Papagomo Dikepung Di Kkia Pihak Berkuasa Perlu Ambil Tindakan Tegas Asyraf




Pemuda Umno berharap pihak berkuasa akan bertindak sewajarnya susulan anggota exconya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang didakwa dikepung sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam.
Ketuanya Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkannya sebagai tindakan jenayah dan rakaman video jelas menunjukkan ada provokasi dan serangan fizikal.
“Kami menyerahkan tindakan selanjut dan sewajarnya kepada pihak berkuasa agar segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terbabit.
“Hakikatnya budaya politik samseng ganas selepas selesainya PRK Kimanis tidak sesekali mencerminkan sifat sebenar rakyat Sabah ‘original’ yang terkenal dengan masyarakatnya yang harmonis bahkan tinggi nilai kesantunannya, biarpun rencam dengan pelbagai etnik dan agama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Asyraf mendakwa pihak yang terlibat adalah penyokong Warisan yang menyokong kerajaan negeri memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS), satu dokumen baru Jabatan Imigresen untuk pendatang asing bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci.
Dalam kejadian semalam, Wan Muhammad Azri, atau lebih dikenali sebagai Papagomo, yang bersama beberapa lagi dihampiri kira-kira 20 lelaki.
Pertelingkahan tercetus dengan kedua-dua pihak saling melontarkan kata-kata kesat, kata jurugambar FMT Mohamed Rabbani Jamian seperti dipetik laman itu.
Polis dilihat bergegas ke tempat kejadian sewaktu Papagomo ditarik ke pintu pelepasan jauh dari tempat kekecohan.
Papagomo yang ke Sabah untuk membantu kempen calon BN Mohamad Alamin dalam PRK Kimanis, pada Jumaat lalu mencetuskan kemarahan sejumlah pihak setelah mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal dalam demonstrasi membantah Pas Sementara Sabah (PSS).
Dalam pada itu, Asyraf menyuarakan penghargaan kepada pihak keselamatan KKIA kerana segera meredakan keadaan tetapi pada masa sama berharap kerajaan negeri menambah baik sistem kawalan keselamatan di tempat awam.
“Kami mengajar rakyat Sabah dan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya budaya politik samseng ini, dan menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas,” katanya lagi- Mkini
Papagomo buat laporan polis, beliau ‘diserang’ di KKIA
Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo telah membuat laporan polis di Balai Polis Setapak, tadi, berhubung insiden beliau ‘diserang’ sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
Muhammad Azri berharap polis akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kumpulan yang memukulnya.
“Saya harap pihak polis tak abaikan laporan ini walau siapa pun mereka yang bertindak ganas menyerang saya,” katanya melalui laman sosialnya, tadi.
Beliau juga meminta kepada semua agar tidak menyalahkan orang Sabah.
“Isteri saya orang Sabah, dia hubungi saya, menangis minta maaf kerana saya dipukul. Saya cakap bukan salah orang Sabah dan tak perlu minta maaf.
“Mereka yang pukul saya di lapangan terbang itu mungkin penyokong Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” katanya.
Muhammad Azri berkata, mereka masuk dalam lapangan terbang beramai-ramai dan menyerangnya.
“Budaya ini bukan budaya orang Sabah. Ada ‘kekebalan’ agaknya untuk mereka masuk ke dalam lapangan terbang dan menyerang saya,” katanya.
Sebuah laporan portal berita memaklumkan ketika kejadian Muhammad Azri mahu pulang ke Kuala Lumpur, beliau telah ‘dikepung’ dan menerima provokasi daripada sekumpulan lelaki terbabit.
Difahamkan, ia gara-gara beliau mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal ketika berkempen pada PRK Parlimen Kimanis.
Muhammad Azri juga kelihatan beremosi ketika menerima provokasi serta cuba melawan namun ditenangkan oleh sekumpulan ahli UMNO dan polis yang mengiringinya – Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/20/papagomo-dikepung-di-kkia-pihak-berkuasa-perlu-ambil-tindakan-tegas-asyraf/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mujahid Gesa Tindakan Tegas Ke Atas Pekeliling Haram Ponggal Di Sekolah

Mujahid Gesa Tindakan Tegas Ke Atas Pekeliling Haram Ponggal Di Sekolah

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 639 hits
January 17 2020 8 47 PMMenteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sistem pengajian atas talian e RPH untuk sekolah agama di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai di Nibong Teb...
Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 768 hits
Jawatan Kosong Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia Portal jawatan kosong kerajaan membuka peluang Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang kini dibuka untuk Warganegara Malaysia dan ke...
Gesa Pihak Hina Permaisuri Agong Di Kenakan Tindakan

Gesa Pihak Hina Permaisuri Agong Di Kenakan Tindakan

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 460 hits
KUANTAN Sembilan laporan polis dibuat terhadap pemilik akaun Facebook yang mengeluarkan kenyataan penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini kelmarin Lapora...
Video Papagomo Diserang Di Kkia

Video Papagomo Diserang Di Kkia

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 926 hits
Video Papagomo diserang di KKIA Published Tangkap layar video tular di media sosial Papagomo diserang individu tidak dikenaliKOTA KINABALU EXCO Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo diserang oleh beber...
Koronavirus Agong Titah Rakyat Jaga Kesihatan Diri Patuhi Arahan Pihak Berkuasa Baca Maklumat Rasmi Dari Kkm Sahaja

Koronavirus Agong Titah Rakyat Jaga Kesihatan Diri Patuhi Arahan Pihak Berkuasa Baca Maklumat Rasmi Dari Kkm Sahaja

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 440 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan rakyat Malaysia agar memberikan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan diri susulan wabak 2019 Novel Koronavirus yang melanda beberapa negara termas...
Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Naik Harga Tidak Munasabah

Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Naik Harga Tidak Munasabah

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 396 hits
PUTRAJAYA 19 JAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah sempena Tahun Baharu Cina Menterinya Datuk Seri Sai...
Papagomo Dakwa Diserang Di Kkia Buat Laporan Polis

Papagomo Dakwa Diserang Di Kkia Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 358 hits
Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris membuat laporan polis selepas insiden diserang sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Muhammad Azri atau dikenali sebagai Papagomo dalam kenyataan di laman media sosial Face...
Rentasan Berita 623 Panas Tindakan Pdrm Gagal Kesan Pelaku Video Semburit Dipertikai

Rentasan Berita 623 Panas Tindakan Pdrm Gagal Kesan Pelaku Video Semburit Dipertikai

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 458 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 623 1 RAHMATAN LIL ALAMIN BUKAN SYOK SENDIRI KATA MUJAHID 2 RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEBAS DARIPADA SEBARANG JENAYAH 3 PENDEDAHAN AUDIO KONSPIRASI 1MDB KETUA SPRM DIANCAM 4 VIDEO SEMBURIT KELABU ATAU KELABU ASAP Layari Fa...
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Sukan Sea Thailand Detik Detik Penuh Mendebarkan Pecutan Emas Aisyah Zubir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Lirik Lagu Mikraj Agung Munif Hijjaz X Ustaz Faizan