Mujur Ada Rafizi Bersuara Tentang Merpati


 
Jabatan Penjara Malaysia akhirnya mengesahkan banduan Najib Razak kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, Najib dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu berikutan keadaan kesihatannya yang tidak memuaskan.
“Pada 19 September 2022, pihak HKL telah merujuk Najib ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjutan sehingga kini.
“Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik sahaja pihak pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atas beliau,” kata jabatan itu.
Sejak beberapa hari lalu beredar tulisan tanpa nama di media sosial berhubung dakwaan layanan istimewa yang diberikan terhadap Najib – yang dirujuk dengan kod nama merpati.
Dakwaan itu antaranya melibatkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib dan rancangan untuk membawa bekas Perdana Menteri itu ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).
Walau tulisan itu sudah beredar secara meluas di alam maya sejak dua hari lalu dan pelbagai komen netizen yang tidak puas hati mengenainya boleh didengari – sekiranya dakwaan itu didapati benar – ia bagaimanapun hanya berjaya menarik perhatian Jabatan Penjara setelah Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli turut membangkitkannya semalam.
Selain meminta kerajaan menjelaskan tentang dakwaan tersebut, Rafizi juga mengaitkan dengan tulisan di media sosial Najib yang seolah-olah memperlihatkan beliau mempunyai akses bebas kepada dunia luar, yang mungkin mengesahkan dakwaan berkaitan layanan istimewa kepada merpati di penjara.
Berikutan Jabatan Penjara akhirnya tampil mengesahkan Najib sedang dirawat di HRC, mahu tidak mahu harus kita akui, mujurlah ada Rafizi bersuara mengenainya.
Jika tanpa beliau bersuara, mungkin sampai sekarang kita tidak tahu Najib sedang berada di HRC dan bukan di Penjara Kajang.
Bahkan, tanpa desakan Rafizi juga, kita juga tidak mungkin tahu bahawa Najib sudah berada di HRC sejak 19 September lagi.
Meskipun Jabatan Penjara memaklumkan bahawa Najib akan dihantar kembali ke Penjara Kajang sebaik pakar perubatan HRC dan HKL memberi pelepasan perubatan kepadanya, jika tidak dibangkitkan oleh Rafizi, mungkin tiada siapa tahu berapa lama beliau akan berada di HRC itu.
Seorang teman menghubungi sebentar tadi, jika tidak didedahkan dan seterusnya tidak dibangkitkan oleh Rafizi, entah-entah Najib akan ditempatkan lebih lama di HRC yang berhawa dingin berbanding Penjara Kajang yang hanya ada katil dan kipas saja.
Dalam hal ini, selain suara Rafizi yang jelas terlihat ada kuasa yqng mampu membuatkan pihak berkuasa tidak berdiam diri, penulis tanpa nama yang mendedahkan hal berkaitan merpati itu juga ada peranannya yang tersendiri kepada kita semua.
Tanpa pendedahan itu, barangkali banyak lagi benda-benda yang kita tidak tahu berkenaan dengan Najib akan terus tersembunyi begitu saja.
Harapnya selepas ini, mereka tanpa nama itu akan terus mendedahkan kepincangan dan layanan istimewa yang tidak sepatutnya yang diberikan kepada Najib sepanjang tempoh pemenjaraannya.
Di samping kesalahan rasuah Najib adalah serius dan beliau harus diberi hukuman yang sewajarnya sebagai pengajaran kepada dirinya dan orang lain, beliau juga belum pun sampai sebulan lagi dimasukkan ke penjara.
Ehh…takkan belum sampai sebulan di penjara sudah tak mampu menghadapinya – mana jeritan lawan tetap lawan dan berbangga selama ini dengan darah pahlawan Bugis yang mengalir dalam tubuhnya? – ShahbudinHusin 21/09/2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/mujur-ada-rafizi-bersuara-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merpati Message Claims Najib S Wings Not Clipped Rafizi Wants Answers

Merpati Message Claims Najib S Wings Not Clipped Rafizi Wants Answers

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 167 hits
Najib Abdul Razak s liberal access to the outside world lends credibility to the allegation that the former premier who is serving a 12 year prison sentence has been accorded preferential treatment alleged PKR deputy president Rafizi Ramli ...
Betulkah Pm Arah Merpati Dirawat Di Hrc Laporan Lepas Rafizi Dedah Ramai Pula Nak Jadi Juara

Betulkah Pm Arah Merpati Dirawat Di Hrc Laporan Lepas Rafizi Dedah Ramai Pula Nak Jadi Juara

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 236 hits
Peguam bela dan peguam cara Muhammad Rafique Rashid Ali Peguam Parti Pejuang Tanah Air Muhammad Rafique Rashid Ali hari ini bertanya sama ada terdapat campur tangan pihak berkuasa untuk memberikan layanan istimewa kepada Datuk Seri Najib Ra...
Belajar Tentang Coklat Di Chocolate Museum Kota Damansara

Belajar Tentang Coklat Di Chocolate Museum Kota Damansara

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 285 hits
AssalamualaikumMesti teruja kan bila baca perkataan coklat tu Sape je yang tak suka coklat betul tak Tak kira lah budak kecik yang dewasa dan yang berumur pun sukakan coklat Selama ni asyik makan coklat tanpa tau tentang coklat Kali ni Fati...
Menelisik Pandangan Raja Charles Iii Tentang Islam

Menelisik Pandangan Raja Charles Iii Tentang Islam

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 199 hits
Raja Charles III merupakan raja baru Inggris dan negara Persemakmuran lainnya Berikut rangkuman pandangannya seputar Islam dan Muslim
Petua Orang Dulu Tentang Kegunaan Buah Mengkudu

Petua Orang Dulu Tentang Kegunaan Buah Mengkudu

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 184 hits
1 BETIS KERING BERSISIK DAN TUMIT KAKI MEREKAHAmbil sebiji buah mengkudu yang masak dan sapukan kepada bahagian kaki yang bersisik dan merekah Biarkan selama 15 minit Kemudian basuh dengan air suam Buat beberapa kali hingga kaki kering bers...
Penjelasan Hadits Tentang Memukul Anak

Penjelasan Hadits Tentang Memukul Anak

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 201 hits
Pertanyaan Saya ingin bertanya tentang hadits Perintahkan anak anak kalian untuk shalat ketika usianya 7 tahun Dan pukullah mereka ketika usianya 10 tahun Dan pisahkanlah tempat tidurnya Apakah hadits ini menunjukkan bolehnya memukul anak
Cek 4 Hal Tentang Investasi Yang Bikin Kamu Nggak Perlu Worry Soal Inflasi

Cek 4 Hal Tentang Investasi Yang Bikin Kamu Nggak Perlu Worry Soal Inflasi

papar berkaitan - pada 28/9/2022 - jumlah : 244 hits
Jadilah golongan bebas worry meskipun kondisi sekarang sedang inflasi Bukan karena kamu crazy rich tapi telah berinvestasi
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantai Lagenda

Arenaa Batik Boutique Hotel

Happy Birthday Adik Mijan

Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups