Mungkin Jangkitan Masa Cukur Bulu Ketiak Ingatkan Jerawat Biasa Ketiak Lelaki Ini Terpaksa Dibedah Kos Cecah Rm17k
Faizdickievp, antara selebriti media sosial yang tak perlu diperkenalkan lagi. Namanya mula melonjak naik pada tahun 2013 apabila video parodinya dengan menggunakan nama ‘Kak Leha Bunting’ sering tular di mana-mana platform sosial.
Bagaimanapun, baru-baru ini, pengikutnya tertanya-tanya apabila mendapat tahu bahawa Faiz telah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan.
Untuk menjawab persoalan dan memberi kesedaran kepada orang ramai, Faiz telah memuatnaik kisah sebenar tentang insiden yang menimpanya untuk dijadikan pengajaran.
Bayangkan sebab ketiak, kau kene bayar RM17,000! Mana tak pening oi! Haha
Kisah ni jadi bulan March hari tu. Ramai terkejut and curious bila abang masuk wad kene operate. Now meh abang share what actually happened:
1. One day abang perasan kat ketiak abang mcm ada jerawat. Usually biasalah lepas shave bulu ketiak, akan ada irritation sikit and after few days benda tu akan hilang.
2. Lepas 4 atau 5 hari ‘jerawat’ tu makin membesar macam bisul. First time jadi kat abang so kita just bubuh krim farmasi lah. Tapi makin lama makin sakit sampai susah nak gerak tangan.
3. Abang pi klinik and doc kata tu adalah abscess. Dia terus rujuk ke hospital. Abang gi Thompson Hospital (icing gi pvt hosp sebab fikir ada amik insurans Great Eastern – GE). Haha
Disahkan ianya adalah abscess (Bengkak pada bahagian tisu atau organ badan) dan puncanya mungkin sebab jangkitan masa cukur bulu ketiak.
4. Doc hospital confirmkan yang it is abscess and puncanya besar kemungkinan sebab infection masa shave bulu ketiak! Apoo! Haha
5. Apparently, kuman tu ada kat whole over our body so masa shave tu maybe ada luka kecil yang kita tak perasan. So kuman tu masuk and berlakulah infection. Doc cakap ni kene minor operation untuk buang abscess tu.
6. Tanya kos, doc kata anggaran RM5-8k untuk operate. Malangnya masa mintak Guarantee Letter kat GE, kene rejek pulak! Kelam kabut contact ejen insurans and she convinced me to proceed and nanti claim balik dari insurans.
7. Mujur ada saving so proceed dan admission ward and operation. Nak dijadikan cerita, operation buang abscess tu kene dua kali pulek! First – operate buang. Then a week later, jahit balik. Tempoh seminggu tu untuk kasi daging yang rompong tu heal dulu.
8. Time tu dah pening dah sebab satu; risau nak operate dan dua; dok pikir bil hospital yang totalnya dekat RM17,000 untuk 2 operation, ward, rawatan susulan. Haaa
9. Alhamdulillah operation ok. 2 hari lepas tu dah discharge tapi everyday selama seminggu kene ulang-alik cuci jahitan kat hosp. Everytime cuci, kene byr RM seratus lebih.
10. Lebih kurang sebulan selepas tu, jahitan pun dibuka. Kalau orang lain ada parut kat muka, kening etc, abang plak ada parut sejengkal kat ketiak. Tak gangster langsung! Haha.
Now, ketiak dah jahit tapi poket pulak yang rabak sebab bil total hospital adalah around RM17,000.
11. Semua guna duit saving sebab GL rejek haritu (insurans belum matang habis, lagi 3-4 bulan baru fully matured).
12. Bermulalah kisah isi borang claim, amik medical repor. Part ni renyah gak tapi ejen abang banyak membantu walaupun time tu dia dah nak beranak.
13. Honestly I was skeptical psl insurans sebenarnya. Lagi-lagi masa GL kene rejek. Masa tu risau cash yang dah didahulukan tu burn macam tu je. Tapi since abang first time kene abscess ni and doc pun kata I should get my claims, abang lega sikit.
14. Alhamdulillah after 5 month menunggu. Dapat SMS mengatakan claim abang approved! Time tu jugak cek account and RM16,377.98 dah masuk dalam acc! Yahooo
Sumber: Faizdickievp
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/10/27/mungkin-jangkitan-masa-cukur-bulu-ketiak-ingatkan-jerawat-biasa-ketiak-lelaki-ini-terpaksa-dibedah-kos-cecah-rm17k/