Menjelang Prk Semenyih Muhyiddin Umum Peruntukan Untuk Polis


Kow Gah Chie  
   Menjelang PRK Semenyih kira-kira dua minggu lagi, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin hari ini membangkitkan usaha kerajaan dalam menambah baik infrastruktur dan kebajikan polis.

Dalam lawatan kerja di Kem Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Semenyih hari ini, Muhyiddin mengumumkan sejumlah peruntukan untuk polis di Semenyih dan Kajang.

Ia termasuk peruntukan RM1.4 juta bagi penyelenggaraan ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang, serta balai polis di Kajang, Semenyih, Beranang dan Cheras.

Beliau juga mengumumkan peruntukan kepada Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Kajang dan PGA Semenyih, masing-masing sebanyak RM20,000.

"Sebelum sampai ke sini, ada bisik di telinga saya - jangan lupa Perkep. Jadi saya luluskan peruntukan RM20,000 untuk Perkep IPD Kajang dan PGA Semenyih," katanya.

Sejumlah RM300,000 lagi untuk penyelengaraan bangunan, aset dan sistem teknologi komunikasi dan maklumat di PGA Semenyih, katanya lagi.

Secara keseluruhan, menurut Muhyiddin, kerajaan meluluskan 127 projek bernilai RM3.087 di seluruh negara, dengan RM100 juta daripadanya untuk menambah baik 12,409 unit kuarters polis, dan RM100 juta untuk membaiki 226 lif.

Beliau juga berkata kerajaan merancang untuk membina pejabat Unit Tindakan Khas di sebelah bangunan PGA Semenyih, yang siap pada 2011.

"Merujuk kepada permohonan PGA di sini untuk peruntukan RM13.8 juta bagi penyelenggaraan dan penambahbaikan kuarters, logistik, aset dan kebajikan, kementerian akan menelitinya secara terperinci.

"Apa pun keputusan, saya menyokong penuh agar dibuat penambahbaikan yang diperlukan di sini," katanya lagi.

'Tak langgar etika'

Bagaimanapun tidak jelas sama ada peruntukan yang diumumkan itu tersenarai dalam Belanjawan 2019 atau baru.

Ketika sidang media selepas kunjungannya, Muhyiddin tidak memberi jawapan jelas ketika ditanya sama ada beliau mengumumkan peruntukan baru untuk Semenyih - hanya berkata ia merupakan tanggungjawabnya selaku menteri.

"Saya tak fikir ini melanggar mana-mana etika. Ini sebelum PRK... Malah ketika PRK saya akan menjelaskan dasar kerajaan."

Penamaan calon PRK Semenyih pada 16 Februari ini dan kempen akan bermula selepas itu.

DUN itu mempunyai 54,503 pengundi berdaftar, termasuk 951 pengundi awal dan 32 pengundi luar negara.

PGA Semenyih mempunyai 570 anggota polis.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/menjelang-prk-semenyih-muhyiddin-umum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Prk Semenyih Syed Saddiq Buat Laporan Polis

Video Prk Semenyih Syed Saddiq Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 336 hits
EDDY HAMIDI 16 Februari 2019 4 56 PM PETALING JAYA nbsp Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir ke Bal
Rasuah Rm100 Diumum Untuk Anak Muda Menjelang Prk Semenyih Dan Rantau Tapi 6 Minit Kemudian Lim Guan Eng Buat U Turn

Rasuah Rm100 Diumum Untuk Anak Muda Menjelang Prk Semenyih Dan Rantau Tapi 6 Minit Kemudian Lim Guan Eng Buat U Turn

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 539 hits
Sekali lagi nampaknya Menteri Kewangan Malaysia buat lawak Bantuan Sara Hidup Bujang 2019 diumumkan pada jam 4 10 petang Jumlahnya adalah RM100 berbanding RM450 yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional menerusi BR1M untuk golongan buja...
Muhyiddin Sifatkan Prk Semenyih Cabaran Getir

Muhyiddin Sifatkan Prk Semenyih Cabaran Getir

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 406 hits
THE MALAYSIAN TIMES SEMENYIH Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih sebagai satu cabaran getir yang memerlukan kerja keras untuk memastikan kemenangan P...
Prk Semenyih Psm Sah Tanding Umum Calon Rabu Depan

Prk Semenyih Psm Sah Tanding Umum Calon Rabu Depan

papar berkaitan - pada 6/2/2019 - jumlah : 460 hits
PETALING JAYA Parti Sosialis Malaysia hari ini mengesahkan akan bertanding dalam pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih yang akan diadakan 2 Mac ini Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S Arutchelvan berkata parti itu akan mengumumkan cal...
Prk Semenyih Muhyiddin Anggap Ia Satu Cabaran Getir Ph

Prk Semenyih Muhyiddin Anggap Ia Satu Cabaran Getir Ph

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 322 hits
Foto oleh BernamaSEMENYIH Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PRK DUN Semenyih sebagai satu cabaran getir yang memerlukan kerja keras untuk memastikan kemenangan PH yang dianggotai Bersatu Beliau menegaskan apa yang pentin...
Menjelang Prk Semenyih Hadi Datang Jumpa Mahathir

Menjelang Prk Semenyih Hadi Datang Jumpa Mahathir

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 492 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir Mohamad di pejabat perdana menteri itu di Yayasan Al Bukhari Kuala Lumpur Abdul Hadi tiba di pejabat Perdana Menteri kira kira jam 9 pagi dan kedua dua tokoh ber...
Menjelang Prk Semenyih Mb Selangor Labelkan Najib Sebagai Badut

Menjelang Prk Semenyih Mb Selangor Labelkan Najib Sebagai Badut

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 1073 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menganggap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut yang menghiburkan orang ramai Menurutnya rakyat kini boleh ketawa terhadap Najib yang kembali popular dengan slogan Bossku di kalang...
Uncle Kentang Umum Bertanding Di Prk Semenyih

Uncle Kentang Umum Bertanding Di Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 339 hits
Pengumuman aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Semenyih 2 Mac ini diakui bakal memberi kesan kepada Pakatan Harapan Ketua ARMADA Selangor Adif Shan Abdullah berkata ...
Terkini Lihat Apa Terjadi Muhyiddin Yassin Lancarkan Pengumuman Calon Ph Prk Semenyih

Terkini Lihat Apa Terjadi Muhyiddin Yassin Lancarkan Pengumuman Calon Ph Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 813 hits
Terkini Lihat Apa Terjadi Muhyiddin Yassin Lancarkan Pengumuman Calon Ph Prk Semenyih
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Lebai Risau Arak Dari Dadah Dadah Tak Haram Kah

Kemunafikan Pas

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi