Mungkin Tak Buat Terus Pengantin Pasrah Belanja Hangus Majlis Kahwin Terpaksa Dibatalkan


BERANI. Itu frasa paling tepat ditujukan kepada lelaki ini atas keputusan membatalkan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung kurang seminggu sahaja lagi.
Menurut Muhammad Azmy Hassan (gambar kecil), 24, keputusan drastik itu dibuat pagi ini sejurus mendengar Perutusan Khas Perdana Menteri malam tadi.
“Tiada pilihan lain. Mungkin tak buat terus. Tapi tak tahulah, sebab kos tinggi nak balik Sabah.
“Kami sudah berbincang dengan keluarga di Sabah, dan keluarga mertua di sini (semenanjung) pun tak jadi balik ke sana.
“Semua dah buat persiapan, tinggal nak jalan saja,” katanya ketika dihubungi Siakap Keli, di sini hari ini.
Muhammad Azmy bersama pasangnnya, Shahirah Zaini telah selamat bernikah pada 14 Disember tahun lalu. Gambar: Facebook Difahamkan, kos kerugian yang terpaksa ditanggung adalah kira-kira RM6,000 melibatkan dewan, katering, baju sanding, fotografi, pelamin, tiket penerbangan, kad kahwin dan banner.
“Sekarang tengah berusaha untuk refund semula duit daripada pihak yang telah ditempah.
“Buat masa ini, tiada lagi yang nak refund. Mungkin sebab mereka berniaga, perlukan duit juga. Ekonomi masing-masing sedang kalut,” jelas anak kelahiran Semporna, Sabah itu.
Bagaimanapun, dakwa Azmy yang juga petugas kemanusiaan di sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Selangor, walaupun majlisnya terpaksa dibatalkan, namun dia tetap perlu balik ke Sabah kerana kakaknya akan bernikah pada tarikh yang sama.
“Majlis pernikahan itu dijalankan di rumah keluarga kami. Saya wali, jadi saya kena ada.
“Alhamdulillah, keputusan ini mendapat respon positif daripada saudara-mara dan tetamu jemputan.
“Mesti ada hikmahNya. Yakin.” ujarnya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan dilaksanakan berkuatkuasa dari 18 Mac hingga 31 Mac.
Enam perintah kawalan tersebut adalah seperti berikut; larangan perhimpunan ramai, sekatan ke luar negara, sekatan kemasukan pelancong asing, penutupan institusi sekolah, penutupan institusi pengajian tinggi dan penutupan premis kerajaa & swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).
Majlis persandingan belah lelaki (Azmy) yang sepatutnya pada 21 Mac ini terpaksa dibatalkan. Gambar: WhatsApp
Sumber: Facebook 
The post “Mungkin Tak Buat Terus”, Pengantin Pasrah, Belanja Hangus Majlis Kahwin Terpaksa Dibatalkan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/17/mungkin-tak-buat-terus-pengantin-pasrah-belanja-hangus-majlis-kahwin-terpaksa-dibatalkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Pelancaran Iphone 9 Hujung Bulan Ini Mungkin Dibatalkan

Majlis Pelancaran Iphone 9 Hujung Bulan Ini Mungkin Dibatalkan

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 267 hits
Mesti ramai yang dah tertunggu tunggu kedatangan iPhone 9 yang dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi kan Ohmedia dapat tahu yang Apple mungkin akan membatalkan majlis pelancaran iPhone 9 yang bakal dilancarkan 31 Mac ini akibat wabak ...
Pengantin Buat Majlis Kahwin Drive Thru Agih Makanan Bungkus Untuk Tetamu Elak Risiko Covid 19

Pengantin Buat Majlis Kahwin Drive Thru Agih Makanan Bungkus Untuk Tetamu Elak Risiko Covid 19

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 557 hits
Berikutan penularan wabak COVID 19 yang semakin serius Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah berjaga jaga bagi mengelakkan risiko dijangkiti wabak berkenaan Antara penekanan yang diberi...
Konvensyen Permainan Terbesar Dunia Pada Tahun Ini Terpaksa Dibatalkan

Konvensyen Permainan Terbesar Dunia Pada Tahun Ini Terpaksa Dibatalkan

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 273 hits
Tiada Konvensyen E3 2020 tahun ini Wabak Covid 19 sekali lagi menjadi punca kepada pembatalan satu lagi acara tahunan terbesar yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini E3 2020 secara rasminya diumumkan terpaksa dibatalkan berikutan kebimb...
Rozaimie Rohim Terpaksa Tangguhkan Majlis Perkahwinan Kerana Wabak Covid 19

Rozaimie Rohim Terpaksa Tangguhkan Majlis Perkahwinan Kerana Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 546 hits
Penjaga Gol Sabah Terpaksa Tangguhkan Majlis Perkahwinan Kerana Wabak COVID 19 Penjaga Gol Sabah Ini Terpaksa Tangguhkan Majlis Perkahwinan Kerana Wabak COVID 19 Hasrat pemain skuad Tambadau Rozaimie Rohim untuk melangsungkan Majlis Perkahw...
Terpaksa Kerah Tentera Jika Rakyat Terus Ingkar Untuk Elak Wabak Covid 19

Terpaksa Kerah Tentera Jika Rakyat Terus Ingkar Untuk Elak Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 419 hits
Sumber google Khidmat Angkatan Tentera Malaysia mungkin akan digunakan sekiranya kerajaan melihat pematuhan terhadap arahan kawalan pergerakan masih tidak dipatuhi rakyat Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langk...
Rakyat Terus Sambil Lewa Covid 19 Mungkin Ada Gelombang Ketiga Lagi Besar Dari Tsunami

Rakyat Terus Sambil Lewa Covid 19 Mungkin Ada Gelombang Ketiga Lagi Besar Dari Tsunami

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 581 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merayu kepada semua rakyat Malaysia agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit Covid...
Video Masih Buat Kenduri Kahwin Polis Terpaksa Datang Arahkan Tetamu Pulang

Video Masih Buat Kenduri Kahwin Polis Terpaksa Datang Arahkan Tetamu Pulang

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 363 hits
379 SHARES Kini wabak Covid 19 dilihat semakin meningkat dari hari ke hari dan rakyat Malaysia diarahkan untuk menjalani perintah kawalan pergerakan Menerusi perintah kawalan ini rakyat diminta untuk memberi kerjasama dalam menangani penula...
Tidak Boleh Adakan Majlis Kahwin Tahlil Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Mkn

Tidak Boleh Adakan Majlis Kahwin Tahlil Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Mkn

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 699 hits
Bagi mengekangpenularan wabak Covid 19 di negara ini kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac 2020 sewperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam Namun begitu timbul persoalan ramai adakah m...
Majlis Persandingan Tiga Pengantin

Majlis Persandingan Tiga Pengantin

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 661 hits
Majlis Persandingan Tiga Pengantin Assalamualaikum dan Selamat Malam Hai reader semua Syukur Alhamdulillah minggu lepas Majlis Persandingan Tiga Pengantin telah selesai di Kampung Bonde Tiga This is a content summary only Visit my website f...
Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Gunung Rinjani Sejarah Harga Tiket Laluan Pendaki

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Umno Agm Pushed To November In View Of Sabah Polls

Mayat Ibu Anak Perempuan Ditemui Reput Jiran Tercium Bau Busuk

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Packaging Lipmatte Dengan Insert Custom Kemas Selamat Eksklusif

Bersiaran Dari Thailand

Jpj Lanjutkan Tempoh Bayaran Saman Kadar Rata Rm150

222 Pelajar Ipt Positif Hiv Tahun Lalu Paling Ramai Berusia 18 19 Tahun

Siri Oppo Reno14 Rasmi Mediatek Dimensity 8450 Bateri 6 200mah Harga Dari Rm1 399

Lori Mini Terbalik Menyebabkan Ikan Keli Berterabur Tengah Jalan