hari yang istimewa bagi seluruh warga pendidik di Malaysia. Setiap tahun pada 16 Mei, kita meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang telah mendidik dan membimbing generasi muda negara. Terdapat pelbagai cara lain yang lebih bermakna untuk menghargai guru tanpa perlu memberi hadiah yang mahal.

Berikut perkongsian hantaran di Facebook Raja Shamri  yang disalin semula melalui karya asal Cikgu Abd Ghani Haron.
Ketika menjadi pengetua dulu, suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya. Katanya ada seorang budak sekolah berada di masjid, macam ponteng sekolah. Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dengan aktiviti sambutan.
Saya bergegas sendiri ke masjid yang disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh.
Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan. Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar mengucap salam pada saya, tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yang garang.
Dia segera berdiri menghormati saya, tetapi saya suruh duduk, saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata, “Tak ada apa cikgu.”
Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya. Saya desak dia bercakap benar.
Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu, dia akan berkata benar,”
Cikgu, saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru. Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan, ayah saya kerja jaga. Emak telah meninggal.”

Dia berhenti bercakap. Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis. Dia menyambung, “Cikgu,saya malu ditanya rakan apa hadiah yang dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka..? Ini telah berlaku tahun lalu.”
Air matanya yang deras dikesat dengan kain tudung yang separuh lusuh. Saya pula yang turut sedih dan tidak terucap kata. Saya menghantarnya balik ke rumah, dalam perjalanan fikiran berkecamuk.
Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yang miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.
Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dengan memberi hadiah kepada guru di samping program sekolah. Memanglah ia sesuatu yang baik. Tetapi banyak ibu bapa yang miskin, yang kurang mampu, menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah, tak mau ke sekolah tanpa hadiah.
Yang berada minta hadiah lebih baik unutk mengatasi rakan. Anak yang telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak, tetapi memilih jalan lain untuk mengelak, memendam rasa, tetapi siapa yg peduli.
Maka adalah baik jika hadiah kepada guru tidaklah diberi penekanan, high light, kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru, dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dalam kelas yang menyebabkan pelajar lain terasa, maksudnya hadiah pada guru biarlah diserah sendiri di bilik guru.
Bagi sekolah yang di luar bandar yang ibu bapa berpendapatan rendah, lebih-lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian. Hakikatnya, pelajar yang baik bukan memberi hadiah kepada gurunya, tetapi memberi khidmat kepada gurunya, bekerjasama dan patuh pada semua arahan.
Hari guru sebaiknya disambut dengan penzahirkan rasa syukur kepada Allah, bukan di zahir dengan berseronok suka. Mungkin sukan, sukaneka itu baik untuk menjalin hubungan, tetapi saya tak nampak di mana baiknya cikgu naik melalak menyanyi di pentas, murid menyanyi, menari, bergencok.
Mungkin sketsa yang mendidik, majlis tahlil, bacaan Yasin,solat hajat dan sujud syukur, kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya lebih sesuai. Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan, ada murid, murid kena bersyukur kerana ada guru yang mendidik, ibu bapa kena bersyukur kerana ada yang mengambil tanggungjawab mendidik.

Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kepada penzahiran rasa syukur kpd Allah. Kepada ibu bapa, minta anak menghadiahkan hari guru dengan janji untuk menjadi pelajar yang baik, yang taat, gigih yang berdisiplin, itu lebih besar maknanya kepada seorang guru dari sekotak hadiah.
Dari kisah yang saya paparkan, jangan kita melihat sesuatu dari satu sudut sahaja ,dari situasi dan pandangan kita sahaja, tetapi berfikirlah dari berbagai sudut, dari berbagai situasi.
Baik pada kita, mungkin mencederakan orang lain. Selalulah berfikir supaya kita tidak menyusahkan orang lain, sebaliknya selalulah berusaha untuk menggembirakan orang lain, kelak di akhirat Allah gembira kan kita.
Wallahu a’lam..
Kesimpulannya sambutan Hari Guru tidak seharusnya menjadi beban kepada murid yang kurang berkemampuan untuk memberi hadiah. Apa yang lebih penting adalah rasa penghargaan yang ikhlas dan tulus kepada guru.
Terdapat banyak cara yang kreatif dan bermakna untuk menghargai jasa guru tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. Penghargaan yang datang dari hati pasti akan memberi kesan yang lebih mendalam dan berpanjangan kepada guru. Semoga semua murid dapat menyambut Hari Guru dengan penuh semangat dan rasa terima kasih yang tulus.
Sumber: Raja Shamri, karya asal Cikgu Abd Ghani Haron
Baca juga artikel lain: Bertuahnya Cikgu Murid Tahun 1 Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru, Rezeki Cikgu!
Lepas Potluck Raya Mak-Mak Bersedia Untuk Hadiah Hari Guru Pula, Idea Ibu Ni Simple Jimat!
Menarik Cantik Idea Hadiah Hari Guru Kos Murah, Ibu Teruja Tunaikan Hasrat Anak!
 
 

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
 
 
 
 
The post Murid Perempuan Ponteng Sekolah, Malu Tak Ada Hadiah Untuk Cikgu, ‘Menyorok’ Di Masjid appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/murid-perempuan-ponteng-sekolah-malu-tak-ada-hadiah-untuk-cikgu-menyorok-di-masjid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 315 hits
Semalam terbaca satu tangkap layar yang di viralkan tentang pengakuan seorang isteri kepada seorang guru yang katanya akan buang hadiah berharga RM2 yang bagi dia tidak bermanafaat sebab terlampau banyak mencetuskan kontroversi juga la di m...
Lapan Pasangan Kembar Buat Cikgu Selalu Keliru Gara Gara Semua Belajar Satu Sekolah

Lapan Pasangan Kembar Buat Cikgu Selalu Keliru Gara Gara Semua Belajar Satu Sekolah

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 222 hits
Lapan pasangan buat cikgu selalu keliru gara gara semua belajar satu sekolah Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan k...
Bertuahnya Cikgu Murid Tahun 1 Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru Rezeki Cikgu

Bertuahnya Cikgu Murid Tahun 1 Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru Rezeki Cikgu

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 257 hits
Rezeki guru guru yang mendidik anak anak seperti anak sendiri Sebagai tanda menghargai pengorbanan guru sepasang suami isteri menghadiahkan gelang emas kepada 10 orang cikgu anak lelakinya yang berada di Tahun 1 bersempena sambutan Hari Gur...
Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 490 hits
Jadi cikgu ni mudah ikut saja aturan dan peraturan biasa yang telah biasa itu Hari ni dah gaji Itulah berkat kesabaran kita Org pencen dapat awal lagi 1 Waktu datang sekolah ikut masa Jangan lewat dan jangan kerap lewat Kalau aturan sekolah...
Bagi Anak Anak Seronok Kieda Crepe Belikan Kipas Air Fryer Untuk Cikgu Sekolah Anak Baiknya Hati

Bagi Anak Anak Seronok Kieda Crepe Belikan Kipas Air Fryer Untuk Cikgu Sekolah Anak Baiknya Hati

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 191 hits
Terkenal dengan sifat pemurahnya usahawan berjaya Kieda Crepe telah menghadiahkan kipas dan air fryer kepada guru guru anak bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei lalu Menerusi satu hantaran di TikTok Kieda atau nama sebenarnya Nur Khali...
Tiba Tiba Pelajar Perempuan Cina Bertanya Cikgu Sunat Tu Apa Tergamam Aku Dengan Soalannya

Tiba Tiba Pelajar Perempuan Cina Bertanya Cikgu Sunat Tu Apa Tergamam Aku Dengan Soalannya

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 124 hits
Bila anda adalah seorang cikgu anda perlu hadapi kemungkinan untuk menjadi bahan rujukan pelajar di sekolah untuk semua soalan Kadang ada soalan di luar bidang kita pun mereka tanya Menjadi guru sekolah kebangsaan yg berbilang bangsa amat b...
Cikgu Kreatif Tangkap Gambar Murid Kelas Guna Kotak Vibe Macam Di Studio

Cikgu Kreatif Tangkap Gambar Murid Kelas Guna Kotak Vibe Macam Di Studio

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 210 hits
tangkap gambar murid kelas guna vibe macam di studio Tugas seorang guru tidak semudah yang disangka Perlu kreatif ketika terutama apabila mengajar murid sekolah rendah Murid murid sekolah rendah lebih suka belajar sambil membuat aktiviti ya...
Guru Hidap Penyakit Jantung Tak Mengaku Amang Fizikal Murid Di Sekolah

Guru Hidap Penyakit Jantung Tak Mengaku Amang Fizikal Murid Di Sekolah

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 156 hits
Alias Abd Raniam hmetro com myMOHD Faudzi dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas tidak mengaku cabul murid di sekolah FOTO Alias Abd RaniMuar Seorang guru yang menghidap penyakit jantung didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini ...
Ustazah Hati Hitam Beri Reward Kepada Murid Rajin Datang Sekolah Dianggap Rasuah

Ustazah Hati Hitam Beri Reward Kepada Murid Rajin Datang Sekolah Dianggap Rasuah

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 160 hits
Biasa dalam dunia pekerjaan pasti ada orang yang tidak senang melihat pencapaian kita Situasi serupa berlaku kepada seorang guru wanita yang mendakwa menjadi mangsa 8216 cakap belakang 8217 oleh seorang ustazah di sekolahnya Menurut guru se...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord