Mungkin Lelaki Itu Wali Allah Kisah Pelik Seorang Jemaah Dari Afrika Di Mekkah



Suatu hari, saya memasuki kawasan Masjidilharam. Waktu itu selepas solat Zuhur. Ketika itu memang musim panas iaitu sekitar bulan Ogos. Sebaik berada di sana, saya melihat seorang lelaki kulit hitam berambut kerinting sedang solat. Lelaki ini gayanya seperti jemaah dari Afrika.

Dia mengenakan kain ihram hanya bahagian sebelah bawah sahaja. Manakala kain ihram sebelah atas tidak dipakainya. Jadi, badanya terdedah kepada terik cahaya matahari.

Saya lihat, lelaki ini masuk ke kawasan Hijr Ismail. Saya memerhatikan gerak-gerinya. Ada sedikit keanehan pada lelaki ini. Mengapa di musim panas terik seperti itu dia tidak menutup badanya dengan kain ihram?

Lelaki ini kemudiannya solat sunat seorang diri. Setiap langkah dalam solatnya dilakukan dengan perlahan-lahan dan lama. Beliau juga rukuk dan iktidal begitu lama..

Malah , paling menarik perhatian saya ialah ketika itu sujud. Sujudnya lama sungguh. Jika saya sendiri, untuk sujud 30 saat pun tidak mampu kerana haba kepanasan yang melampau.

Anehnya, lelaki ini boleh sujud lama, berminit-minit. Saya tidak dapat bayangkan, betapa panasnya waktu itu. Maklumlah berada di musim panas, di kawasan padang pasir dan solat pula di tempat yang tidak berbumbung.

Tentulah, kita tidak mampu untuk sujud lama. Begitu juga dengan jemaah-jemaah yang lain. Saya perhatikan sujud mereka sekejap sahaja, kemudian bangun.

Peliknya, lelaki kulit hitam ini sujud lama, seolah-olah dia berada di dalam masjid yang berbumbung dan mempunyai pendingin hawa.

Selesai satu solat sunat, beliau ulang lagi solat, begitu juga keadaannya. Sentiasa sujud lama. Sepanjang pemerhatian saya, lelaki ini juga berdoa panjang.

Selepas sembahyang, dia baring di atas lantai.Mungkin untuk merehatkan diri. Bayangkan, di tengah panas terik, tiada sesiapa yang sanggup baring di situ.

Malah bukan sekadar berbaring, dia menggolekkan badannya ke kiri dan ke kanan dalam keadaan badannya tidak berlapik dengan kain ihram.

Kejadian itu bukan berlaku sekali. Malah selepas pertemuan yang pertama, saya menemui lagi lelaki ini di hari-hari berikutnya.

Aneh, begitu jugalah lakunya yang sujud lama di musimpanas. Saya merasakan ada sesuatu keistimewaan pada lelaki berkulit hitam ini. Tapi, saya takut hendak melah atau menafsirkannya, bimbang tersilap.

Pada suatu hari, saya dan ahli jemaahhendak pergi ke Tana'im. Di miqat itulah jemaah memasang niat umrah. Kami menaiki bas ke Syuaib Ali. Perjalanan ini sejauh lebih kurang tujuh kilometers

Di tengah perjalanan bas itu melalui kawasan perkuburan M'ala. Semasa melintasi perkuburan itu, saya ternampak lelaki kulit hitam tersebut berjalan kaki.

Saya memerhatikan beliau. Memang sah! Belaiu adalah lelaki yang bersujud lama di hjir Ismail tempoh hari.

Saya sahaja di Miqat Tana'im, kami turun dari bas. Mata saya terpaku melihat lelaki kulit hitam tadi sudah terpacak disitu. Dia yang berjalan kaki sampai dahulu daripada kami.

Pelik, bagaimana dia yang berjalan kaki boleh sampai dahulu? Sedangkan jaraknya jauh. Logik akal memang tak boleh terima.

Setelah selesai urusan berniat umrah di Tana'im, kami pulang ke Mekah. Ketika itu saya lihat lelaki ini masih di Tana'im. Sampai sahaja di mekah yang jaraknya sekitar tujuh kilometer, sekali lagi saya terkejut apabila melihat lelaki kulit hitam tadi sudah berada di Masjidilharam semula. Ini mengukuhkan lagi sangkaan saya bahawa dia adalah seorang...!

Sampai di Masjidilharam, saya segera mengerjakan Saie. Selai Saie, saya berhajat untuk bertemu lelaki kulit hitam tersebut. Sejak melihat keadaannya tidak memakai ihram lengkap, saya berhajat untuk bersedekah kepada beliau.

Kebiasaannya jemaah haji atau umrah dari Afrika ini kalangan orang yang susah dan mereka sangat memerlukan bantuan, pasti mereka segera ambil. Ini sudah menjadi kebiasaan bagi jemaah berkulit hitam yang saya temui sebelum ini.

Saya merapati lelaki ini. Apabila hampir dengannya, saya dapat melihat dengan jelas wajahnya yang sangat bersih dan berseri-seri. Kain ihramnya sangat lusuh. Kelihatan lelaki ini berusia sekitar 70-an.

Saya memberi salam, lalu menghulurkan sedikit wang kepadanya. Lelaki ini mendongakkan kepala dan geleng-geleng sambil memberi isyarat tangan bahawa dia tidak perlukan wang tersebut.

Saya terkejut. Mengapa lelaki ini enggan menerima wang sedekah? Kalau tidak mahu, mengapa kain ihramnya lusuh?

Sejak tahun 1979 lagi, saya membawa jemaah haji dan umrah. Saya amat mengenali golongan berkulit hitam memang tidak pernah menolak sebarang bentuk sedekah.

Tetapi lelaki kulit hitam di hadapan saya ini sangat luar biasa. Dia menolak sedekah yang diberikan. Pelbagai persoalan bermain-main di fikiran saya waktu itu.

Al-Ghazali pernah mengatakan "  jika kamu melihat seseorang manusia terbang di udara dan berjalan atas air, sedangkan dia melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak, maka hendaklah kamu ketahui sungguh itu adalah syaitan".

Tetapi lelaki ini kuat beribadah. Berdasarkan tiga kejadian aneh tersebut, iaitu beliau boleh sujud lama di musim panas, berjalan laju menuju Tana'im dan tidak menerima sedekah, saya mengatakan lelaki ini bukan sebarangan manusia.

Mungkinkah dia seorang Wali Allah?

Saya terus bersalah dengannya. Ketika itulah saya merasakan benar sangkaan tadi bahawa lelaki ini mungkin Wali Allah.

Sememangnya Wali Allah ini diberikan karamahnya tersendiri. Golongan ini mungkin ramai di kota Mekkah. Beruntunglah sesiapa yang menemui wali-wali Allah ini yang tidak cintakan dunia.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2020/03/mungkin-lelaki-itu-wali-allah-kisah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Orang Yang M Lukaimu Akan T Rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan Luput

Orang Yang M Lukaimu Akan T Rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan Luput

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 202 hits
Orang yang M lukaimu Akan T rluka Pada Waktunya Itu Bukan Kutukan Tapi Balasan Allah Takkan LuputM rasa g ram kar na dip rlakukan buruk itu adalah rasa yang manusiawi tidak t rima dan ingin s kali m mbalas Tapi k tika kamu m mbalas d ngan h...
Besarkan Didik Anak Itu Tanggungjawab Bersama Suami Jangan Biar Isteri Urus Seorang Diri

Besarkan Didik Anak Itu Tanggungjawab Bersama Suami Jangan Biar Isteri Urus Seorang Diri

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 419 hits
Dalam mendidik anak anak suami dan isteri punya peranan masing masing Jika ibu banyak menumpukan perhatian dengan kerja rumah tak salah rasanya jika ayah membantu uruskan anak anak Barulah ringan sama dijinjing berat sama dipikul Seperti pe...
Tsalatsatul Ushul Allah Itu Robbul Alamin

Tsalatsatul Ushul Allah Itu Robbul Alamin

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 382 hits
Allah itu Robbul alamin Rabb semesta alam Ini yang seorang muslim mesti yakini terkait tentang Allah Posting ditampilkan lebih awal di
Terima Pingat Panglima Gagah Berani Ini Kisah Salah Seorang Komando 69 Wira Lahad Datu

Terima Pingat Panglima Gagah Berani Ini Kisah Salah Seorang Komando 69 Wira Lahad Datu

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 1426 hits
Tugas menjaga keamanan negara memerlukan keberanian yang tinggi Hal ini kerana mereka sering dijadikan sasaran dan boleh dibunuh penjenayah pada bila bila masa dalam situasi yang tidak terjangka Kisah keberanian mereka sewajarnya dipateri k...
Kalau Result Spm Kau Teruk Jangan Down Mungkin Rezeki Kau Lepas Spm Allah Dah Aturkan Cantik

Kalau Result Spm Kau Teruk Jangan Down Mungkin Rezeki Kau Lepas Spm Allah Dah Aturkan Cantik

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 1178 hits
Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia 2019 telah diumumkan pagi tadi Peristiwa ini sering menjadi suka dan duka para pelajar di seluruh dunia Perasaan cuak dan gugup mula timbul dalam diri sejurus mengambil keputusan tersebut Tetapi janganla...
Allah Itu Tidak Buta Dan Tidak Tuli

Allah Itu Tidak Buta Dan Tidak Tuli

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 180 hits
Dalam politik ada yang rakus menggunakan kuasa untuk kekayaan Ada yang rakus memnggunakan kuasa untuk membuat persepsi dan tuduhan Allah tempat mengadu Kita rakyat tak tahu siapa yang benar tapi jika yang kena tuduh membuat sumpah laknat Ad...
Tumbung Kelapa Pelik Menyerupai Wajah Manusia Memakai Tengkolok

Tumbung Kelapa Pelik Menyerupai Wajah Manusia Memakai Tengkolok

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 1037 hits
Batu kecil berukuran lebih kurang sebesar telapak tangan berwarna putih seakan akan batu kapur ini yang mempunyai tunas sepanjang hampir empat sentimeter ini kelihatan pelik kerana tunasnya seakan akan wajah manusia memakai tengkolok Asalny...
Pelik Dengan Penyokong

Pelik Dengan Penyokong

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 266 hits
Kuala Terengganu Hanya 350 peminat sahaja Itu jumlah penonton yang menyaksikan perlawanan pertama digelanggang sendiri membabitkan dua pasukan Liga Perdana berstatus feeder club Terengganu FC II menentang Perak II di Stadium Sultan Ismail N...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025