Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid


ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH PEMBERIAN MURID. Semalam terbaca satu tangkap layar yang di viralkan tentang pengakuan seorang isteri kepada seorang guru yang katanya akan buang hadiah berharga RM2 yang bagi dia tidak bermanafaat sebab terlampau banyak mencetuskan kontroversi juga la di media sosial. Perkara ni mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah ibu bapa yang mungkin hanya dapat sediakan hadiah yang di beli dari kedai ECO saja. 
Aku memang tak menyokong menormalisasi pemberian hadiah untuk sambutan hari guru tapi aku tak ada masalah pun kalau ibu bapa lain nak bagi hadiah pada cikgu anak anak mereka. Cuma bila tercetusnya isu macam ni, sedikit sebanyak dah jadi satu persepsi yang tidak baik pada cikgu. Memang aku tengok fenomena sekarang berlumba lumba ibu bapa & murid nak sama sama bagi hadiah pada cikgu. Sampai ada yang menjadi beban pada mak ayah yang tak mampu. Budak budak macam dah tanam dalam fikiran mereka.. Hari guru kena bagi hadiah. Bukan salah mereka tapi perkara ni sebenarnya kita orang dewasa yang buat mereka  rasa benda tu wajib buat. Tak buat akan jatuhkan air muka kau di hadapan rakan rakan lain. Tapi ada juga guru yang bagi aku matang & berperikemanusiaan yang awal awal melarang murid dia dari bagi hadiah sebab dia tahu perkara ni akan buat yang tidak berkemampuan rasa rendah diri & malu seterusnya pilih untuk tidak hadir ke sekolah meraikan hari guru.
Aku memang tak normalisasi pemberian hadiah pada guru guru anak aku. Tapi aku ajar dia pergi sekolah & raikan hari guru. Tu cara kita menghargai dan menyambut sesuatu keraian. Hadiah bukan keutamaan. Biar dia duduk dalam kelompok yang tak bagi hadiah. Cuma aku akan bagi berbentuk sumbangan tunai untuk aktiviti sekolah & pembelajaran. Ada rezeki lebih bagi lebih. Suami aku amalkan macam tu. Sebab anak aku belajar di kelas ppki dimana dana untuk ppki ni sentiasa tak mencukupi. prasarana untuk pelajar ppki ni aku rasa basic sangat. Kelas pun tak banyak.. Guru pun tak ramai. Kelas pun bercampur tak ikut tahap kemampuan seoarang murid. PPKI ni sedia maklum untuk pelajar yang berstatus OKU. OKU pulak pelbagai. Ada yang dislesia, autisme, adhd, sindrom down, masalah pembelajaran, slow leaner etc.. Tahap kemampuan mereka ni semua berbeza tapi di sebabkan sekolah bantuan kerajaan ni bukan cukup dana sangat. Cikgu pun tak ramai jadi nak asingkan ikut tahap intelectual pelajar memang tak boleh. Jadi berkumpul la mereka dalam satu kelas. Sebab tu aku lebih utamakan pemberian sumbangan untuk aktiviti sekolah bagi tujuan pembelajaran dari hadiah hadiah ni.
Isu buang hadiah murah & rasa tak bermanafaat ni bagi aku satu tindakan yang agak keterlaluan. Dah kau buang kau bagitau pulak kat media sosial. Tak semua benda kita perlu cerita lebih lebih lagi akan mencetuskan kontroversi & perbalahan. Kau rasa nak buat.. itu hak kau. Tapi pendedahan ni juga sebenarnya untuk membuka mata para ibu bapa jangan terlalu try hard nak sediakan hadiah walau tak mampu atau belajar untuk bagi hadiah yang lebih bermanafaat. Contoh pen, whiteboard marker, kertas A4 atau makanan yang kita tahu boleh di manafaat untuk sambutan hari guru. Sebab kita tak mampu nak bagi hadiah habib jewels macam seorang bapa yang viral hadiahkan guru guru anak dia barang kemas habib tu. Hadiah yang dah tentu takkan ke tong sampah. Kita sendiri pun tak pernah beli barang habib kan. Jadi.. setakat hadiah frame gambar kedai eco, atau barang perhiasan atas meja ni kebanyakan mungkin tidak di gunakan agak tinggi. Kalau terlalu banyak dia akan jadi bersepah dan makan ruang untuk simpan. Akhirnya ke tong sampah. Kalau yang ada otak sikit mungkin dia sedekahkan kat orang lain.
Bagi hadiah tak salah cuma itulah.. bila menjadi budaya kanak kanak akan faham sebaliknya. Mereka tak faham perkara tu tidak semestinya kena buat walau boleh buat tapi bila di normalisasi kanak kanak akan faham wajib buat. Nak asuh balik pemikiran mereka tu mungkin ambil masa. Mungkin selepas ni sambutan hari guru kita boleh sama sama tolong fikirkan kaedah sambutan yang lebih baik di mana semua murid boleh datang meraikan tanpa ada rasa rendah diri atau malu. Nanti cakap pihak sekolah kena fikirkan cara ada pula kata semua beban letak atas bahu guru. Jadi kita boleh turut sama sama tolong fikir, hulurkan tangan dan ringankan beban.
Sebab isu ni aku share kat facebook aku di label bodoh, miskin & papa kedana oleh seorang guru sebab katanya aku ajak orang jangan bagi hadiah pada hari guru. Mungkin dia rasa puas hati boleh maki macam tu.. lantak dia la kan. Tapi aku berdoa dia takkan jadi cikgu anak aku. Kita tak tahu bumi ni bulat pusing pusing tiba tiba dia mengajar anak aku pulak akan datang. siapa tahu. Risau juga hari guru anak aku tak bawa hadiah dia kata bodoh, miskin dan papa kedana pulak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lekatlekit.com/2024/05/isu-isteri-cikgu-buang-hadiah-rm2.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Murid Perempuan Ponteng Sekolah Malu Tak Ada Hadiah Untuk Cikgu Menyorok Di Masjid

Murid Perempuan Ponteng Sekolah Malu Tak Ada Hadiah Untuk Cikgu Menyorok Di Masjid

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 129 hits
Murid perempuan ponteng sekolah malu tak ada hadiah untuk cikgu menyorok di masjid Walaupun memberi hadiah kepada guru sering menjadi tradisi pada hari ini hakikatnya bukan semua murid mampu untuk berbuat demikian Kebangsaan adalah hari yan...
Cikgu Kreatif Tangkap Gambar Murid Kelas Guna Kotak Vibe Macam Di Studio

Cikgu Kreatif Tangkap Gambar Murid Kelas Guna Kotak Vibe Macam Di Studio

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 210 hits
tangkap gambar murid kelas guna vibe macam di studio Tugas seorang guru tidak semudah yang disangka Perlu kreatif ketika terutama apabila mengajar murid sekolah rendah Murid murid sekolah rendah lebih suka belajar sambil membuat aktiviti ya...
Bertuahnya Cikgu Murid Tahun 1 Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru Rezeki Cikgu

Bertuahnya Cikgu Murid Tahun 1 Hadiahkan Cikgu Gelang Emas Sempena Hari Guru Rezeki Cikgu

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 257 hits
Rezeki guru guru yang mendidik anak anak seperti anak sendiri Sebagai tanda menghargai pengorbanan guru sepasang suami isteri menghadiahkan gelang emas kepada 10 orang cikgu anak lelakinya yang berada di Tahun 1 bersempena sambutan Hari Gur...
Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 489 hits
Jadi cikgu ni mudah ikut saja aturan dan peraturan biasa yang telah biasa itu Hari ni dah gaji Itulah berkat kesabaran kita Org pencen dapat awal lagi 1 Waktu datang sekolah ikut masa Jangan lewat dan jangan kerap lewat Kalau aturan sekolah...
Bagi Anak Anak Seronok Kieda Crepe Belikan Kipas Air Fryer Untuk Cikgu Sekolah Anak Baiknya Hati

Bagi Anak Anak Seronok Kieda Crepe Belikan Kipas Air Fryer Untuk Cikgu Sekolah Anak Baiknya Hati

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 191 hits
Terkenal dengan sifat pemurahnya usahawan berjaya Kieda Crepe telah menghadiahkan kipas dan air fryer kepada guru guru anak bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei lalu Menerusi satu hantaran di TikTok Kieda atau nama sebenarnya Nur Khali...
Ramai Orang Hina Caprice Dan Isteri Berhenti Kongsi Hal Anak Di Media Sosial

Ramai Orang Hina Caprice Dan Isteri Berhenti Kongsi Hal Anak Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 232 hits
Penyanyi dan pempengaruh media sosial Caprice dan isteri berhenti kongsi foto atau video berkaitan anak mereka di media sosial Menerusi satu perkongsian di InstaStory Caprice berkata dia amat seronok apabila dapat berkongsi dan mendengar ti...
Tamatkan Kontrak Bae Yongjoon Isteri Dah Bersara Dari Dunia Seni

Tamatkan Kontrak Bae Yongjoon Isteri Dah Bersara Dari Dunia Seni

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 186 hits
Adakah pasangan Bae Yong joon dan Park Soo jin sudah pun bersara kini Artikel Berkaitan Baru baru ini Park Soo jin dilaporkan sudah menamatkan kontrak bersama agensi KeyEast Tulis agensi itu Park Soo jin sudah tidak mempunyai kontrak eksklu...
Lapan Pasangan Kembar Buat Cikgu Selalu Keliru Gara Gara Semua Belajar Satu Sekolah

Lapan Pasangan Kembar Buat Cikgu Selalu Keliru Gara Gara Semua Belajar Satu Sekolah

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 222 hits
Lapan pasangan buat cikgu selalu keliru gara gara semua belajar satu sekolah Sebuah Sekolah Rendah Bahasa Inggeris Model Kerajaan di Aizawl Mizoram di timur laut India telah menarik perhatian orang ramai selepas tular kisah lapan pasangan k...
Super 30 Cikgu Anand Kumar Sebuah Kisah Benar

Super 30 Cikgu Anand Kumar Sebuah Kisah Benar

papar berkaitan - pada 15/5/2024 - jumlah : 129 hits
SUPER 30Cikgu Anand Kumar Sebuah kisah benar Kisah yang digarap semula tentang Anand genius matematik yang korbankan hidup dan kemewahan semata2 nak ajar 30 budak genius yang super miskin papa kedana Duit tak cukup sekolah da rupe setinggan...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025

Joker123th 100