Timbalan Menteri Kata Gambar Disalah Tafsir Kebetulan Hari Lahir
Ahmad AudahApril 20, 2020 2:13 pm 0Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Rahman Mohamad, berkata gambar melibatkan beliau serta beberapa orang lain yang berkumpul dan dimuat naik di media sosial telah disalah tafsir.Katanya gambar itu menunjukkan majlis yang tidak dirancang dan melibatkan doa selamat.“Ia tidak dirancang dan saya tak mahu menghalau mereka,” katanya seperti dipetik The Star.Terdahulu tular gambar-gambar di media sosial menunjukkan Abdul Rahman bersama-sama beberapa orang lain mengadakan pertemuan di rumahnya.Menurut kapsyen yang mengiringi gambar tersebut, ia didakwa majlis meraikan hari lahir ahli parlimen Lipis itu.Ia mengundang kritikan ramai kerana diadakan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa dan ramai orang awak sudah didenda atau dihukum kerana mengingkarinya.Sebelum itu kemarahan orang ramai disasarkan kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, serta Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, yang mengadakan majlis makan-makan di Gunong Semanggol.Razman kemudian meminta maaf atas kejadian itu.Kebetulan hari lahirTurut terpalit ialah pertemuan Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Ahmad Mokhtar, dengan Pengeerusi Umno Terengganu, Ahmad Said, berhubung isu pengagihan peruntukan untuk orang ramai di negeri terbabit.Abdul Rahman berkata mereka tidak berniat untuk melanggar PKP dan apa yang berlaku cuma acara memotong kek dan bacaan doa selamat.Katanya ia berlaku pada 13 April lalu apabila beberapa orang datang ke rumahnya untuk berjumpa sejurus sebelum beliau beredar untuk ke Putrajaya.Mereka itu, kata Abdul Rahman, adalah sukarelawan yang membantunya mengagih-agihkan bantuan kepada pengundi di Lipis.“Saya nak bergerak kira-kira jam 9 pagi apabila saya nampak mereka datang bersama sebuah kek.“Mereka kata nak mengucapkan selamat jalan kepada saya dan memberikan kek kerana secara kebetulan ia adalah hari lahir saya,” katanya.Justeru, kata beliau, tidak manis untuk mengarahkan mereka pulang begitu saja.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/04/timbalan-menteri-kata-gambar-disalah.html