Muhyiddin Sifatkan Prk Semenyih Cabaran Getir


THE MALAYSIAN TIMES 

SEMENYIH: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Semenyih sebagai satu cabaran getir yang memerlukan kerja keras untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai Bersatu.

Beliau menegaskan apa yang penting ialah jentera pilihan raya parti mesti bersatu dan bergerak sebagai satu pasukan yang mantap.

“Kerana ini bukan satu pilihan raya yang mudah. Kita akan bersikap ‘it’s a big task, an uphill battle’,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat dan Bersatu di sini hari ini menjelang PRK itu yang dijadualkan berlangsung 2 Mac ini.

Berdasarkan pengalamannya menerajui pelbagai pilihan raya sebelum ini, Muhyiddin berkata tidak ada satupun yang dianggapnya mudah untuk dimenangi.

“Kita perlu mengambil sikap kita perlu kerja keras. Kalau kita rasa boleh menang, tak cukup dengan harapan boleh menang sahaja kerana kita perlu kerja keras (untuk memastikan kemenangan),” kata beliau.

PH sebelum ini dilapor akan meletakkan calon daripada Bersatu untuk bertanding PRK Semenyih yang diadakan susulan kematian wakil rakyat daripada PH, Bakhtiar Mohd Nor, 57, pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.

Muhyiddin berkata nama calon berkenaan akan diumumkan pada 14 Feb ini.

Menjawab pertanyaan pemberita, beliau berkata gesaan supaya PH meletakkan anak tempatan pada PRK itu akan diambil kira dalam menentukan calon selain aspek lain seperti berkelayakan, berkemampuan dan berbudi bahasa.

Beliau seterusnya berkata PH akan mengambil peluang pada kempen PRK itu untuk menjelaskan pelbagai isu termasuk dakwaan kononnya gabungan itu tidak mempertahankan kepentingan Melayu.

Muhyiddin berkata Bersatu dan PH juga tidak akan mengambil mudah kerjasama UMNO-PAS seperti yang dilihat pada PRK Parlimen Cameron Highlands lalu.

“Saya merasakan tidak semua anggota PAS bersetuju dengan kerjasama mereka. Apapun, kita akan lihat nanti sejauh mana (kekuatan),” katanya.

Mengenai pertemuan dengan pemimpin masyarakat setempat hari ini, Muhyiddin berkata antara isu yang dibangkitkan ialah projek tebatan banjir Sungai Beranang dan kesesakan yang berlaku di klinik kesihatan dan Hospital Kajang yang memerlukan perhatian kerajaan pusat dan negeri.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Allahyarham Bakhtiar menewaskan wakil rakyat dua penggal daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Johan Abdul Aziz serta dua lagi calon iaitu Mad Shahmiour Mad Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan daripada PSM. Bakhtiar menang dengan majoriti 8,964 undi.

PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas PRU14. Sebelum ini, Selangor menyaksikan penentuan di tiga PRK iaitu bagi DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/muhyiddin-sifatkan-prk-semenyih-cabaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Semenyih Muhyiddin Anggap Ia Satu Cabaran Getir Ph

Prk Semenyih Muhyiddin Anggap Ia Satu Cabaran Getir Ph

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 329 hits
Foto oleh BernamaSEMENYIH Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PRK DUN Semenyih sebagai satu cabaran getir yang memerlukan kerja keras untuk memastikan kemenangan PH yang dianggotai Bersatu Beliau menegaskan apa yang pentin...
Terkini Lihat Apa Terjadi Muhyiddin Yassin Lancarkan Pengumuman Calon Ph Prk Semenyih

Terkini Lihat Apa Terjadi Muhyiddin Yassin Lancarkan Pengumuman Calon Ph Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 822 hits
Terkini Lihat Apa Terjadi Muhyiddin Yassin Lancarkan Pengumuman Calon Ph Prk Semenyih
Menjelang Prk Semenyih Muhyiddin Umum Peruntukan Untuk Polis

Menjelang Prk Semenyih Muhyiddin Umum Peruntukan Untuk Polis

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 407 hits
Menjelang PRK Semenyih kira kira dua minggu lagi Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini membangkitkan usaha kerajaan dalam menambah baik infrastruktur dan kebajikan polis Dalam lawatan kerja di Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am di S...
Sejauh Mana Sokongan Rakyat Kepada Ph Prk Semenyih Jadi Penanda Aras

Sejauh Mana Sokongan Rakyat Kepada Ph Prk Semenyih Jadi Penanda Aras

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 268 hits
PUTRAJAYA PRK DUN Semenyih pada 2 Mac ini akan menjadi penanda aras sejauh manakah sokongan rakyat terhadap prestasi kepimpinan PH kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad Beliau yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Amanah ber...
Prk Semenyih Jadi Penanda Aras Sokongan Rakyat Terhadap Ph Khalid

Prk Semenyih Jadi Penanda Aras Sokongan Rakyat Terhadap Ph Khalid

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 487 hits
Khalid berkata PRK itu adalah pengukur sama ada ramalan firma penyelidikan Fitch Solution bahawa populariti PH akan merosot atau sebaliknya
Informasi Prk Semenyih Ph Sakit Hadapi Laluan Sukar Ini Sebabnya

Informasi Prk Semenyih Ph Sakit Hadapi Laluan Sukar Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 444 hits
Pakatan Harapan telah memutuskan untuk meletakkan calon Bersatu dalam PRK Semenyih Gambar failSURUHANJAYA Pilihan Raya telah menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri N 24 Semenyih pada 16 Februari dan har...
Mesyuarat Bersama Prk Semenyih

Mesyuarat Bersama Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 320 hits
nbsp SHAH ALAM 8 Feb 8211 Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Bersama PRK Semenyih yang diketuai oleh Setiausaha Agung Pas YB Takiyuddin Hassan di pejabat UMNO Selangor hari ini
Prk Semenyih Uncle Kentang Dibantu Penyokong Kuat Dap

Prk Semenyih Uncle Kentang Dibantu Penyokong Kuat Dap

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 592 hits
SELASA lalu aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil Semenyih 2 Mac ini Pengumuman itu sedikit mengejutkan kerana Kuan Chee Heng sangat ...
Pengundi Mohon Injunksi Halang Prk Semenyih

Pengundi Mohon Injunksi Halang Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 357 hits
PRK SEMENYIH Seorang pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri Semenyih akan memfailkan injuksi terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang pilihan raya DUN N24 Semenyih Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Az...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5

Sinopsis Filem Mantera

Tambah Koleksi Rantai Loket Dan Subang Telinga Emas 916 Raya

Understand Your Target Audience

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara

Hiburan Begitu Sayangnya Rosmah Pada Tun Hasmah Video Dua Isteri Bekas Perdana Menteri Berpelukan Curi Tumpuan

Dinner Berdua Di Balqis Thai Cuisine Labu Ns

Foto Berpeluk Mesra Taemin Shinee Noze Terpalit Gosip Cinta

Menjadi Lebih Melayu