Mujahid Gesa Tindakan Tegas Ke Atas Pekeliling Haram Ponggal Di Sekolah


Predeep Nambiar
-January 17, 2020 8:47 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sistem pengajian atas talian e-RPH untuk sekolah agama di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini
NIBONG TEBAL: Menteri berhubung hal ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa hari ini berkata, tindakan tegas mesti diambil terhadap pegawai pendidikan yang mengeluarkan pekeliling yang mendakwa perayaan Ponggal adalah haram dalam Islam seperti dinasihatkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, ini kerana Jakim tidak pernah mengatakan adalah “haram” untuk menghadiri perayaan menuai masyarakat Tamil itu, tetapi sebaliknya berkata, orang Islam dibenarkan mengambil bahagian dalam perayaan itu selagi akhlak Islam dipatuhi.

“Isteri saya guru di sebuah sekolah di Nibong Tebal dengan ramai pelajar Tamil. Sekolahnya mengambil bahagian dalam Ponggal dan pada waktu sama mematuhi akhlak Islam sejak beberapa tahun,” katanya di luar satu acara di Institut Perindustrian Arumugam Pillai di sini hari ini.

Mujahid mempersoal tindakan pegawai dari Kementerian Pendidikan kerana memutarbelitkan kandungan surat berkenaan.

“Anda (pegawai terbabit) menggunakan perkataan seperti ‘terpaksa’ dan ‘haram’. Come on lah. Kita kata Ponggal diharuskan selagi akhlak Islam dipatuhi.

“Kami mendesak tindakan tegas diambil ke atas individu yang menulis surat tersebut dan kemudian menyalahkan Jakim kerana membuat keputusan itu. Kasihanilah saya dan Jakim.”

Surat yang dirujuk oleh Mujahid merupakan pekeliling Kementerian Pendidikan kepada semua pengetua sekolah yang dikeluarkan menjelang sambutan perayaan Ponggal.

Pekeliling bertarikh 13 Jan itu menyebut bahawa Jakim mengisytiharkan mengambil bahagian dalam ritus Ponggal adalah “haram”, terutamanya perbuatan mendidihkan susu, yang merupakan acara utama perayaan menuai masyarakat Tamil itu.

Ia ditulis oleh penolong pendaftar institusi pendidikan dan guru Adzman Talib.

Dalam perkembangan lain, Mujahid membidas G25, kumpulan bekas pegawai tinggi awam, kerana mempersoalkan keabsahan Jakim dan Majlis Kebangsaan Hal Ehwak Islam (MKI).

Beliau berkata, langkah G25 mempersoal status Jakim dan MKI adalah seumpama mempersoalkan industri pensijilan “halal”, yang menyaksikan Malaysia menguasai sebahagian besar industri “halal” dunia yang bernilai AS$2 trilion.

Mujahid berkata, sekiranya kenyataan G25 itu benar, maka 30,000 guru sekolah agama dan kira-kira 1 juta pelajar di bawah mereka menerima gaji daripada sebuah badan haram.

Katanya, kumpulan itu sepatutnya mengehadkan dapatan kajiannya untuk dibahaskan dalam forum akademik, bukan mendedahkannya secara terbuka kerana ia akan mengelirukan orang ramai.

“Kesan kenyataan mereka tidak kena masa, terutama pada saat wujudnya ketegangan kaum dan agama. Apakah tujuan mereka? Anda memburukkan lagi keadaan.”

Terdahulu Mujahid melancarkan program e-RPH untuk sekolah agama, termasuk aplikasi telefon bimbit untuk guru bagi membantu mereka menyampaikan pendidikan berkualiti kepada pelajar.

Beliau berkata, kerajaan merancang untuk menaikkan elaun semasa RM1,000 kepada guru sekolah agama sebanyak RM100 bergantung kepada kelulusan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/mujahid-gesa-tindakan-tegas-ke-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Mahu Pegawai Kerajaan Kata Ponggal Haram Diambil Tindakan

Mujahid Mahu Pegawai Kerajaan Kata Ponggal Haram Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 267 hits
Dr Mujahid YusofNIBONG TEBAL Datuk Seri Mujahid Yusof mahu tindakan tegas mesti diambil terhadap pegawai kerajaan yang mengeluarkan pekeliling mendakwa perayaan Ponggal adalah haram dalam Islam Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata...
Mujahid Jakim Tak Haram Pesta Ponggal Hanya Beri Garis Panduan

Mujahid Jakim Tak Haram Pesta Ponggal Hanya Beri Garis Panduan

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 425 hits
LU WEI HOONG Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tidak mengharamkan mana mana perayaan termasuk Pesta Ponggal tetapi hanya menyediakan garis panduan kepada umat Islam untuk menyertainya kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof M...
Mujahid Calls For Stern Action Over Ponggal Haram Circular To Schools

Mujahid Calls For Stern Action Over Ponggal Haram Circular To Schools

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 339 hits
Minister Mujahid Yusof Rawa speaking to reporters after opening the e RPH online study system for religious schools at the Arumugam Pillai Industrial Training Institute in Nibong Tebal Penang today NIBONG TEBAL Minister in charge of Islamic...
Papagomo Dikepung Di Kkia Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Tegas Asyraf

Papagomo Dikepung Di Kkia Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Tegas Asyraf

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 265 hits
Pemuda Umno berharap pihak berkuasa akan bertindak sewajarnya susulan anggota exconya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa dikepung sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam Ketuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki...
Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Naik Harga Tidak Munasabah

Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Naik Harga Tidak Munasabah

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 299 hits
PUTRAJAYA 19 JAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah sempena Tahun Baharu Cina Menterinya Datuk Seri Sai...
5668 Ppim Sokong Tindakan Peguam Cabar Kewujudan Sekolah Vernakular Ppim 16 01 2020

5668 Ppim Sokong Tindakan Peguam Cabar Kewujudan Sekolah Vernakular Ppim 16 01 2020

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 401 hits
Tindakan peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencabar kewujudan sekolah vernakular di Mahkamah Tinggi kali ketiga pada pagi tadi mendapat sokongan penuh dari PPIM dalam memfailkan saman menbantah penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di...
Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

Dah Tiga Hari Najib Masih Terkial Kial Belum Buat Apa Tindakan Ke Atas Latheefa

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 426 hits
Siapa yang rakam Cuba toleh kiri dan toleh kanan Budak tadika pun tahu ini siapa punya kerja Bagaimana yang lain TAKKANLAH dengan pompuan pun kau orang Tak berani keroyok dia Jangan jadi darai lah kalau sekadar gesa latheefa letak jawatan
Kpm Tidak Pernah Halang Sambutan Perayaan Ponggal Di Sekolah

Kpm Tidak Pernah Halang Sambutan Perayaan Ponggal Di Sekolah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 1380 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui satu kenyataan media menjelaskan bahawa kementerian tersebut tidak pernah menghalang perayaan Ponggal disambut di sekolah Merujuk kepada surat KPM bertarikh 13 Januari 2020 surat ini dikeluarkan bagi ...
Puchong Utama Sekolah Kebangsaan Cina Dibina Senyap Senyap Atas Rezab Sekolah Kebangsaan

Puchong Utama Sekolah Kebangsaan Cina Dibina Senyap Senyap Atas Rezab Sekolah Kebangsaan

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 854 hits
PENDUDUK Puchong Utama terkejut apabila mengetahui kerajaan cuba membina sekolah jenis kebangsaan Cina di satu tanah rizab yang dikhaskan bagi sekolah kebangsaan di situ Wakil penduduk Salihin Hajah memberitahu The Malaysian Insight mereka ...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord

Isuzu Is Set To Build New Facility In The United States For 280 Million