Mujahid Yusof Fail Tindakan Saman Terhadap Harakah Berhubung Fitnah Isu Nur Sajat


 
KUALA LUMPUR - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof telah memfailkan saman fitnah terhadap portal rasmi PAS, Harakah susulan laporan berita berkaitan usahawan kosmetik Nur Sajat.
Peguamnya dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir memfailkan writ di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Luimpur, dua hari lalu.
Mereka menamakan wartawan Harakah, Aziz Muda, ketua pengarangnya, Wan Nordin Wan Yaacob, pengendali portal dalam talian itu, Galeri Media Serbanika Sdn Bhd, dan pencetak akhbar itu Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua, ketiga dan keempat.
Mengikut pernyataan tuntutan yang dilihat Malaysiakini petang ini, Mujahid menyaman berhubung laporan yang dimuat naik dalam portal Harakahdaily.net pada 7 Februari serta laporan yang diterbitkan dalam edisi cetak pada 10 hingga 13 Feb lalu.
Pada Februari lalu, Mujahid pada ketika itu masih memegang portfolio Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama.
Pada 4 Februari lalu, adalah dilaporkan kontroversi tercetus gara-gara usahawan kosmetik berkenaan memuat naik gambar di Instagram ketika memakai pakaian wanita ketika berada di Makkah. NGO Justice for Sisters turut meluahkan rasa bimbang berhubung gesaan pihak berkuasa yang mahu Nur Sajat disiasat berkenaan perkara terbabit.
Laporan Harakah yang menjadi sasaran saman itu difahamkan adalah berkaitan dengan tindakan pihak berkuasa agama berhubung isu tersebut.
Mujahid yang juga adalah Naib Presiden Amanah turut mendakwa bahawa laporan tersebut berniat jahat untuk menjatuhkan maruah, kredibiliti dan reputasinya yang ketika itu adalah menteri agama.
Dakwanya, disebalik notis tuntutan pada 20 Feb lalu, defendan gagal dan/atau enggan dan/atau cuai untuk mematuhi notis tersebut berkenaan laporan itu.
Sebagai alternatif, Mujahid memohon perintah mahkamah supaya defendan membuat permohonan maaf secara terbuka, yang akan dimuat naik dan disiarkan di akhbar tempatan yang berbahasa Melayu dalam tempoh 14 hari.
Mujahid juga menuntut defendan menarik balik laporan yang diterbitkan itu sama ada di portal dalam talian serta versi cetak Harakah dan tidak mengulangi kenyataan tersebut.
Mujahid juga meminta defendan mengemukakan surat aku janji untuk tidak akan menulis dan/atau melaporkan kenyataan-kenyataan dan/atau perkataan-perkataan yang berunsur fitnah terhadap dirinya.
Secara alternatif, plaintif menuntut perintah mahkamah untuk mentaksirkan, kerugian am, dan teladan yang perlu dibayar plaintif dalam masa 14 belas hari daripada tarikh penghakiman.
Mujahid juga menggesa satu injuksi bagi menghalang defendan daripada terus mengulas, memberi komen, mengulangi dan/atau menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah terhadap dirinya.
Dia turut menuntut faedah lima peratus ke atas ganti rugi dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, termasuk kos lain dari mahkamah.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, peguam Mujahid, Noorazmin Zakarian mengesahkan saman berkenaan telah difailkan pada 12 Ogos itu.
Peguam tersebut turut mengesahkan bahawa notis tunjuk sebab juga telah diserahkan kepada keempat-empat defendan semalam.
“Notis (tunjuk) sebab telah diberikan kepada peguam bagi defendan pertama, kedua serta defendan ketiga,” katanya dengan menambah surat tunjuk sebab juga telah diserahkan kepada defendan keempat secara langsung.
Malaysiakini sedang cuba menghubungi pihak peguam defendan berkenaan tindakan undang-undang tersebut. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/08/mujahid-fail-saman-terhadap-harakah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kamarul Zaman Fail Saman Fitnah Rm8 Juta Terhadap Teresa Kok

Kamarul Zaman Fail Saman Fitnah Rm8 Juta Terhadap Teresa Kok

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 399 hits
Pensyarah di Universiti Utara Malaysia Kamarul Zaman Yusoff memfailkan saman terhadap bekas menteri industri utama Teresa Kok kerana membuat kenyataan fitnah terhadap beliau 3 tahun lepas Kamarul mendakwa pernyataan di laman Facebook Teresa...
Laporan Berniat Jahat Fitnah Mujahid Saman Harakah

Laporan Berniat Jahat Fitnah Mujahid Saman Harakah

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 355 hits
Naib Presiden AMANAH Dr Mujahid Yusof Rawa memfailkan saman fitnah terhadap Pas dan Harakan ekoran laporan berhubung isu Nur Sajat Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melalui tetuan Akram Hizri Azad Azmir menamakan ketua pengarang ...
Former Minister Sues Harakah Over Nur Sajat Issue

Former Minister Sues Harakah Over Nur Sajat Issue

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 268 hits
Former de facto religious affairs minister Mujahid Yusof Rawa has filed a defamation suit against PAS party organ Harakah over articles linked to entrepreneur Nur Sajat His legal representative law firm Messrs Akram Hizri Azad Azmir filed t...
Azhar Mohon Batal Saman Dr Mahathir Berhubung Pelantikannya

Azhar Mohon Batal Saman Dr Mahathir Berhubung Pelantikannya

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 317 hits
47 total views 47 views today Datuk Azhar Azizan Harun memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula dikemukakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan empat lagi individu yang mencabar kesahihan pelantikannya sebagai Yang...
Beranikah Menteri Kesihatan Ambil Tindakan Terhadap Hishamuddin

Beranikah Menteri Kesihatan Ambil Tindakan Terhadap Hishamuddin

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 196 hits
Sang Kelembai Kisah Menteri ketagih vape dalam Dewan Rakyat Seorang Menteri melanggar arahan dilarang merokok dalam semua kawasan dalam bangunan Parlimen Di luar bangunan Parlimen tidak ada penguatkuasaan undang undang 2 Jika saya ke Parlim...
Polis Buat 6 Serbuan Terhadap Kegiatan Perjudian Di Sungai Buloh Setelah Isu Ini Viral

Polis Buat 6 Serbuan Terhadap Kegiatan Perjudian Di Sungai Buloh Setelah Isu Ini Viral

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 274 hits
Polis dilaporkan melakukan enam serbuan terhadap kegiatan perjudian di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh semalam Ia dipercayai susulan satu rakaman video yang antara lain berkenaan kegiatan tersebut yang tular di media sosial petang semalam ...
Mp Seputeh Gesa Sprm Ambil Tindakan Isu Skandal Bangunan Mara Di Melbourne

Mp Seputeh Gesa Sprm Ambil Tindakan Isu Skandal Bangunan Mara Di Melbourne

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 271 hits
MALAYSIAKINIAnggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya mula menyiasat berkenaan skandal bangunan Mara di Melbourne Kok juga mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memulakan langkah me...
Shafee Dibenar Rayu Kes Saman Terhadap Majlis Peguam

Shafee Dibenar Rayu Kes Saman Terhadap Majlis Peguam

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 393 hits
PUTRAJAYA Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibenarkan merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak saman fitnah beliau terhadap Majlis Peguam dan tiga lagi berkaitan peranannya sebagai timbalan pend...
Kerajaan Ph Selangor Zalim Dalam Tindakan Roboh Gerai Sedangkan Isu Permis Judi Haram

Kerajaan Ph Selangor Zalim Dalam Tindakan Roboh Gerai Sedangkan Isu Permis Judi Haram

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 358 hits
Lain bengkak Lain Bernanah Saya menyokong tindakan MBSA yang mengambil tindakan kepada permis judi haram penjual rokok haram ataupun kegiatan haram lain di Bandar Baru Sg Buloh Tapi kenapa perlu ambil tindakan merobohkan gerai jualan peniag...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan