Muhyiddin Tak Akan Derhaka Hubungan Pm Dengan Agong Istimewa Annuar


Oleh Bernama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri bagi sesi pra-Kabinet di Istana Negara semalam./ Gambar FB Muhyiddin Yassin. HUBUNGAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disifatkan sebagai ‘istimewa.’
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata demikian ketika merujuk sikap Muhyiddin yang sentiasa memulakan Mesyuarat Jemaah Menteri dengan menyampaikan titah Seri Paduka termasuk teguran, sekali gus menyelar tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa Perdana Menteri sebagai derhaka.
“Minggu ini sahaja, tiga kali Muhyiddin menghadap Tuanku iaitu waktu berlaku kekeliruan pindaan Ordinan Darurat pada 28 Julai, sebelum mesyuarat Kabinet pada 29 Julai dan hari ini (semalam) menghadap lagi.
“Orang yang derhaka, Tuanku tidak benarkan masuk Istana Negara. Yang tahu derhaka atau tidak derhaka itu Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi yang membincangkan tajuk ‘Politik: Apa lagi selepas ini?’
Menyentuh perutusan khas Muhyiddin semalam, Annuar berkata, Perdana Menteri mengambil langkah yang tepat dan berani bagi menyelesaikan kemelut politik tanah air.
Katanya, jika polemik politik itu dibiarkan berpanjangan, ia akan mengganggu tanggungjawab kerajaan yang sedang bertungkus-lumus berjuang dengan cabaran besar iaitu pandemik Covid-19.

Beliau juga menyifatkan pembentangan usul undi percaya kepada Muhyiddin pada sidang Parlimen bulan depan sebagai profesional dan selari dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam perutusan khas semalam, Muhyiddin berkata, beliau sudah menyembah maklum kepada Al-Sultan Abdullah bahawa beliau akan menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri di Parlimen dengan membenarkan suatu usul undi percaya kepadanya dibentangkan di Dewan Rakyat pada September.
Annuar turut menyifatkan Muhyiddin sebagai pemimpin berpengetahuan luas mengenai selok-belok pentadbiran negara dan mempunyai komitmen yang tinggi
“Beliau berpengetahuan luas, pernah menjadi menteri besar, menteri, timbalan perdana menteri dan kini perdana menteri. Walaupun nampak bersahaja tetapi beliau sangat arif dalam pentadbiran negara,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa pencapaian kerajaan perlu dilihat dari segi kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang menyaksikan kadar vaksinasi harian tertinggi di dunia dan usaha menyelesaikan pandemik Covid-19. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/muhyiddin-tak-akan-derhaka-hubungan-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

Ismail Sabri Kata Derhaka Pada Agong Jika Jatuhkan Kerajaan Muhyiddin Sebelum September

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 354 hits
Ismail jaja titah diraja pada sidang media sokong kerajaan MuhyiddinFMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerap menggunakan titah Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika mempertahanka...
Tiada Krisis Perlembagaan Hubungan Dengan Agong Masih Utuh Kata Annuar

Tiada Krisis Perlembagaan Hubungan Dengan Agong Masih Utuh Kata Annuar

papar berkaitan - pada 3/8/2021 - jumlah : 365 hits
August 3 2021 9 30 AMMenteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa yakin Agong tidak suka pihak tertentu sengaja mengambil kesempatan menokok tambah cerita bagi memenuhi agenda masing masing PETALING JAYA Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa m...
Kalau Kerajaan Derhaka Agong Tidak Terima Pm Menghadap Sampai Tiga Kali Seminggu Kata Annuar

Kalau Kerajaan Derhaka Agong Tidak Terima Pm Menghadap Sampai Tiga Kali Seminggu Kata Annuar

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 259 hits
Annuar Musa menyifatkan tuduhan derhaka dicipta oleh orang yang mahu menjatuhkan kerajaan PETALING JAYA Annuar Musa menolak tuduhan pihak tertentu kononnya kerajaan telah derhaka kepada Yang di Pertuan Agong susulan pengumuman pembatalan Or...
Derhaka Kepada Agong Pemuda Umno Desak Muhyiddin Letak Jawatan Segera

Derhaka Kepada Agong Pemuda Umno Desak Muhyiddin Letak Jawatan Segera

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 387 hits
Derhaka kepada Agong Pemuda Umno desak Muhyiddin letak jawatan segera Pemuda Umno mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin segera meletak jawatan kerana jelas melanggar sumpah untuk sentiasa taat kepada Yang di Pertuan Agong dan mempertaha...
Isu Derhaka Agong Batalkan Ordinan Darurat Ini Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

Isu Derhaka Agong Batalkan Ordinan Darurat Ini Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 315 hits
MERUJUK kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara hari ini Kerajaan ingin menjunjung kasih di atas titah penghargaan yang dizahirkan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kepada Kerajaan kerana telah melaksanakan M...
Di Sebalik Kontroversi Derhaka Tajuddin Tetap Sokong Muhyiddin

Di Sebalik Kontroversi Derhaka Tajuddin Tetap Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 384 hits
freemalaysiatoday com July 30 2021 5 46 PMTajuddin Abdul Rahman berkata semua pihak tidak harus bingkas menuduh kerajaan dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin derhaka kepada Istana PETALING JAYA Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahma...
Agong Sah Murka Mahiaddin Sah Derhaka Dan Pn Kini Sudah Hilang Muka Sebagai Kerajaan

Agong Sah Murka Mahiaddin Sah Derhaka Dan Pn Kini Sudah Hilang Muka Sebagai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 317 hits
Segala segalanya kini sudah terdedah dan terserlah tanpa dapat disembunyikan lagi Hakikat bahawa pembatalan darurat yang diumumkan Takiyuddin Hassan di Parlimen Isnin lalu dilakukan tanpa mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong terlebih dahu...
Umno Tidak Selari Dengan Dukacita Agong Sebaliknya Terus Setia Menyokong Muhyiddin

Umno Tidak Selari Dengan Dukacita Agong Sebaliknya Terus Setia Menyokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 375 hits
UMNO harus tunjuk kebijaksanaan dan KEMATANGAN tidak berbelah bagi kesetiaan dan menjunjung kasih YDP Agong Ini membolehkan rakyat melihat dan percaya keutamaan umno adalah untuk rakyat dan sanggup kehilangan sementara jawatan kerana menjun...
After Umno Opposition Sends Letters To Agong Rejecting Muhyiddin Party Sources

After Umno Opposition Sends Letters To Agong Rejecting Muhyiddin Party Sources

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 406 hits
After Umno revealed from 13 MPs addressed to the Yang di Pertuan Agong rejecting Prime Minister Muhyiddin Yasin party sources from the opposition bloc said they too have sent similar letters to the palace With the opposition s 105 MPs the s...
Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex

Easy Beef And Greens Recipe Chinese

Every Malaysian Family Can Now Enter Oil Biz With Budi Madani Ron95 E Hailing Drivers Be Instant Oil Merchants

Siti Nurhaliza Aliff Syukri Jadi Penyumbang Zakat Perniagaan Tertinggi Lzs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petrol Bahas Diparlimen Atau Warung Ngopi Kampung

Bully Victim Began Drawing Strange Monsters Cut Herself Says Mother The Vibes 23 09 2025

Minuman Jambu Air Power Ni Memang Refresh Tak Terkata Sesuai Sangat Untuk Cuaca Panas

Yen Melemah Selepas Komen Pengerusi Fed Powell

Aku Yang Terlebih Awal

The New Mercedes Maybach V12 Edition Will Be Produced In Only 50 Units