Muhyiddin Takut Berdepan Pembangkang Kata Teresa




Anggota Parlimen pembangkang terkejut apabila menerima e-mel dari setiausaha Dewan Rakyat yang memberi notis persidangan parlimen pertama hanya akan diadakan selama sehari, kata Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Persidangan itu yang pada awalnya dirancang pada 9 Mac kemudian ditangguhkan sehingga 18 Mei, akan diadakan hanya sehari kerana pelaksaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi memerangi penyebaran Covid-19, yang setakat ini mencatat 86 kematian.
“Ini sama sekali tidak dapat diterima dan bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen yang sudah lama wujud.
“Kerajaan Perikatan Nasional tidak memiliki asas yang sah untuk mengehadkan sesi parlimen hanya satu hari kerana walaupun terdapat perintah kawalan berikutan pandemik Covid-19, akhir-akhir ini kita melihat banyak negara demokrasi, seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat mengadakan sesi parlimen biasa.
“Malah, Korea Selatan bahkan mengadakan pilihan raya umum (pada hari Rabu) di bawah sekatan pandemik yang teruk,” kata Kok dalam satu kenyataan malam tadi.
E-mel yang dihantar oleh setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat mengatakan tidak akan ada “sesi soal jawab lisan, soalan bertulis, usul dan persidangan khas” dalam satu hari persidangan itu.
“Sebab yang disebut dalam surat dari Parlimen tidak munasabah dan tidak masuk akal,” kata Kok.
Beliau berkata kerajaan PN tanpa rasa malu dan terang-terangan menunjukkan penghinaan terbuka terhadap peranan dan fungsi parlimen.
“Kerajaan sedang berusaha menghalang dan melemahkan peranan Parlimen yang sah dan konsep pemisahan kuasa, dalam menghalang perbahasan mengenai pakej rangsangan.
“Kerajaan secara terang-terangan berusaha meranapkan melalui pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM 250 bilion (bersamaan dengan anggaran bajet setahun Malaysia), melalui “pintu belakang”, tanpa meminta persetujuan yang sewajarnya dari parlimen,” tambahnya.
Kok berkata adalah jelas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sangat takut berdepan anggota parlimen Pakatan Harapan dalam sesi parlimen yang sah, kerana ini mungkin memberi peluang kepada pembangkang mengerakkan usul undi tidak percaya terhadapnya sebagai PM.
Sementara itu, Anggota Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkata beliau juga terkejut apabila menerima e-mel dari Ridhuan.
“Menurut notis parlimen, hanya akan ada Titah Yang di Pertuan Agong membuka sesi Parlimen yang baru, tetapi perbahasan usul terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas titah Diraja ditangguhkan ke mesyuarat Julai (13 Julai – 27 Ogos).
“Ini paling tidak dapat diterima kerana membuatkan parlimen seperti pentas lawak,” kata Lim.
Katanya, keputusan itu mesti dipertimbangkan semula oleh perdana menteri kerana parlimen mesti memainkan peranan utama bagi menunjukkan perpaduan dalam menghadapi wabakCovid-19.
Lim menambah parlimen harus memastikan strategi yang paling berkesan untuk mengatasi krisis Covid-19 dan merangka ‘pelan keluar’ terbaik untuk memulihkan ekonomi negara.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/18/muhyiddin-takut-berdepan-pembangkang-kata-teresa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=muhyiddin-takut-berdepan-pembangkang-kata-teresa

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Takut Kemurkaan Allah Bukan Cacian Manusia Kata Ebit Lew

Takut Kemurkaan Allah Bukan Cacian Manusia Kata Ebit Lew

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 550 hits
Pendakwah bebas Ebit Lew memohon maaf jika sebarang usahanya membantu insan memerlukan selama ini menyinggung perasaan pihak tertentu Bagaimanapun Ebit 35 berkata walaupun sudah bertahun menyampaikan bantuan kepada masyarakat tetapi masih t...
Muhyiddin Fears To Face Opposition Says Flabbergasted Teresa On Parliament Sitting

Muhyiddin Fears To Face Opposition Says Flabbergasted Teresa On Parliament Sitting

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 267 hits
CORONAVIRUS Opposition MPs are flabbergasted after receiving an email from the secretary of Dewan Rakyat giving notice that the long awaited first parliament sitting of the year would be held only said Seputeh MP Teresa Kok The sitting whic...
Takut Tumbang Muhyiddin Perlukan Kesetiaan Dengan Memberi Imbalan

Takut Tumbang Muhyiddin Perlukan Kesetiaan Dengan Memberi Imbalan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 208 hits
M Fakhrull Halim Memang penting untuk Muhyiddin Yassin memastikan kesetiaan parti komponen Perikatan Nasional berpihak kepadanya sehingga pilihan raya umum ke 15 kata penganalisis politik Dr Jeniri Amir Diminta mengulas surat presiden Umno ...
Itu Tanda Iman Ada Di Hati Kata Ulama Pas

Itu Tanda Iman Ada Di Hati Kata Ulama Pas

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 308 hits
BERITASeorang ulama terkenal PAS memuji sikap beberapa orang kenamaan Perikatan Nasional yang tampil meminta maaf semalam dan menganggapnya sebagai petanda mereka memiliki iman di hati Ahli Jawatankuasa Ulama PAS Pusat Ahmad Dusuki Abd Rani...
Timbalan Menteri Kata Gambar Disalah Tafsir Kebetulan Hari Lahir

Timbalan Menteri Kata Gambar Disalah Tafsir Kebetulan Hari Lahir

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 475 hits
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad berkata gambar melibatkan beliau serta beberapa orang lain yang berkumpul dan dimuat naik di media sosial telah disalah tafsir Katanya gambar itu menunjukkan majlis yang tidak di...
500 Negara Saya Salah Sebut Kata Menteri Kesihatan

500 Negara Saya Salah Sebut Kata Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 395 hits
Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini menjelaskan bahawa beliau salah sebut ketika mengatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Dunia terdiri daripada 500 negara Saya salah sebut 500 negara yang saya maksudkan adalah 500 peserta dari seluruh d...
Selain Himpunan Tabligh Ph Lulus Fiesta Belon Udara Panas Kata Najib

Selain Himpunan Tabligh Ph Lulus Fiesta Belon Udara Panas Kata Najib

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 354 hits
April 19 2020 9 01 PMFiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya dilancarkan oleh menteri Wilayah Persekutuan ketika itu Khalid Samad pada 23 Februari Acara itu yang dijadualkan pada Mac kemudiannya ditangguhkan PETALING JAYA Bekas perd...
Kata Tak Bijak Tak Patut Bangang Mungkin Ya Bung Mokhtar

Kata Tak Bijak Tak Patut Bangang Mungkin Ya Bung Mokhtar

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 347 hits
Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokhtar Radin tampil sebagai pemimpin BN terbaru yang mengkritik Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali yang gagal mematuhi prosedur operasi piawai perintah kawalan pergerakan Tak faham aku kalau kata t...
Jangan Anggap Mereka Istimewa Kebal Undang Undang Kata Tun M

Jangan Anggap Mereka Istimewa Kebal Undang Undang Kata Tun M

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 416 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin kerajaan supaya menunjukkan teladan baik dengan mematuhi peraturan ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dr Mahathir menegaskan bergelar pemimpin kerajaan...
Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Hiburan Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev Pertama Nilai Pasaran Cecah Setengah Juta Setiap Unit

Who Is Responsible For Ling S Enforced Disappearance

Prism Aura Smart Air Purifier Penapis Pintar Dengan Hepa H13 Untuk Udara Lebih Bersih

Yang Tumbuh Selepas Hujan

Andainya Aku Pergi Dahulu 2025

Beli Contact Lens Freshlook Buy 2 Boxes Free 1 Box


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Tampilkan 24 Penyanyi Latihan Pestapora Malaysia Berlangsung 26 Julai Depan

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Let Zapin Feat Altimet Maharani Chord

Shahril Laments Radical Rafizi Being Sidelined Patronage Rewarded