Mungkinkah Warisan Sertai Bn Umno Untuk Pru15


freemalaysiatoday.com
Durie Rainer Fong
-February 26, 2021 8:08 AM
Shafie Apdal mempunyai hubungan rapat dengan Dr Mahathir Mohamad tetapi, sebagai naib presiden Umno, beliau juga mempunyai hubungan rapat dengan ramai pemimpin tertinggi parti itu. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU: Warisan, yang memerintah Sabah sebagai negeri pembangkang selepas pilihan raya umum lalu, mungkin akan beralih kepada parti dan gabungan lain berbanding bekerjasama dengan parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), kata penganalisis.

Ini kerana tidak banyak yang boleh ditawarkan Pejuang – yang statusnya masih tergantung akibat pendaftarannya yang ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) – kepada parti Sabah itu dalam usahanya untuk kembali sebagai kuasa besar politik di negara ini.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah Romzi Ationg berkata, spekulasi yang semakin mendapat perhatian adalah Warisan akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN)-Umno pada PRU15.

Beliau berkata, wujud desas-desus dalam kalangan ahli politik bahawa Warisan juga sedang meninjau semula perjanjiannya dengan Pakatan Harapan (PH) dan dengan itu memerlukan pengganti yang kuat untuk memastikan kelangsungannya sekiranya ia berpisah dengan PH.

“Apa-apa mungkin berlaku dalam politik, tetapi saya rasa tidak elok untuk Warisan memberi tumpuan kepada Mahathir dan Pejuang,” katanya kepada FMT.

“Presiden Warisan Shafie Apdal, yang bersama dengan pemimpin PH Anwar Ibrahim disebut-sebut sebagai calon perdana menteri, harus menumpukan perhatian dalam mengukuhkan cengkaman partinya ke atas Sabah dan juga politik persekutuan dengan bekerjasama dengan parti yang dianggap lebih relevan kepada politik Malaysia.

“Kerjasama politik (yang harus diusahakan Warisan) juga harus mampu menjadikan Sabah sebuah negeri maju setara dengan negeri lain di semenanjung,” katanya.

Romzi mengulas cadangan penganalisis sosiopolitik Azman Awang Pawi bahawa Warisan mungkin akan menyokong Mahathir pada PRU15 kerana “hubungan peribadi” Shafie dengan bekas perdana menteri itu.

Walaupun beliau tidak yakin 100% bahawa Warisan akhirnya akan bekerjasama dengan musuh politiknya kini, Romzi berkata, parti itu mungkin akan lebih suka bekerjasama dengan BN-Umno kerana ia lebih stabil berbanding Perikatan Nasional.

Shafie sendiri adalah bekas naib presiden Umno dan mempunyai ramai kawan rapat dalam kalangan pemimpin Umno.

Romzi berkata, Warisan dan BN-Umno dapat saling melengkapi, dengan Warisan memerlukan sekutu untuk memperoleh lebih banyak kerusi pada PRU15 dan BN-Umno memerlukan parti tempatan yang kuat untuk menolong mengukuhkan kedudukannya di Sabah.

“Kenapakah Warisan akan memilih BN-Umno berbanding PN? Antara sebabnya adalah Umno masih kuat di semenanjung (berbanding PN),” katanya.

Masih belum terjamin sama ada pakatan seperti itu akan wujud kerana timbalan presiden Warisan, Darell Leiking, sebelumnya berkata, partinya tidak mungkin akan bergabung dengan Umno.

Ini susulan dakwaan bahawa ramai Ahli Parlimen daripada parti semenanjung itu dan BN menyokong Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Umno Sabah adalah sebahagian daripada pakatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), bersama-sama dengan PN dan Parti Bersatu Sabah.

Semalam, ADUN Warisan Hassan A Gani Pg Amir meninggalkan Warisan untuk kembali kepada GRS, yang kini bersekutu dengan kerajaan PN.

Namun, pemerhati politik menganggap hubungan antara Umno Sabah dan sekutu GRSnya meruncing, terutama dengan PPBM Sabah selepas ketegangan mengenai jawatan ketua menteri berikutan pilihan raya negeri tahun lalu.

Umno Sabah membantu GRS memperoleh majoriti tipis 38 kerusi, tetapi menyerahkan jawatan ketua menteri kepada PPBM Sabah, yang menimbulkan kemarahan sejumlah pemimpin Umno.

Timbalan dekan Universiti Sarawak Malaysia Arnold Puyok berkata, kerjasama Warisan dengan BN-Umno mungkin tidak dapat diterima oleh sebilangan penyokongnya.

“Tetapi Warisan harus sedia bekerjasama dengan siapa pun jika ia ingin sekali lagi menjadi pucuk pimpinan,” katanya, sambil menambah, Warisan masih mempunyai pilihan sekutu politik bagi PRU15

Beliau juga berkata, Warisan mungkin akan lebih rugi sekiranya parti itu memihak kepada Mahathir, yang menurutnya adalah individu yang menyebabkan pecah belah di kedua-dua Sabah dan Sarawak.

“Warisan sepatutnya sudah menyedari bahawa Mahathir sedikit sebanyak boleh dipersalahkan atas kejatuhan PH.

“Bagi Warisan, risiko bekerjasama dengan Pejuang jauh lebih besar berbanding manfaat,” katanya.

Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah, bagaimanapun, tidak bersetuju dengan Romzi dan Puyok, dan percaya bahawa Warisan akhirnya akan memilih untuk mengekalkan pakatan politiknya dengan PH, tetapi bekerjasama dengan Pejuang pada masa yang sama.

“Kerjasama Warisan-Pejuang dapat dilihat sebagai usaha untuk menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya akan datang,” katanya.


Sama ada ia diterima oleh PH adalah isu lain, katanya, tetapi seperti yang terbukti dalam sejarah, apa-apa sahaja mungkin berlaku dalam politik Sabah.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/02/mungkinkah-warisan-sertai-bn-umno-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tun Mahathir Boleh Sertai Semula Parti Umno Tapi Jangan Kenakan Sebarang Syarat

Najib Tun Mahathir Boleh Sertai Semula Parti Umno Tapi Jangan Kenakan Sebarang Syarat

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 304 hits
KUALA LUMPUR Mana mana individu yang telah keluar UMNO boleh diterima semula UMNO tetapi tidak boleh mengenakan sebarang syarat termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad Itu kata Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional yang juga bekas Presiden ...
Dalam Sehari Dua Ini Masih Ada Ke Yang Waras Untuk Sertai Umno

Dalam Sehari Dua Ini Masih Ada Ke Yang Waras Untuk Sertai Umno

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 253 hits
Kalau ditanya pun tentu ada tetapi bersyarat Boleh offer pada Lokman adam yang sangat berharap Dipecat pun MASIH jadi jurucakap umno
Berbaloi Ke Ajak Tun Sertai Semula Umno

Berbaloi Ke Ajak Tun Sertai Semula Umno

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 243 hits
Cukuplah UMNO sedang dalam banyak persimpangan banyak strategi banyak penikir banyak jurucakap banyak kepala Tun sendiri ada kelemahan kekurangan kurang tolak ansur ini semua tidak sesuai untuk umno Kemasukan Tun hanya tambah pening KEPALA ...
Pru15 Umno Terbeban Tanpa Mentor Figura Integriti

Pru15 Umno Terbeban Tanpa Mentor Figura Integriti

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 247 hits
Dengan menyenaraikan semula geng mahkamah sebagai calon PRU15 apakah UMNO mampu betjanji pada rakyat sebuah kerajaan yang bersih Alasan mereka difitnah dan pendakwaan terpilih tidak cukup kuat kerana pendedahan bukti mereka di mahkamah cuku...
Sentimen Kebencian Senjata Umno Untuk Pru15 Dan Hipokrasi Pas

Sentimen Kebencian Senjata Umno Untuk Pru15 Dan Hipokrasi Pas

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 293 hits
ZIN MAHMUDApabila Ketua Pemuda Umno menimbulkan isu buku teks sejarah dengan mengaitkannya pada DAP dapat diperhatikan bahawa kemungkinan itulah kaedah mereka berkempen pada pilihan raya umum akan datang iaitu memainkan sentimen kebencian D...
Jom Kita Sertai Pertandingan Video Mencipta Logo Dan Penulisan Puisi Sempena Ulangtahun Ke 75 Umno

Jom Kita Sertai Pertandingan Video Mencipta Logo Dan Penulisan Puisi Sempena Ulangtahun Ke 75 Umno

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 214 hits
Jom kita sertai pertandingan Video pendek mencipta logo dan Penulisan Puisi sempena Ulangtahun ke 75 UMNO yang bertemakan Jasa dan Perjuangan Ayuh kita semarakan 75 Tahun Jasa dan Perjuangan UMNO Berita Dan Laporan Hal Ehwal Politik Semasa ...
Umno Deputy Vice Presidents Najib Back Press Freedom After Malaysiakini Verdict

Umno Deputy Vice Presidents Najib Back Press Freedom After Malaysiakini Verdict

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 244 hits
For years Umno has seen Malaysiakini as a thorn in its side banning it and several other media portals from covering the party s general assemblies for years prior to the 2018 general election But even leaders from the news portal s staunch...
Pas Jangan Selalu Sangat Manipulasi Situasi Tegur Umno Johor

Pas Jangan Selalu Sangat Manipulasi Situasi Tegur Umno Johor

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 247 hits
FMT ReportersTimbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata PAS tidak boleh terus bermain secara selamat JOHOR BAHRU Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed mahu PAS nyatakan pendirian rasmi adakah mereka mahu bersama Umno dalam ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord