Muhyiddin Tuntut Penjelasan Pas Malam Ini


bharian.com.my
Oleh Ahmad Suhael Adnan
[email protected]
 - September 7, 2022 @ 8:06pm
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menuntut penjelasan daripada pimpinan PAS malam ini berhubung keputusan dan tindakan parti itu meneruskan kerjasama serta mengadakan 'rundingan tidak rasmi' dengan UMNO.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, tindakan pimpinan PAS menjalankan rundingan dengan UMNO mengenai kerjasama dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), tidak dimaklumkan kepada PN.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU, mahukan penjelasan PAS dalam mesyuarat pimpinan tertinggi PN malam ini, kerana beliau berpandangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sepatutnya menjadi musuh yang ditentang gabungan itu dalam PRU-15.

"Kita akan bincang dalam mesyuarat PN malam ini. Saya akan minta Presiden atau Setiausaha Agung PAS untuk beri sedikit penjelasan, kalau ya ada perundingan atau perbincangan (dengan UMNO).

"Apakah benar-benar serius dan sejauh mana perkara itu akan berlaku. Perkara ini saya akan bangkitkan, kerana sekarang ini saya tak boleh nak komen kerana hanya dengar dari media sahaja," katanya pada sidang media pada majlis pelancaran buku The Doctor Will See You Now - My Life With Ampikaipakan Kandiah di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang mendedahkan ada rundingan tidak rasmi antara parti itu dan pemimpin UMNO tertentu bagi membincangkan kerjasama menjelang PRU-15.

Selain itu, Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-68 turut meluluskan usul, meneruskan kerjasama dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN) bagi memastikan situasi satu lawan satu pada PRU-15.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memaklumkan pendirian PAS itu menimbulkan persoalan mengenai musuh yang bakal ditentang PN pada PRU-15, kerana UMNO sudah memutuskan menolak kerjasama dengan BERSATU pada PRU-15.

"Kita sudah tubuh PN. PAS bersama kita, jadi kita nak dapat penjelasan PAS macam mana kita nak menghadapi PRU?

"Adakah akan tentang BN? Bagi saya memang begitu kerana kita tak mahu kleptrokrasi terus berkuasa dan berleluasa, dikaitkan dengan pimpinan BN.

"Apa pun nanti saya akan dapat penjelasan, selepas itu PN akan buat pendirian jelas supaya tak ada keraguan mana hala tuju kita ke depan," katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin berpandangan parti dalam PN sewajarnya berbincang terlebih dahulu dengan rakan komponen supaya tidak dilihat berbeza pendirian, yang berisiko menjejaskan masa depan PN.

"Bila saya mengadakan rundingan dengan mana pemimpin politik seperti yang pernah saya buat dulu, saya akan maklum (pada parti komponen PN) dan saya dapatkan pandangan sama ada wajar atau tidak.

"Ini kerana kita tidak mahu dilihat sebagai parti yang mempunyai pelbagai pendirian. Tentulah tak baik bagi masa depan PN dan kita nak jelas perkara ini kepada rakyat dan masyarakat umum apa sebenarnya pendirian PN," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/muhyiddin-tuntut-penjelasan-pas-malam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin To Seek Explanation From Pas On Secret Talks With Umno

Muhyiddin To Seek Explanation From Pas On Secret Talks With Umno

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 277 hits
Perikatan Nasional chairman Muhyiddin Yassin wants PAS leaders to explain the negotiations and the extent of their discussions with Umno KUALA LUMPUR Bersatu president Muhyiddin Yassin says he will seek an explanation from the PAS leadershi...
Logo Pn Pas Nampak Muhyiddin Berlapang Dada

Logo Pn Pas Nampak Muhyiddin Berlapang Dada

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 190 hits
malaysiakini comMUKTAMAR PAS Isu logo pilihan buat Perikatan Nasional menghadapi PRU akan datang maju setapak lagi apabila usul mengenainya diluluskan tanpa bahas dalam muktamar kali ini Mengesahkan hal itu Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahi...
Ha Ha Ha Pas Beri Amaran Kepada Muhyiddin

Ha Ha Ha Pas Beri Amaran Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 181 hits
PAS tak pernah setuju kerjasama PN PH Muhyiddin jangan buat kenyataan sewenang wenangFaiz ZainudinPETALING JAYA PAS Melaka mengingatkan partinya supaya lebih tegas dan mengelak daripada dilabelkan sebagai pak turut dengan menuruti cadangan ...
Muhyiddin Macam Tak Puas Hati Kenapa Runding Senyap Senyap Biasa La Pas Mana Boleh Berkawan Dengan Parti Lain

Muhyiddin Macam Tak Puas Hati Kenapa Runding Senyap Senyap Biasa La Pas Mana Boleh Berkawan Dengan Parti Lain

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 237 hits
Rundingan tak rasmi dengan UMNO akan dibincang dalam mesyuarat PN Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mendapatkan penjelasan daripada pimpinan PAS berhubung tindakan parti itu meneruskan kerjasama serta mengadakan run...
Muhyiddin Hadiri Muktamar Tahunan Pas Ke 68

Muhyiddin Hadiri Muktamar Tahunan Pas Ke 68

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 186 hits
satuberita myBy September 3 2022Oleh BADLISHAH MATPENGERUSI Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Muktamar Tahunan Pas kali ke 68 di Kompleks Pas Kedah hari ini Muktamar membuka tirai hari ini setelah dua hari muktamar sayap ...
Pru15 Tiada Rundingan Rasmi Pas Umno Tiada Kemajuan Dicapai Muhyiddin

Pru15 Tiada Rundingan Rasmi Pas Umno Tiada Kemajuan Dicapai Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 340 hits
Muhyiddin berkata perkara itu berdasarkan penjelasan Pas pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dipengerusikan beliau malam tadi Gambar failKUALA LUMPUR Tiada rundingan rasmi antara Pas UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 kata Pen...
Pas Kata Unofficial Dengan Umno Muhyiddin Kata Ok

Pas Kata Unofficial Dengan Umno Muhyiddin Kata Ok

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 244 hits
Pengguna dan Peminat Sacha Inch serta Mereka Yang Lemah Tenaga Batin ada berita baik untuk anda Insentif RM300 dan Income Pasif secara mudah tersedia Boleh hubungi kami wassap 0196655181 PRODUK MUSLIMKELUARAN MUSLIM DAN HALAL SERTA BERKUALI...
Muhyiddin Accepts Pas Saying It S Only In Unofficial Talks With Umno

Muhyiddin Accepts Pas Saying It S Only In Unofficial Talks With Umno

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 220 hits
PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang shakes hands with Perikatan Nasional chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin at the 2022 PAS Muktamar in Kota Setar Kedah September 3 2022 Picture by Sayuti ZainudinKUALA LUMPUR Sept 8 PAS told the Perikatan...
Pas Non Muslim Wing Chief Met Hadi On Racist Corruption Remark

Pas Non Muslim Wing Chief Met Hadi On Racist Corruption Remark

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 219 hits
PAS MUKTAMAR Amid the outcry over PAS president Abdul Hadi Awang reportedly linking non Muslims to roots of corruption the party s non Muslim supporters wing said today that they understood the matter differently DHPP chief N Balasubramania...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur