Muhyiddin Turun Sendiri Lihat Keadaan Di Htar Arah Langkah Segera Diambil


AGENDA DAILY
Tan Sri Muhyiddin Yassin meninjau keadaan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
Susulan laporan keadaan membimbangkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini turun ke lapangan bagi memantau situasi yang didakwa semakin parah dan mengarahkan tindakan segera diambil bagi menangani kesulitan yang sedang dihadapi.
Perdana Menteri bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi HTAR di Klang dan mengarahkan tindakan segera diambil khususnya dalam menambah bilangan katil di wad rawatan Covid-19 dan menambah ventilator untuk kegunaan pihak hospital.
“Alhamdulillah saya dimaklumkan bahawa arahan penambahan segera ventilator bagi kegunaan HTAR telah diselesaikan dan dihantar ke hospital ini susulan peningkatan bilangan pesakit Covid-19 di Klang kebelakangan ini.
“Pihak hospital juga memaklumkan kapasiti katil rawatan bagi wad COVID-19 Unit Rawatan Rapi (ICU) juga akan ditingkatkan dalam waktu terdekat selain inisiatif menjadikan asrama doktor pelatih serta Kompleks Rawatan Harian HTAR sebagai wad sementara bagi merawat pesakit tersebut. Langkah segera ini adalah tepat dan amat diperlukan dalam usaha kita memberikan perkhidmatan dan rawatan terbaik kepada pesakit dan masyarakat,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau juga memandang serius situasi jangkitan Covid-19 di Lembah Klang yang mendadak dan mengumumkan pembelian vaksin tambahan yang akan disalur kepada tiga buah negeri sebagai langkah segera untuk mengurangkan kes jangkitan virus tersebut.
“Bagi mempercepatkan peralihan fasa dalam PPN (Pelan Pemulihan Negara), khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti Lembah Klang, Kerajaan juga akan membeli vaksin tambahan sebanyak dua juta dos dan mengagihkan kepada Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan bermula hujung bulan ini.
“Ini merupakan komitmen Kerajaan dalam memastikan peningkatan kes negeri dengan kadar jangkitan tertinggi ini dapat ditangani dalam kadar segera,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, sasaran kerajaan untuk tahap imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini berada di landasan yang tepat selepas kadar vaksinasi yang semakin tinggi dikalangan orang ramai.
“Saya turut berkongsi keyakinan bahawa usaha Kerajaan mencapai tahap imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini berada pada landasan tepat apabila kadar vaksinasi negara terus mencatatkan peningkatan di mana semalam lebih 420,000 dos sehari berjaya diberikan,” ujarnya lagi.
Penghargaan juga dizahirkan Muhyiddin kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus setiap hari melawan Covid-19 dan mengucapkan terima kasih atas jasa pengorbanan mereka.
“Saya secara peribadi menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada mereka, tidak terkecuali kepada semua barisan hadapan lain yang terus cekal memberikan perkhidmatan sejak pandemik ini melanda negara lebih setahun lalu. Terima kasih. Jasa, sumbangan dan pengorbanan anda tidak ternilai harganya.
“Saya mendoakan semua petugas barisan hadapan diberikan kesihatan dan kekuatan dalam meneruskan amanah ini. Amin,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/muhyiddin-turun-sendiri-lihat-keadaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Langkah Waxing Sendiri Di Rumah Dengan Aman Perawatan Bebas Bulu Yang Minim Rasa Sakit

8 Langkah Waxing Sendiri Di Rumah Dengan Aman Perawatan Bebas Bulu Yang Minim Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 339 hits
Buluan atau nggak nggak ngurangin cantikmu Tapi kalau mau pengin bulu itu juga hakmu Cek sini triknya
Htar Nafi Cover Line Ketika Lawatan Muhyiddin

Htar Nafi Cover Line Ketika Lawatan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 397 hits
KLANG Hospital Tengku Ampuan Rahimah menafikan dua dakwaan berhubung isu cover line semasa lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke hospitalnya semalam serta arahan doktor pelatihnya berpindah keluar daripada asrama mereka Pengar...
Proses Membuat Tempoyak Buat Sendiri Puas Hati

Proses Membuat Tempoyak Buat Sendiri Puas Hati

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 312 hits
AssalamualaikumHi korang Saje nak buat entry ni ha hari ni Mak ngan Abah SA tengah mengerjakan durian tempoyak Of Course la buat tempoyak kan Bab ni SA surrender leceh sebab nak kena ada kesabaran SA jenis tak sabar nak duduk lama lama deng...
Kenapa Umno Nak Jatuhkan Kerajaan Sendiri Soal Shahidan

Kenapa Umno Nak Jatuhkan Kerajaan Sendiri Soal Shahidan

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 340 hits
agendadaily com4 7 2021Datuk Seri Shahidan Kassim tidak faham kenapa Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh melanggar peraturan parti dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim membaya...
Serbu Pengkritik Polis Cemar Imej Sendiri Kata Anwar

Serbu Pengkritik Polis Cemar Imej Sendiri Kata Anwar

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 348 hits
July 3 2021 PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengingatkan polis bahawa ia mencemarkan imej sendiri dengan melakukan serbuan terhadap pengkritik Anwar menyifatkan perbuatan itu sebagai berbaur unsur autoritarian dalam kenyataan ...
Tak Menangis Tak Minta Susu Ibu Ini Kongsi Seawal 2 Tahun Anak Dah Tidur Sendiri

Tak Menangis Tak Minta Susu Ibu Ini Kongsi Seawal 2 Tahun Anak Dah Tidur Sendiri

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 424 hits
Bila agaknya anak boleh tidur sendiri ni Dah umur 5 tahun pun masih nak tidur sekali Ni antara persoalan yang bermain di fikiran ibu bapa dan dalam masa yang sama tak sampai hati nak biarkan anak tidur dalam biliknya Disebabkan kita terlalu...
Lelaki Kelar Leher Sendiri Kerana Alami Masalah Sukar Tidur Banyak Berfikir

Lelaki Kelar Leher Sendiri Kerana Alami Masalah Sukar Tidur Banyak Berfikir

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 289 hits
The ReporterSeorang lelaki nekad mengelar lehernya menggunakan pisau kerana mengalami masalah sukar tidur dan banyak berfikir Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata lelaki berusia 36 tahun yang menetap di Ba...
Singapore S Success A Lesson Malaysia Can No Longer Ignore

Rm250k Penalty Per Aerotrain Breakdown Should Have Been Imposed From Outset Not After Almost 2 Dozen Disruptions

Malaysia Needs To Adapt To Hybrid Security Threats Immediately

You Want The Truth Prosecution Cites A Few Good Men To Dismiss Najib S Saudi Donation Claim In 1mdb Trial

Buat Balik Raised Bed Tebu Kuning

Stop Pr Spin And Call Trade Deal What It Truly Is Muda

Digital Health School Malaysia Study Health Tech At Rumc

Zafrul Rm1 Trillion Commitments To Us Not Govt Funds Bumi Rights Protected


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Secawan Teh Tarik Di Riverside Cafe Wtckl

Restoran Syaffa Katering Keningau Hidangan Istemewa

Easy A Recipe For Beef Enchiladas

M Sians Spooked By Pasir Gudang S Legally Naive Jual Negara Drama

Nayla Fardila Feat Jasun Marju Pelampiasan 2 Chord

Nilai Jiwa 2 Sabar Tenang Dalam Ujian Redha Dalam Luka