Munculnya Ikan Oarfish Petanda Akan Berlakunya Gempa
Ikan oarfish merupakan ikan
yang hidup pada kedalaman lebih dari 198-1000 meter. Ikan ini termasuk dalam kategori
ikan bertulang terpanjang di dunia. Panjangnya boleh mencapai lebih dari 11
meter. Walaupun sering dikaitkan dengan bencana, namun tidak ada penjelasan
ilmiah yang menyatakan ikan oarfish merupakan petanda bakal berlakunya bencana.
Menurut ahli biologi, ada
berbagai penjelasan mengenai kemunculan ikan oarfish di permukaan walaupun
hidup di laut dalam. Pertama, ikan oarfish bukan perenang terhebat. Habitat oarfish yang berada di laut sedalam 1000
meter memungkinkannya peka terhadap pergerakan lempeng bumi di dasar laut.
Berkemungkinan ikan ini mampu mengesan lebih awal pergerakan lempeng bumi di
dasar laut yang dapat menjadi punca berlakunya gempa.
Penjelasan lain bahawa
perubahan arus laut monsun telah mendorong ikan ke permukaan. Oarfish akan
berusaha untuk tetap berada di tempatnya, namun ketidakmampuan melawan arus
membuatkan ikan tersebut kelelahan dan akhirnya mati.
Menurut kepercayaan sesetengah
penduduk Jepun pula kononnya, apabila ikan berbentuk pipih panjang yang
memiliki sisik warna-warni ini muncul ke permukaan, maka tidak lama akan
terjadi bencana. Hubungan antara ikan oarfish dengan gempa bumi bermula dari
legenda yang berlegar turun-temurun di kalangan penduduk Jepun.
Selanjutnya, penjelasan lain
tentang kemunculan berulang ikan oarfish di permukaan adalah fasa suhu
permukaan laut yang tidak normal. Kajian yang diterbitkan pada 2018 menunjukkan
hubungan kejadian antara kemunculan ikan oarfish dengan tahun-tahun berlakunya El
Nino.
Semasa berlakunya El Nino,
suhu di permukaan laut lebih tinggi berbanding dengan suhu di laut dalam. Hal
ini telah memengaruhi ikan oarfish memakan ikan kecil dan plankton yang berada
di suhu air lebih tinggi.
Walau apa pun pendapat dan hasil kajian tentang ikan ini semuanya berkemungkinan adalah benar.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.orangmuo.my/2019/12/munculnya-ikan-oarfish-petanda-akan.html