Mungkinkah Muhyiddin Hanya Jadi Pm Selama Seminggu Saja




Yang Dipertuan Agong, dalam pengumuman petang ini akhirnya melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri baru setelah yakin Ahli Parlimen Pagoh itu memiliki sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen.

Majlis angkat sumpah akan diadakan esok, 1 Mac jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Pengumuman Istana Negara mengenai perlantikan Muhyiddin itu agak mengejutkan banyak pihak kerana beliau dipercayai semakin kekurangan sokongan setelah ramai Ahli Parlimen Bersatu sendiri sudah mengalih sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad sejak malam tadi.

Sebelum Tun Mahathir dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri, memang Muhyiddin dilihat memiliki sokongan yang kuat kerana beliau disokong oleh UMNO, Pas, GPS dan juga Warisan, selain daripada Bersatu sendiri.

Tetapi, setelah Anwar sedia mengalah daripada persaingan merebut jawatan PM dan PH mencalonkan semula Tun Mahathir, sokongan terhadap Muhyiddin dengan sendirinya telah berkurangan.

Ia bukan saja disebabkan ramai Ahli Parlimen Bersatu berpatah balik menyokong Tun Mahathir, malah Warisan juga menyatakan kekal dengan pendirian menyokong Tun Mahathir.

GPS pula dijangka hanya akan mengadakan mesyuarat esok, 1 Mac bagi membincangkan pendirian sama ada mahu menyokong Tun Mahathir yang disokong PH atau Muhyiddin yang disokong UMNO dan Pas.

Dalam hal ini, Tun Mahathir sendiri pagi tadi melahirkan keyakinan beliau memiliki sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Lalu, bagaimana Muhyiddin boleh diumumkan sebagai Perdana Menteri?

Difahamkan keputusan Istana Negara ini adalah berdasarkan pendirian setiap ketua parti yang ditemui oleh Yang Dipertuan Agong dan bukan lagi berdasarkan sokongan setiap Ahli Parlimen.

Misalnya, jika dalam pengakuan Muhyiddin kepada Istana Negara bahawa 36 Ahli Parlimen Bersatu menyokongnya, maka angka itulah yang diterima oleh Yang Dipertuan Agong sebagai sesuatu yang sahih.

Begitu juga dengan lain-lain ketua parti yang ditemui baginda.

Diberitakan, mana-mana Ahli Parlimen yang mengalih sokongan secara perseorangan daripada sokongan yang telah diumumkan oleh ketua parti, ia tidak lagi diambil kira oleh pihak istana kerana proses menemubual setiap seorang Ahli Parlimen sudah pun dilakukan sebelum ini.

Dalam hal ini bermakna, tindakan beberapa Ahli Parlimen Bersatu yang berpatah balik menyokong Tun Mahathir seperti Syed Saddiq dan ramai yang lain setelah mengetahui Pengerusi Bersatu itu dicalonkan semula menjadi Perdana Menteri, tidak diterima sama sekali.

Di sinilah dikatakan yang menyebabkan Muhyiddin dipercayai oleh Yang Dipertuan Agong telah memiliki sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

Maka, apa yang perlu dilakukan sekarang?

Adalah penting, selewat-lewatnya malam ini, PH bersama Tun Mahathir segera menghimpunkan seberapa ramai Ahli Parlimen yang tidak menyokong Muhyiddin untuk dikumpulkan dan ditunjukkan kepada umum.

Jika mereka dapat menunjukkan lebih 112 Ahli Parlimen hadir, bererti Tun Mahathir lebih memiliki majoriti berbanding Muhyiddin.

Dengan demikian, diharapkan Yang Dipertuan Agong sedia menimbang atau mengkaji semula perlantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya majlis angkat sumpah diteruskan juga esok, Tun Mahathir dan PH, dengan sokongan lebih 112 Ahli Parlimen yang dimilikinya itu, boleh pula bersiap sedia untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin dalam sidang Parlimen yang akan bermula pada 9 Mac depan.

Jika ia berjaya dilakukan, Muhyiddin mungkin hanya akan menjadi Perdana Menteri dalam tempoh seminggu saja.

Tetapi, usaha oleh PH, Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Guan Eng mesti digerakkan dengan seberapa segera yang boleh. (ShahbudinHusin 29/02/2020)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/mungkinkah-muhyiddin-hanya-jadi-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belajar Dewasa Dari Masalah Yang Muncul Di Usia 20 An Ini Kamu Hanya Perlu Menjalani Selama Kursus Jahit

Belajar Dewasa Dari Masalah Yang Muncul Di Usia 20 An Ini Kamu Hanya Perlu Menjalani Selama Kursus Jahit

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 205 hits
Belajar Dewasa Dari Masalah yang Muncul Di Usia 20 an Ini Kamu Hanya Perlu Menjalani Selama Kursus Jahit 1 Memasuki usia 20 an kamu akan dihadapkan pada pilihan untuk melanjutkan kursus jahit atau bekerja Pilihan sulit tapi sangat menentuka...
Calon Muhyiddin Hanya Test Market

Calon Muhyiddin Hanya Test Market

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 222 hits
Kenyataan penjelasan terbaru A Kadir Jasin berhubung pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak memerupakan keputusan kolektif majlis pimpinan parti itu Apa maksudnya itu Kita boleh faham berlaku kudeta pencalonan PM dalam pa...
Mungkinkah Shafei Afdal Timbalan Muhyiddin

Mungkinkah Shafei Afdal Timbalan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 364 hits
PANDANGAN SOREMuhyiddin dan Shafei rakan sejiwa semasadalam Umno KITA percaya Muhyiddin Yassin bersama pasukannya kini sedang sibuk membuat percaturan dan perhitungan bagi pembentukan kabinet yang perlu diumumkan dalam masa sehari dua ini B...
Hanya Rm35 Sejam Gadis Ini Kongsi Keseronokan Berparti Bersama Rakan Di Party Room

Hanya Rm35 Sejam Gadis Ini Kongsi Keseronokan Berparti Bersama Rakan Di Party Room

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 241 hits
Aktiviti apa yang anda selalu lakukan bersama rakan rakan untuk meluangkan bersama sama Apa kata anda lakukan aktiviti yang lain daripada lain Terbaharu perkongsian pengguna Twitter alynfazira tentang Party Room iaitu sebuah tempat yang ses...
Hanya 108 Mp Yang Sokong P Harapan

Hanya 108 Mp Yang Sokong P Harapan

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 163 hits
PAKATAN HARAPAN KURANG 4 SOKONGAN AHLI PARLIMEN PERHATIANTun Mahathir adalah Calon PM dari PHUntuk menubuhkan Kerajaan perlu mendapat sekurang kurangnya 112 MP Semua Pakatan PH dan Pakatan Nasional masing masing menyatakan mendapat sokongan...
Adun Melayu Dap Saya Hanya Jadi Barua Dap

Adun Melayu Dap Saya Hanya Jadi Barua Dap

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 502 hits
Foto TTKMTeka teki siapa Ahli Dewan Undangan Negeri di Melaka yang memberi sokongan kepada Perikatan Nasional akhirnya terjawab selepas dua Adun Bersatu dan masing masing seorang Adun PKR dan DAP muncul dalam sidang media gabungan Perikatan...
Sekeluarga Hanya Dapat Makan Sekali Sehari

Sekeluarga Hanya Dapat Makan Sekali Sehari

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 239 hits
Mereka sekeluarga hanya dapat makan sehari sekali malah gagal menyediakan kelengkapan pakaian sekolah sempurna buat anak anak mereka Anak anak berkongsi seluar sukanOrang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di aka...
Hanya Tinggal 2 Mp Bersatu Sokong Mahathir

Hanya Tinggal 2 Mp Bersatu Sokong Mahathir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 597 hits
Mahathir Mohamad perlu melalui proses pemilihan semula parti jika beliau ingin kembali menjadi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ahli Majlis Pimpinan BERSATU Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata mengikut perlembagaan parti mereka yang mele...
Dia Hanya Tukang Cuci Tapi Saya Lihat Setiap Hari Dia Membaca Al Quran

Dia Hanya Tukang Cuci Tapi Saya Lihat Setiap Hari Dia Membaca Al Quran

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 349 hits
SUNGAI BULOH Dia hanya seorang tukang cuci namun usahanya mendekati ajaran agama Islam dengan membaca al Quran ketika masa lapang membuat ramai kagum Tidak terkecuali pemilik akaun Facebook Imran Kasran yang berkongsi kisah tersebut untuk t...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang