
Foto – Twitter/The Indian Express
#2 Cardi B
Penyanyi seksi ini jujur mengakui dirinya memang melakukan pembedahan plastik untuk membesarkan payudara dan punggungnya. Cardi B menyatakan dirinya telah lama mengidamkan untuk miliki punggung yang besar.
Foto – Pinterest/L’Officiel USA
#3 Hailey Bieber
Model jelita ini dikatakan melakukan pembedahan plastik pada bahagian bibir dan hidungnya, tetapi Hailey menepis berita tersebut dengan menyatakan ia perubahan tersebut berlaku kerana dirinya sudah meningkat dewasa.
Foto Pinterest/Vogue
#4 Kylie Jenner
Model dan usahawan berjaya ini mengakui dirinya melakukan pembedahan plastik di bahagian bibir, hidung, kening dan juga tulang pipi. Kylie menyatakan dengan melakukan pembedahan plastik tersebut membuatkan dirinya lebih berkeyakinan.
Foto – Cosmopolitan/Pinterest
#5 Khloe Kardashian
Sama seperti adiknya Kylie, Khloe juga melakukan pembedahan plastik di mukanya dan merasakan mukanya sangat teruk dan ia perlu melakukan sesuatu.
Foto – Pinterest/Toronto Sun
#6 Megan Fox
Aktres jelita dikhabarkan telah melakukan pembedahan plastik bagi membesarkan bibirnya agar nampak lebih seksi, tetapi Megan telah menepis berita tersebut yang ianya tidak benar sama sekali.
Foto – Life & Style/Insider
#7 Blake Lively
Aktres popular ini juga dikaitkan telah melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya, meskipun banyak khabar angin memperkatakannya aktres ini bertindak mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang respon tentang isu tersebut.
Foto – YouTube/Pop Sugar
#8 Kate Bosworth
Bintang filem popular ‘Superman Return’ ini dikatakan telah melakukan pembedahan plastik bagi mengecilkan hidungnya dan melakukan suntikan botox serta filler pada wajahnya. Melihat respon Kate, aktres jelita ini tidak mengesahkan atau menidakkan khabar angin tersebut.
Foto – InStyle/Rotten Tomatoes
Patutlah cantik dan seksi belaka mereka ini, agak-agak berapalah wang yang mereka belanjakan untuk pembedahan plastik tersebut.-Murai| 
		Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini  |