Muka Gengster Anak Emak


hmetro.com.my
Noor Hidayah Tanzizi
[email protected]
HUBUNGAN baik Muhammad Mikhael dengan ibunya sangat erat biarpun berlainan agama. FOTO Ihsan Muhammad Mikhael Sathayah'Mak sokong masuk Islam'

Ipoh: Berpewatakan seperti 'gengster' dengan turut memakai rantai besi besar, bersinglet serta riak muka yang garang memang tampak menggerunkan apabila melihatnya namun sebenarnya lelaki ini 'anak mak'.

Hubungan baik Muhammad Mikhael Sathayah, 39, dengan ibu, M Muniamah, 73, yang digelar 'mak titew' sangat erat biarpun berlainan agama kerana pemuda berasal dari Tambun, Perak itu memilih memeluk Islam.

Hubungan erat dua beranak berbangsa India itu juga dilihat melalui video yang kerap dikongsikan Muhammad Mikhael di akaun TikToknya.

Gelagat menghiburkan Muhammad Mikhael yang turut mengelarkan diri 'muka gengster' mendapat perhatian warganet sejak beberapa bulan lalu.

Pemuda itu kerap berkongsi video bersama ibu tersayang dengan konten menarik dan lucu malah dia turut memakai baju serta sarung kaki berwarna merah jambu biarpun berimej 'gengster'.

Muhammad Mikhael berkata, biarpun mereka berlainan agama, ibunya tetap menerima ketentuan itu dengan hati terbuka malah hubungan mereka kekal erat dan saling menghormati.

Menurutnya, keputusannya memeluk Islam pada 2018 diterima ibu malah wanita itu turut menggalakkan dia menjadi Muslim yang baik biarpun keputusannya mendapat pelbagai reaksi orang sekeliling.

Katanya, sebelum ini dia merasai kekosongan dalam jiwa biarpun secara luaran tampak berjaya dan bekerjaya dengan pendapatan lumayan namun dia sebenarnya sentiasa mencari erti kehidupan.

"Sebelum ini, saya bekerja di kelab malam selama 10 tahun sejak usia 18 tahun. Ketika itu memang tidak pernah melihat matahari, pergi kerja jam 6 petang, pulang pula awal pagi menghampiri Subuh.

"Kehidupan ketika itu terasa kosong serta tidak bahagia terutama selepas pemergian ayah pada 2003. Saya mencari dan mengejar dunia, semakin hari semakin kosong hati saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, kelmarin.

Menurutnya, hatinya mula terjentik dengan Islam sejak 2008 selepas mendalami beberapa agama apabila mendengar satu suara 'aku yang cipta kamu, tapi ini aku berikan pada kamu terima sajalah' sebelum dia menemui jalan 'penamat' pada 2018.

Dalam tempoh 10 tahun, anak bongsu daripada dua beradik itu melawan dan berperang dengan dirinya agar tidak memilih Islam tetapi mengakui sepanjang tempoh itu, dia sudah mengalami perubahan positif seperti meninggalkan tabiat beli nombor ekor, minuman keras selain semakin menyayangi ibu dan berasa tenang setiap kali mendengar azan serta mahu ke masjid.
MUHAMMAD Mikhael aktif di aplikasi media sosial TikTok dengan imej ‘muka gengster’. FOTO Ihsan Muhammad Mikhael Sathayah
"Tetapi saya masih lawan perasaan itu, berperang dengan diri. Saya cakap saya tidak akan memeluk Islam. Selepas berhenti kerja di kelab, saya kerja di taman tema di Tambun dan rezeki saya mencurah dan dinaikan pangkat.

"Satu hari hidayah kedua datang apabila berlaku kejadian yang saya anggap hampir meragut nyawa berikutan berasa sangat sakit di dada hingga saya merasakan itu adalah saat pengakhiran hidup.

"Ketika rebah dan mahu menghubungi ambulans, azan Maghrib berkumandang dan saya cakap kalau saya tak mati, saya nak masuk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Rasa sakit itu kemudiannya beransur hilang," katanya yang kini sudah berhenti kerja dan menjadi pencipta kandungan sepenuh masa.

Muhammad Mikhael berkata, selepas itu, dia sempat berfikir jika ia hanya mainan perasaan sebelum tekad sepenuhnya memeluk Islam selepas seminggu kejadian berlaku.

"Saya rasmi melafazkan dua kalimah syahadah dengan tenang di pejabat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 20 September 2018.

"Sebelum ke pejabat agama, saya beritahu mak terlebih dahulu hasrat masuk Islam. Mak terdiam serta terkejut, tetapi kemudian senyum dan beri kebenaran," katanya.

Menurutnya, pilihannya ini turut membawa kepada cakap orang sekeliling yang mengatakan ibunya sudah tiada anak, bukan seorang ibu yang baik dan terlalu memanjakannya namun semua itu tidak dihiraukan dan wanita tersayang terbabit tetap menerimanya.

"Saya sangat berterima kasih kepada mak yang sentiasa bersama saya sehingga kini, mak hadiahkan saya sejadah dan temankan saya ke masjid.

"Walaupun kami berlainan agama, mak tunggu di luar masjid. Saya kata panas tetapi mak kata tak apa.

"Saya dapat beli rumah sebelah rumah mak sebab saya tak mahu tinggalkan mak. Rezeki mak, saya nak berjiran dengan mak.

"Persepsi yang mengatakan mak hilang anak, kami tidak boleh bersama seperti sebelum ini ternyata salah. Hakikatnya kami masih bersama asalkan saya tahu batas agama. Bagi saya, mak segala-galanya dan saya sangat menyayanginya," katanya.

Bercerita lanjut, Muhammad Mikhael berkata, dia mengakui hidayah kedua sangat jelas dan terang namun perjalanannya sebagai Muslim masih terlalu panjang.

Katanya, tahun pertama bergelar mualaf dia tidak menunaikan solat dan semuanya berubah selepas berpuasa sepanjang tahun kecuali pada hari yang dilarang dalam agama.

Mengakui dirinya kini tenang dan jiwanya juga tidak berasa kosong, dia juga masih berusaha menjadi Muslim yang baik dan sentiasa mendalami Islam.

"Saya berterima kasih kepada rakan, Cef Tarmizi, Abang Fitri dan Abang Ijan yang banyak membimbing dan menghadiahkan sejadah serta al-Quran kepada saya," katanya yang turut menghargai bantuan rakannya, DJ Fluffy berikutan banyak membantu di saatnya susah dan senang.

Berhubung video TikToknya, Muhammad Mikhael berkata, dia hanya menjawab soalan pengikutnya dan tidak menyangka akan tular hingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

"Saya memang tidak pernah cerita dalam TikTok mengenai agama, jadi apabila ramai bertanya, saya ambil keputusan bercerita dan mungkin juga sudah sampai masanya. Saya akan menjaga imej Islam dengan baik termasuk dalam konten.

"Memakai baju merah jambu itu pada mulanya untuk menghiburkan rakan yang berasa lucu melihat saya pakai 't-shirt' merah jambu ke 'gym' dan wajah gengster itu juga hanya imej saja," katanya.
Disiarkan pada: Mac 23, 2023

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/muka-gengster-anak-emak-noor-hidayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semua Macam Bapak Hang Syatilla Melvin Stress Anak Perempuan Sebijik Muka Shaheizy Sam

Semua Macam Bapak Hang Syatilla Melvin Stress Anak Perempuan Sebijik Muka Shaheizy Sam

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 306 hits
Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin merupakan pasangan selebriti yang popular di malaysia mereka telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang Hasil perkahwinan pas...
Muka Mommy Sangat Usop Kongsi Wajah Anak Lepas 4 Bulan Lesung Pipit Manis Macam Daddy

Muka Mommy Sangat Usop Kongsi Wajah Anak Lepas 4 Bulan Lesung Pipit Manis Macam Daddy

papar berkaitan - pada 20/3/2023 - jumlah : 192 hits
Walaupun sudah bergelar bapa namun kelibat penyanyi Usop jarang jarang muncul bersama anak sulungnya di Instagramnya apa lagi berkongsi wajah kesayangannya itu kepada umum Namun selepas kelahiran cahaya mata sulung itu yang kini berusia emp...
Muka Bercopeng Mengelupuh Jaga Anak Lah Woi Diva Aa Selar Shuhada Jadi Model Baju Raya

Muka Bercopeng Mengelupuh Jaga Anak Lah Woi Diva Aa Selar Shuhada Jadi Model Baju Raya

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 284 hits
Sedia maklum baru baru ini Shuhada bersama anak anak dikatakan sudah menjadi model untuk satu jenama muslimah untuk koleksi Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini
Bila Dua Orang Anak Berlainan Program Di Uitm

Bila Dua Orang Anak Berlainan Program Di Uitm

papar berkaitan - pada 19/3/2023 - jumlah : 406 hits
18 Mac 2023 SabtuBila dua orang anak berlainan program di Universiti Teknologi MARA yang perlu diuruskan dalam masa sehari Pagi Dungun TerengganuPetang Raub PahangTerima kasih pada mySIL kerana sanggup membantu menguruskan semua berkaitan b...
Masa Kecil Anak Anak Yang Sungguh Cepat Berlalu Hargai Sebelum Terlewat

Masa Kecil Anak Anak Yang Sungguh Cepat Berlalu Hargai Sebelum Terlewat

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 341 hits
MASA KECIL ANAK ANAK YANG TIDAK AKAN KEMBALI Kalau hari ni kita rasa penat letih dengan anak meragam akan datang belum tentu kita dapat rasa perkara yang sama Bila anak anak dah membesar mesti terdetik dalam hati Rasa macam sekejap jek masa...
Spageti Aglio Olio Menu Ringkas Bekal Anak Ke Sekolah

Spageti Aglio Olio Menu Ringkas Bekal Anak Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 346 hits
Adakala kita buntu nak buatkan menu bekal anak ke sekolah Spageti aglio olio merupakan antara menu pilihan yang menjadi kegemaran anak anak Mudah nak makan tak berkuah dan tak comot Buatnya pun mudah Anak anak pun kenyang Memang confirm hab...
Kenapa Abah Choose Bad Girl Anak Perempuan Tahu Isu Curang Menangis Fikir Hafidz Roshdi Pilih Athira

Kenapa Abah Choose Bad Girl Anak Perempuan Tahu Isu Curang Menangis Fikir Hafidz Roshdi Pilih Athira

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 188 hits
Sedia maklum masalah rumah tangga yang dihadapi oleh pelakon Hafidz Roshdi serta isteri Nurul Shuhada boleh dikatakan agak teruk hingga pelakon tersebut didakwa menumbuk Shuhada akibat hilang sabar Terbaharu Shuhada atau mesra disapa sebaga...
Ibu Kenapa Abah Pilih Perempuan Jahat Anak Sulung Nurul Shuhada

Ibu Kenapa Abah Pilih Perempuan Jahat Anak Sulung Nurul Shuhada

papar berkaitan - pada 18/3/2023 - jumlah : 205 hits
Anak sulung kepada pelakon sensasi Hafidz Roshdi iaitu Humairah yang kini berusia enam tahun meluahkan rasa sedih apabila dia seakan akan memahami apa yang berlaku diantara kedua ibu bapanya sebelum ini Menerusi hantaran yang dimuat naik ol...
Kadar Zakat Fitrah 2025m 1446h Setiap Negeri

Buffet Ramadan 2025 Fraser Place Puteri Harbour

If Your Kid Wants A Fish These 12 Hardy Types Are Your Best Bet Romper

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

Penerangan Jenis Jenis Gangguan Seksual Kanak Kanak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Alyph Feat Ziana Zain Gerak Chord

Alyssa Dezek Ara Aziz Qadejah Aliff Syukri Cik B Raya Genz Chord

Indonesia Cuts Domestic Airfares For Aidilfitri Travel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Mulakan Berbuka Puasa Dengan Kurma Dan Air Kosong Diikuti Dengan Makanan Ringan Seperti Sup

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat