Murad Oil And Pore Control Mattifier Broad Spectrum Spf 45
Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45Apabila anda ingin merehatkan kulit wajah tanpa solekan, pastinya yang akan menjadi tanda tanya anda bagaimana nak keluar kalau tanpa solekan, wajah akan kelihatan berminyak dan akan kelihatan wajah seperti tidak siap. Segan lah. Untuk yang jenis tidak makeup sangat pun mesti nak kelihatan cantik juga kan.Biasalah, terus cari en.google nak tengok apa yang bagus untuk diguna bila berdepan dengan situasi tersebut. Ternampak satu produk dari Murad iaitu Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45 | PA++++. Bila baca review banyak yang menyakinkan.
Oleh itu, khaty juga mencuba nya. Kali pertama guna Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45 macam 'eh, muka nampak kurang berminyak, suka sangat ni.' Jadi khaty teruskan guna selama seminggu pada waktu malam sahaja sebab waktu malam khaty adalah waktu yang paling fleksibel untuk berehat. Boleh belai wajah dengan manja dan sempurna.
Selepas seminggu menggunakan Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45,yang ketara liang pori makin kecil, itu paling seronok kan untuk seorang wanita. Kulit wajah bila bangun pagi pun masih nampak elok, walaupun memang hakikatnya bangun pagi paling asli dan tidak menipu. Kiranya extra nampak elok lah. Apa pun khaty suka sebab kulit khaty memang mudah berminyak.
sebelum guna Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45
selepas guna sekali sapuan Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45
Jadi tidak salah mencuba Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45 sebab ianya adalah merupakan jenama yang baru tetapi mempunyai kebaikan untuk kulit wajah yang sangat banyak. Kadang-kadang jadi wanita jangan nak menipu sangat konfident level 10 keluar rumah tanpa pakai makeup, mesti ada juga anda letak bagi nampak natural kan. Selepas guna Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45 khaty cuma pakai lipstik untuk nampak tidak pucat. Kira cepat la kan nak bersiap. Dan juga sesuai untuk anda yang memang jenis mempunyai kulit wajah seperti :-
NORMAL | BERMINYAK | GABUNGAN | SENSITIF
Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45 merupakan agen yang baik untuk bertindak:-
mengawal kulit berminyak serta merta & liang pori akan berkurangan sebanyak 54%
Selain itu ianya juga bertindak melindunginya dengan kuasa SPF 45 spektrum yang luas. Wajah akan kelihatan dalam keadaan yang baik walaupun selepas 10 jam. Ianya dibantu dengan Mikrosfera minyak yang menghalang kulit berminyak, keletihan dan ketidaksempurnaan. Manakala Ekstrak kulit kayu alpukat dan Afrika berwarna kuning kelihatan jelas mengurangkan saiz liang dan minyak yang berlebihan dari masa ke masa apabila hydrators menghalang kekeringan. Ianya disokong kuat oleh pakar sains untuk Mengoptimumkan Kesihatan Kulit .
96% say their skin feels less oily
92% say their skin looks less shiny
88% say their skin looks perfected
80% agree their pores are less visible
*ini hasil dari penggunaan selama 2 minggu, bagi anda yang mempunya masalah big pores & oil skins pasti akan merasai nya.
Antara bahan-bahan yang ada di dalam Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45 ini seperti
Oil-trapping microspheres
Deliver a smooth, soft-skin feel. They effectively reduce shine by absorbing sebum (oil), obscuring reflection and scattering light.
Avocado and African yellow wood bark extracts
Help control oil and significantly reduce oiliness over time while showing visible tightening of pores.
Chemical sunscreens
Provide broad-spectrum UVA/UVB SPF 45 protection without creating a white cast or photo flashback.
Jangan risau kerana ianya bebas Parabens, Sulfates, Phthalates, Gluten
Cara menggunakan Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 451 - Cleanse & Tone
Start with Clarifying Cleanser, then follow with Clarifying Toner.
2 - Treat & Spot Treat
Smooth Outsmart Acne Clarifying Treatment over entire face. Then, spot treat scars with InvisiScar™, and spot treat breakouts with Rapid Relief Acne Spot Treatment.
3 - Moisturize
Complete your AM regimen with Oil and Pore Control Mattifier SPF 45.
Tidak salah mencuba pelbagai produk, tetapi cari lah yang memang selepas kita banyak membaca dan mengetahui kebaikannya. Yang jadi taruhan wajah yang tidak bersalah. Jadi nak bagi elok, sihat dan cantik jangan terburu-buru. Biar lambat asal wajah selamat. tetapi Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45 memang khaty sangat rekemen buat anda yang masih mencari jalan untuk menyelesaikan situasi yang anda alamai. Walaupun bukan 100% tetapi sekurang-kurang nya ada hasil juga.
Info lanjut mengenai Murad Oil and Pore Control Mattifier Broad Spectrum SPF 45 boleh didapati di :-
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.khatyaiman.com/2019/10/murad-oil-and-pore-control-mattifier-broad-spectrum-spf-45.html