Muhyiddin Tindakan Tetap Diambil Jika Zakir Didapati Bersalah


Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 12:09 tengahari 

Meskipun kerajaan telah memutuskan untuk tidak menghantar pulang Dr Zakir Naik ke negara asalnya India, tindakan akan tetap diambil terhadap Dr Zakir Naik sekiranya siasatan mendapati beliau melakukan kesalahan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak tertakluk di bawah undang-undang termasuk individu yang bertaraf Pemastautin Tetap (PR) Malaysia.

“Ya (akan ambil tindakan jika salah) sudah tentu, ini pas PR dan rakyat warganegara juga tertakluk pada undang-undang.

"(Pemegang pas PR) bukan wakil negara dalam erti kata sepenuhnya, dia kena patuh terima sebab dia diberi PR sebagai anugerah dari negara.

“Dia tak boleh langgar etika undang-undang, Zakir Naik ke 'Zakir turun' ke,” kata Muhyiddin dalam sidang media di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut perkembangan terkini siasatan terhadap Zakir dan adakah penceramah itu akan diambil tindakan jika didadapti bersalah.

Sebelum itu Muhyiddin merasmikan Seminar Antarabangsa Nilai Keagamaan Dalam Mencegah Ekstremisme Ganas.

Muhyiddin berkata pihaknya bukan tidak menghormati Zakir sebagai seorang tokoh namun jika ucapannya boleh menggugat kestabilan negara maka tindakan perlu diambil.

“Kalau dengan sebab itu (ucapan) tersentuh keadaan (menyebabkan) ketidakstabilan, tak puas hati merebak oleh kerana tutur bahasa takkan kita nak diam diri.

“Tidak, bukan kita tak hormat, ada had yang dia kena patuh, sama ada dia rakyat Malaysia atau tidak, undang-undang tak boleh mengatasi perkara yang ada, itu sikap kita dalam menguruskan keselamatan negara,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata beliau masih belum menerima laporan berhubung siasatan berkenaan dari pihak polis.

“Selepas daripada tu pihak polis kemuka kepada pejabat peguam negara, saya belum dimaklumkan sama ada sudah selesai atau tidak tapi apapun siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Muhyiddin berkata siasatan polis tidak akan terjejas walaupun kerajaan memutuskan untuk tidak menghantar Zakir.

“Bagaimanapun kita dapat pandangan PM dan itu jadi panduan kita sama ada wajar atau tidak dia dihantar termasuk ada tuntutan India, itu hak kita.

“Undang-undang tidak mengatakan mesti kalau sesuatu negara menuntut, kita mesti respon kalau ada sebab-sebab tertentu yang kita rasa tak wajar, kita tak perlu respons pada tuntutan jadi setakat ini pendirian Malaysia, masih kekal,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata polis telah menahan 519 individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan sejak 31 Julai lepas.

Menurutnya, mereka yang ditahan teridiri daripada warga tempaatan dan warga asing.

“Mereka didapati terbabit dalam kegiatan yang kami anggap sebagai pengganas yang dilihat dalam konteks undang-undang kesalahan dan kesannya adalah membawa ancaman,” katanya.

Kata Muhyiddin, mereka ditahan di bawah tindakan kuat kuasa undang-undang sedia ada sama ada Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) atau Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Muhyiddin berkata menerusi maklumat dan rekod polis, kesemua individu itu kini ada yang telah dijatuhkan hukuman dan sebahagiannya masih ditahan.

Selain itu katanya sehingga tarikh tersebut, sebanyak 266 pemilik akaun sosial media turut ditahan kerana telibat dengan keganasan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/muhyiddin-tindakan-tetap-diambil-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Tegas Terhadap Penyebar Berita Palsu Muhyiddin

Tindakan Tegas Terhadap Penyebar Berita Palsu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 214 hits
Polis Diraja Malaysia akan memanggil Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina ahli perniagaan Koon Yew Yin dan penceramah bebas Dr Zakir Naik untuk disoal siasat berhubung kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan mereka secara beras...
Peace Tv Milik Zakir Naik Bersalah Siar Ucapan Kebencian Apikan Pembunuhan Kata Ofcom Uk

Peace Tv Milik Zakir Naik Bersalah Siar Ucapan Kebencian Apikan Pembunuhan Kata Ofcom Uk

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 350 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Pengawal selia penyiaran di UK mendapati saluran televisyen satelit milik Dr Zakir Naik Peace TV bersalah melakukan ucapan kebencian dan boleh menyebabkan lesennya ditarik balik pada saat penceramah itu berdepan ...
Kerajaan Tarik Balik Status Pr Jika Zakir Terbukti Bersalah Kata Pm

Kerajaan Tarik Balik Status Pr Jika Zakir Terbukti Bersalah Kata Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 261 hits
16 August 2019Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat keperluan untuk mengambil tindakan menghalang Dr Zakir Naik daripada membuat ucapan provokatif Foto oleh Miera ZulyanaSEPANG 16 Ogos Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata stat...
Ganggu Gugat Keharmonian Kaum Tindakan Akan Diambil

Ganggu Gugat Keharmonian Kaum Tindakan Akan Diambil

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 270 hits
Dr Zakir sedang disiasat ikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor KOTA BHARU Polis hari ini memberi amaran kepada mana mana pihak yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini bersabit isu pendak...
Status Pr Zakir Diberi Ketika Muhyiddin Tpm Kata Zahid

Status Pr Zakir Diberi Ketika Muhyiddin Tpm Kata Zahid

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 297 hits
Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan status pemastautin tetap diberikan kepada Dr Zakir Naik ketika Muhyiddin Yassin menggalas jawatan timbalan perdana menteri Zahid yang menggalas portfolio menteri ...
Muhyiddin Cops To Question Dong Zong Yew Yin And Zakir

Muhyiddin Cops To Question Dong Zong Yew Yin And Zakir

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 312 hits
Police will be calling in educationist group Dong Zong tycoon Koon Yew Yin and preacher Zakir Naik in for questioning Home Minister Muhyiddin Yassin said this is in light of the tendency of various quarters to spread fake news and make raci...
Mufti Perak Tak Setuju Tindakan Halau Zakir Naik

Mufti Perak Tak Setuju Tindakan Halau Zakir Naik

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 321 hits
IPOH Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria tidak bersetuju dengan tindakan menghalau Dr Zakir Naik keluar dari negara ini
Pan Membisu Ketika Dr Zakir Naik Diperlekeh

Pan Membisu Ketika Dr Zakir Naik Diperlekeh

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 418 hits
Parti Amanah Negara dianggap tidak membawa prinsip Islam sebenar sebaliknya memperjuangkan kelangsungan hidup DAP Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan Dato Che Abdullah Mat Nawi berkata komitmen parti itu untuk mempertahankan Islam mer...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Gildcoustic Feat Staso Prasetyo Bapak Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Timbalan Presiden Pas Pn Dijangka Rombak Struktur Kepimpinan

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia

Dah Makan Tengahari Apa Menu Hari Ini Jom Resepi Lala A K A Retak Seribu

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Harga Langganan Playstation Plus Naik Di 15 Negara