Muhyiddin Terus Disakat


Oleh Mohsin Abdullah
Ketika artikel ini ditulis, Presiden Ummo, Ahmad Zahid Hamidi, yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata soal sokongan majoriti kepada pentadbiran Muhyiddin Yassin mesti dirungkai dan Dewan Rakyatlah pentas terbaik untuk tentukan kestabilan politik.
Zahid dipetik berkata demikian semasa membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
Perdana Menteri Muhyiddin tidak pernah mengumumkan secara rasmi angka sokongan terhadap beliau di Dewan Rakyat. Lalu kita terpaksa melakukan kira-kira sendiri atau “do the math” untuk tahu berapa ramai ahli Parlimen yang menyokong beliau.
Umpamanya, Julai lalu ketika Muhyiddin membentangkan usul untuk menukar speaker Parlimen (untuk “mengeluarkan” Mohamad Ariff Md Yusof). Kita tahu selepas pengundian, usul itu diluluskan dengan kemenangan tipis.
Seramai 111 ahli Parlimen menyokong manakala 109 menentang. Ketika itu 2 ahli Parlimen tidak mengundi. Kedua-duanya wakil kerajaan. Lantas disimpulkan Muhyiddin ada 113 ahli Parlimen menyokongnya.
Yang menentang seperti dikatakan tadi ialah 109. Berdasarkan itu Muhyiddin dilihat memegang majoriti 4 dalam Parlimen yang mempunyai 222 ahli. Majoriti 4 amat tipis untuk menarik nafas lega.
Itu pada Julai. Adakah perkiraan itu masih boleh digunakan? Apatah lagi baru-baru ini ahli Parlimen Gerik mewakili Barisan Nasional meninggal dunia.
Apa pun golongan penentang untuk sekian lama mahu menguji sejauh mana Muhyiddin ada sokongan. Mereka berhasrat membawa usul tidak percaya terhadap perdana menteri.
Dr Mahathir Mohamad ada berbuat demikian. Walaupun usul diterima speaker lama, Ariff, ia tidak dibentang apabila speaker baru, Azhar Azizan Harun, tidak memberi kesempatan kerana kata beliau, mengikut peraturan persidangan, urusan kerajaan mesti diberi keutamaan.
Pada sesi Dewan Rakyat yang berlangsung sekarang diberitakan ada 25 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.
Seperti yang semua maklum jika usul itu berjaya Muhyiddin terpkasa letak jawatan kerana beliau tidak mendapat sokongan majoriti.
Dalam pada itu, diberitakakan juga ada 2 usul undi percaya untuk menyokong Muhyiddin yang dikemukakan kepada speaker. Yang mengemukan usul berkenaan ialah ahli Parlimen BN, Shahidan Kassim, dan ahli Parlimen PAS, Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Umno kita tahu tidak berada dalam Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin walaupun beberapa orang kanannya ada dalam kerajaan. PAS berada dalam Muafakat Nasional bersama Umno dan juga duduk dalam PN bersama Muhyiddin dan partinya, PPBM.
Berbalik kepada ucapan Zahid tadi seperti yang dilapor FMT. Kata beliau, sama ada terdapat usul percaya atau sebaliknya hendaklah diuji di Dewan Rakyat dan jika ini tidak dapat dilakukan kerana kekangan peraturan mesyuarat, sesuatu mesti dipersesuaikan dengan urusan kerajaan mesti diutamakan.
Oleh itu, Zahid mencadangkan “biarlah kerajaan yang menjadikannya sebagai urusan kerajaan”. Gesaan itu mendapat sokongan seorang lagi ahli Parlimen BN, Ahmad Maslan.
Dalam erti kata lain, mereka mahu kerajaan sendiri yang membawa usul percaya itu.
Tetapi perlu diingat pakar perlembangaan kerap mengingatkan usul tidak percaya dengan usul percaya sama sahaja. Bezanya cuma nama. Kedua-dua menyaksikan perdana menteri diuji di Parlimen. Kedua-duanya membawa risiko terhadap perdana menteri. Oleh kerana angka sokongan majoriti terhadap Muyiddin tidak dapat dipastikan, risikonya amat tinggi. Kedua-dua usul boleh menyaksikan beliau terpaksa melepaskan jawatan perdana menteri.
Bagi usul tidak percaya, Muhyiddin mesti kalahkan usul itu untuk kekal perdana menteri. Dalam hal undi percaya pula, Muhyididn mesti menang untuk terus jadi perdana menteri. Seperti dikatakan tadi kedua-duanya meletakkan beliau dalam situasi diuji.
Matlamat usul undi tidak percaya jelas. Namanya menceritakan segala-galanya. Namun usul percaya walaupun bertujuan menyokong, boleh juga diibaratkan satu usaha “sokong bawa rebah”.
Teringat pula saya akan perkataan “sakat”. Melakukan “sakat” bolehlah disebut “menyakat”. Menurut kamus Melayu, takrif “menyakat” ialah mengusik supaya menjadi takut, menangis, dan lain-lain. Ia juga membawa erti mempersenda dan mengejek.
Tidak tahu lah saya jika gesaan Zahid yang disokong Ahmad supaya kerajaan sendiri yang bawa usul undi percaya untuk Muhyiddin boleh dianggap “menyakat”?. Allahu a’lam. Adakah kerajaan akan membawa usul itu?
Apa pun Muhyiddin tetap berdepan dengan kedudukan amat tidak menyenangkan apabila Belanjawan 2021 melalui proses pengudian di Parlimen.
Kegagalan Belanjawan 2021 diluluskan Parlimen boleh menyaksikan Muhyiddin melepaskan jawatan.
Adakah ahli Parlimen khususnya pembangkang akan bertindak tidak menyokong Belanjawan 2021? Saya bukan “ahli nujum” dan tidak punyai gelok jampi Pak Belalang untuk tilik-menilik.
Kita tahu Yang di-Pertuan Agong mahu Belanjawan 2021 disokong semua pihak – ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang – dan diluluskan demi kebaikan dan kesejahteraan negara.
Seperti yang saya tulis pada artikel saya awal bulan ini, walaupun Agong bertitah demikan ia boleh membawa makna “the onus” atau menjadi tanggungjawab kerajaan khususnya perdana menteri memastikan Belanjawan 2021 benar-benar memberi kebaikan kepada rakyat yang kini dilanda kesusahan akibat wabak Covid-19.
Adakah belanjawan itu memenuhi hasrat itu? Jika jawapannya tidak, adakah tindakan tidak menyokong boleh dianggap sebagai mengingkari nasihat Agong?
Kita sudah lihat dan dengar rungutan pelbagai pihak terhadap “kelemahan” belanjawan yang dibentangkan.
Beberapa ahli Parlimen termasuk mereka yang mewakili Umno kelihatan seolah-olah tidak terlalu teruja menyokongnya. Melainkan cadangan mereka (untuk memperbaiki belanjawan) diterima.
Mungkin itu mendorong Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz memberi peringatan bahawa gaji penjawat awam, pekerja kesihatan, dan agihan wang tunai akan tertangguh jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan Dewan Rakyat.
Tampil peguam Mohamed Haniff Khatri Abdullah menyatakan gaji penjawat awam masih boleh dibayar jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan dengan memberi dalil yang saya tidak berhasrat mengulanginya di sini.
Kata beliau, ahli Parlimen “bertanggungjawab tidak menyokong belanjawan jika cadangan mereka tidak diterima dan aspirasi pengundi tidak dipenuhi”.
Respon Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ialah kenyataan menteri kewangan berbaur ugutan dan percubaan untuk mengenepikan “suara majoriti”.
Pengundian untuk Belanjawan 2021 dijadual 25 November ini. Lazimnya ahli Parlimen mengundi mengikut pendiran atau arahan parti. Adakah amalan ini akan diteruskan?
Ahli Parlimen BN, Tengku Razaleigh Hamzah, yang mengganggotai Dewan Rakyat selama 11 penggal sejak 1974 berkata, undi Belanjawan 2021 ikut naluri bukan ikut parti.
“Kami mengundi berdasarkan kehendak pengundi. Jika mereka kata putih, kami pilih putih,” kata beliau.
Berkata pula ahli Parlimen Amanah, Salahuddin Ayub – mengingatkan kerajaan supaya “surrender” atau menyerah kalah secara aman jika gagal mendapat sokongan mencukupi untuk Belanjawan 2021 diluluskan.
Apa akan jadi 25 November ini? Kalaulah kita ada gelok jampi Pak Belalang.
FMT
Belanjawan 2021: Penentuan nasib rakyat dan Muhyiddin

The post Muhyiddin terus disakat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/20/muhyiddin-terus-disakat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bajet Tak Lulus Muhyiddin Masih Ada 2001 Cara Untuk Terus Kekal Pm

Bajet Tak Lulus Muhyiddin Masih Ada 2001 Cara Untuk Terus Kekal Pm

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 348 hits
Jangan over syok dan hiburkan hati penyokong sendiriThis is abahcow dan Jemin Jika usul undi percaya gagal Apa yang nextnya Undi calonkan PM baru Anwar takkan berjaya juga silap haribulan Tun diundi lantik semula Atau mengadap Agong Muhyidd...
Tidak Lagi Mengacara Lagu Cinta Kita 2 Peminat Mahu Diva Aa Terus Kendali Program Bersama Elly Mazlein

Tidak Lagi Mengacara Lagu Cinta Kita 2 Peminat Mahu Diva Aa Terus Kendali Program Bersama Elly Mazlein

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 268 hits
Pengacara sensasi masa kini Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah mengumumkan bahawa dia tidak akan lagi mengacara program Lagu Cinta Kita 2 untuk episod yang akan datang Pastinya ketiadaan Diva AA akan dirindui kerana keletah...
Rakyat Terus Muntah Amarah Tuntut Kwsp Moratorium Automatik

Rakyat Terus Muntah Amarah Tuntut Kwsp Moratorium Automatik

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 365 hits
November 22 2020 Laman rasmi Facebook Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz terus dihujani kritikan warganet berhubung isu pengeluaran wang akaun 1 caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan moratorium ke atas pinjaman...
Dikritik Soal Baliho Habib Rizieq Pangdam Jaya Saya Akan Terus Copot

Dikritik Soal Baliho Habib Rizieq Pangdam Jaya Saya Akan Terus Copot

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 293 hits
Panglima Kodam Jayakarta Mayjen TNI Dudung Abdurachman menanggapi kritik yang ditujukan kepadanya terkait pencopotan baliho Imam Besar FPI Habib Rizieq Syihab Dudung menyampaikan tidak akan berdiam diri dan akan terus menertibkan baliho bal...
Ahli Pas Terpaksa Terus Setia Dengan Pas

Ahli Pas Terpaksa Terus Setia Dengan Pas

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 211 hits
Apa piihan untuk ahli PAS untuk tidak sokong pemimpin PAS sekarang walau pemimpin mereka berubah 360 darjah dan tunjuk tembelang sebenar Nak sokong AMANAH bererti sokong nuat dan DAP Nak sokong UMNO Bererti sokong penyamun Nak sokong BERSAT...
Cara Print Terus Dokumen Guna Smartphone

Cara Print Terus Dokumen Guna Smartphone

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 269 hits
Smartphone memang mesti selari dengan fungsinya iaitu smart dapat bantu memudahkan kerja termasuklah kerja kerja berkaitan pejabat dan belajar Kalau tak dapat bantu mudahkan kerja buat apa beli mahal mahal ye tak Sekarang nak print apa apa ...
Keyakinan Pasaran Minyak Secara Terus Mendorong Kenaikan Harga

Keyakinan Pasaran Minyak Secara Terus Mendorong Kenaikan Harga

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 196 hits
Harga minyak mentah melonjak pada pagi Rabu dan sudah berjaya mencapai tahap maksimum dalam tempoh enam bulan terakhir Dan nampaknya pergerakan menaik masih belum berakhir Peserta pasaran masih bersemangat tentang prospek pelepasan vaksin t...
Harga Emas Terus Menurun Seiring Dengan Perkembangan Vaksin Covid 19

Harga Emas Terus Menurun Seiring Dengan Perkembangan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 211 hits
Harga emas terus jatuh pada pagi Selasa dimana ia sudah mempengaruhi negatif keseluruhan dinamika pasaran logam berharga Bahkan ia mencapai tahap terendah dalam beberapa bulan terakhir Sebabnya adalah berita mengenai perkembangan aktif vaks...
Ph Lulus Projek Rundingan Terus 6 Billion

Ph Lulus Projek Rundingan Terus 6 Billion

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 167 hits
PARLIMEN GEMPAR PH LULUSKAN 101 PROJEK DENGAN JUMLAH RM6 61 BILLION SECARA RUNDING TERUS Gempar Menteri Kewangan YBM Dato Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mendedahkan di Parlimen bahawa sebanyak 101 PROJEK dengan jumlah keseluru...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization