Murid Pandai Tapi Malas Berfikir Cikgu Kecewa Anak Murid Bagi Jawapan Zip Dalam Kertas Ujian


Seorang guru di laman Facebook meluahkan rasa kecewanya apabila masalah murid sekarang yang bersikap malas di sekolah malah semakin menjadi-jadi dan membimbangkan.

Menerusi perkongsiannya, akui guru itu, Lenna K Joseph, murid zaman ini mempunyai kepandaian IQ yang tinggi namun sikap tidak ambil peduli dan malas belajar hingga mensia-siakan peluang untuk berjaya.
“Masalah murid zaman sekarang adalah bukan sebab mereka tak pandai tetapi sebab mereka malas dan sikap tak peduli. Cikgu buat lah lesson plan macam mana pun, kalau murid itu malas, tetap juga tak guna.
“Kalau alasan nak cakap buat sesi pembelajaran berasaskan kuiz, tak semua sesuai lagi-lagi topik penulisan. Tak akan setiap masa nak suruh main kuiz sahaja” luah cikgu tersebut.

Cikgu Lenna turut menjelaskan bahawa ada juga segelintir ibu bapa yang bersikap tidak mengambil kisah mengenai pembelajaran si anak.
“Lebih mengejutkan, ada segelintir ibu ayah yang tak ambil kisah tentang pembelajaran anak-anak. Terlalu manjakan sangat sampai biarkan anak gagal.
“Namun tetap bersyukur sebab tak semua ibu bapa perangai macam ini. Ada yang betul-betul ambil berat terhadap pembelajaran anak-anak mereka.
“Zaman saya dulu, menjelang tahun 6 dah tahu format penulisan surat rasmi, surat tidak rasmi, tulis laporan, tulis cerita, tulis syarahan dan lain-lain,” ujarnya.
Tambahnya lagi, segala ilmu yang diajarkan di dalam kelas tidak diterapkan ketika menjawab peperiksaan. Apa yang lebih membuatkan beliau kecewa apabila anak murid hanya menjawab ‘zip’ yang ditulis berulang kali sehingga penuh ruangan jawapan tersebut.
“Seminggu sebelum peperiksaan saya dah ajar contoh ayat kunci untuk dapat markah. Tetapi bila jawab ujian, satu ilmu yang saya bagi tak ada dalam jawapan. Kecewa sangat!,” luahnya.
Perkongsian cikgu itu dibanjiri komen warganet yang turut terkejut melihat jawapan pelajar tersebut. Rata-rata memberi cadangan agar murid itu diberikan sesi kaunseling.
Menarik: Suprise Birthday Menjadi, Che Ta Tunaikan Impian Aaisyah “Nak 10 Hadiah”
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna, OT Kongsikan Tipnya!
Nabila Razali Umum Hamil Anak Pertama, Bersalin Januari Depan, “Selera Makan Makin Bertambah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Facebook Lenna K Joseph
 
The post Murid Pandai Tapi Malas Berfikir, Cikgu Kecewa Anak Murid Bagi Jawapan ‘Zip’ Dalam Kertas Ujian! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/murid-pandai-tapi-malas-berfikir-cikgu-kecewa-anak-murid-bagi-jawapan-zip-dalam-kertas-ujian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simple Tapi Nampak Mahal Ramai Puji Usaha Murid2 Buat Kejutan Untuk Cikgu

Simple Tapi Nampak Mahal Ramai Puji Usaha Murid2 Buat Kejutan Untuk Cikgu

papar berkaitan - pada 22/11/2024 - jumlah : 157 hits
Seorang guru praktikum telah memuat naik momen sewaktu menerima kejutan daripada murid muridnya sehingga ramai puji usaha mereka yang terlihat simple tapi nampak mahal Kenangan tak akan dilupakan Menerusi perkongsian yang dibuat oleh nik nu...
Anak Umur Dua Tahun Wajib Pandai Buat Perkara Ni Semak On Track Atau Tak

Anak Umur Dua Tahun Wajib Pandai Buat Perkara Ni Semak On Track Atau Tak

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 359 hits
Meniti usia anak ketika dua tahun membuatkan tanggungjawab ibu dan bapa makin mencabar Diketika inilah anak makin aktif malah mula mendapat rentaknya lebih lebih lagi ketika bermain atau inginkan sesuatu barang Anak pada usia dua tahun juga...
Pu Riz Simpan Gambar Anak Dalam Dompet Macam Dulu Dulu Tapi Ramai Puji

Pu Riz Simpan Gambar Anak Dalam Dompet Macam Dulu Dulu Tapi Ramai Puji

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 218 hits
Jarang jarang berkongsi kisah dua anaknya menerusi laman Instagram milik pendakwah bebas PU Riz memuat naik sekeping gambar peribadi memperlihatkan gambar kedua dua anak lelakinya di dalam dompet kepunyaannya Malah menerusi hantaran itu jug...
Tip Bantu Anak Kembangkan Kemahiran Sosial Anak Berani Pandai Kawal Emosi

Tip Bantu Anak Kembangkan Kemahiran Sosial Anak Berani Pandai Kawal Emosi

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 307 hits
Mengapa perkembangan sosial penting untuk anak Perkembangan sosial kanak kanak adalah proses di mana kanak kanak belajar bagaimana berinteraksi dengan orang lain memahami dan mengurus emosi serta membina hubungan Ia penting kerana membantu ...
Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 300 hits
Lain dari yang lain Jika biasanya rombongan sekolah naik bas lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur Melalui satu akaun Tik Tok aznia razizan ke...
Kecewa Elok Pun Blah Dari Jadi Cikgu

Kecewa Elok Pun Blah Dari Jadi Cikgu

papar berkaitan - pada 3/12/2024 - jumlah : 116 hits
RMSMesti ada yang kecewa kerana dari pemantauan KPM semua pelajar menduduki peperiksaan BM Lisan hari ini termasuk bekas cikgu Mohd Fadli Saleh
Bapa Buat Ujian Dna Sangsi Bila Anak Terlalu Cantik

Bapa Buat Ujian Dna Sangsi Bila Anak Terlalu Cantik

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 199 hits
Bapa buat ujian DNA sangsi bila anak terlalu cantik Seorang lelaki di Vietnam yang sangsi mengenai kecantikan anaknya kerana dilihat tidak mewarisi rupa paras seperti dia dan isterinya telah mendorongnya untuk menjalani ujian asid deoksirib...
Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 414 hits
Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menjadi bualan netizen baru baru ini Menerusi video reels yang telah dimuat naik di milik penyanyi itu ia memaparkan Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin sedang bersiap untuk ke konser...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Happy Deepavali 2025

Peace No Excuse To Neglect Nation S Defence Says Pm

I Ve Already Told Cabinet Members Not To Appeal Says Ewon

Majlis Khatam Hafazan Perdana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Untuk Jadi Lebih Matang

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Ahmad Jais Untuk Bungamu Lirik

Terima Syarat Putin Atau Rusia Akan Musnahkan Ukraine Kata Dua Trump Kepada Zelenskyy

Dr Reshma Nair Prakash Mrs Universe 2025 3rd Runner Up Dari Malaysia Simbol Kekuatan Dan Kecantikan Wanita Asia