Informasi Prk Semenyih Ph Sakit Hadapi Laluan Sukar Ini Sebabnya



Pakatan Harapan telah memutuskan untuk meletakkan calon Bersatu dalam PRK Semenyih. - Gambar fail

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.24 Semenyih pada 16 Februari dan hari mengundi pada 2 Mac depan.

PRK ini diadakan berikutan penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, meninggal dunia pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Jumlah pengundi berdaftar bagi DUN N24 Semenyih adalah sebanyak 54,503 pengundi.

Dalam jumlah itu, jumlah pengundi Melayu merupakan yang terbesar iaitu 36,857 pengundi (69.2 peratus), Cina 8,939 (16.8 peratus) dan India 7,062 (13.3 peratus).

Memandangkan peratusan jumlah pengundi Melayu melebihi jumlah pengundi bukan Melayu, maka secara kasarnya, boleh dibuat kesimpulan bahawa undi Melayu mampu menentukan keputusan PRK Semenyih.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), calon daripada Pakatan Harapan (PH) yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, Bakhtiar, menang kerusi itu dengan majoriti 8,964 apabila memperolehi 23,428 undi.

Beliau menewaskan calon BN, Pas dan PSM  dalam persaingan empat penjuru.

Rekod keputusan PRU12,13 dan 14 menunjukkan bahawa BN mempunyai penyokong tegar seramai 15,000 pengundi dan Pas sebanyak 7,000 pengundi di DUN Semenyih.

Malah, Pas pernah memperolehi 6,966 undi pada PRU14. Jadi, meskipun calon PH menang dengan majoriti yang agak besar pada PRU14, tetapi sekiranya undi Pas dicampurkan dengan undi BN, maka calon PH hanya menang dengan majoriti lebih kurang 1,000 undi sahaja.

Kemenangan BN dan Pas

Kerjasama politik BN dan Pas di Cameron Highlands telah menghasilkan kemenangan kepada BN.

Kejayaan gabungan strategik ini telah mengorak langkah baru bagi Pas dan BN terus bersatu menentang PH dalam PRK Semenyih.

Dengan itu, Pas memberi laluan kepada BN untuk menentang calon PH .

Dalam pada itu, analisa pola pengundian menunjukkan bahawa calon PH mengalahkan calon BN pada PRU14 kerana sebahagian besar pengundi India, yang biasa menyokong BN dan sebahagian kecil pengundi Melayu yang berpendirian atas pagar dikesan mengalih sokongan mereka kepada calon PH.

Dengan peralihan sokongan itu, calon PH memperolehi 23,428 undi berbanding hanya 14,464 undi oleh calon BN. 

Selain itu, kemenangan calon PH di DUN Semenyih pada PRU14 adalah kerana  tercetusnya gelombang perubahan yang mempengaruhi minda pengundi untuk menukar kerajaan.

Malah, sebahagian besar pengundi, merentasi kaum, mengalih sokongan mereka kepada PH akibat tertarik dengan Manifesto PH pada PRU14.

Ia menjanjikan pelbagai kemudahan kepada rakyat, terutamanya mengurangkan harga barang keperluan asas, menghapuskan tol, menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menaikkan gaji minimum pekerja dan sebagainya.

Namun, medan politik telah banyak berubah selepas PRU14. Malahan, rakyat yang meletakkan PH di singgahsana Putrajaya dilaporkan kecewa kerana kebanyakan janji-janji yang diharap dilaksanakan dalam masa 100 hari dari tarikh membentuk kerajaan pusat tidak dapat dilunaskan.

Malahan, kepimpinan utama PH turut mengakui bahawa Manifesto PH PRU14 disediakan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat kepada PH untuk menjatuhkan BN.

Lebih-lebih lagi, kepimpinan PH juga mengaku bahawa keraaan tidak mampu menepati semua janji-janji yang disebut dalam Manifesto PH.

Menilai sokongan

Sehubungan itu, sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH, kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa hampir 60 peratus orang Melayu menolak PH.

Penolakan ini adalah kerana kerajaan PH gagal melunaskan janji-janji politiknya. Malah mereka turut gusar terhadap masa depan masing-masing kerana terdapat laporan yang berlegar dalam media sosial kononya Putrajaya kini dikuasai oleh DAP.

Ia dikatakan sebab terhakisnya kedaulatan hak-hak politik orang Melayu dan agama Islam.

Meskipun sebahagian besar pengundi Cina dan pengundi India dijangka terus menyokong PH, persepsi orang Melayu terhadap kerajaan PH akan mendatangkan impak yang signifikan kepada pola pengundian PRK Semenyih.

Kedudukan senario politik semasa seperti dihuraikan bukan sahaja menimbulkan cabaran malah menyukarkan PH mempertahankan DUN Semenyih pada PRK ini.

Jadi, persoalannya, apakah  kerjasama Pas dengan BN yang disokong oleh sebahagian besar pengundi Melayu mampu mengalahkan calon PH, seperti mereka lakukan di PRK Cameron Highlands sebelum ini?*Datuk M.Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.

**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
(Oleh Datuk M Periasamy, Penganalisis politik MIC
 Februari 09, 2019 17:07 MYT)
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/02/informasi-prk-semenyih-ph-sakit-hadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejauh Mana Sokongan Rakyat Kepada Ph Prk Semenyih Jadi Penanda Aras

Sejauh Mana Sokongan Rakyat Kepada Ph Prk Semenyih Jadi Penanda Aras

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 216 hits
PUTRAJAYA PRK DUN Semenyih pada 2 Mac ini akan menjadi penanda aras sejauh manakah sokongan rakyat terhadap prestasi kepimpinan PH kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad Beliau yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Amanah ber...
Prk Semenyih Jadi Penanda Aras Sokongan Rakyat Terhadap Ph Khalid

Prk Semenyih Jadi Penanda Aras Sokongan Rakyat Terhadap Ph Khalid

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 434 hits
Khalid berkata PRK itu adalah pengukur sama ada ramalan firma penyelidikan Fitch Solution bahawa populariti PH akan merosot atau sebaliknya
Prk Semenyih Tanda Aras Ph Tumbang Pru 15

Prk Semenyih Tanda Aras Ph Tumbang Pru 15

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 510 hits
Kebanyakan peka isu politik semasa mengatakan PRK DUN Semenyih pada 2 Mac ini pengukur kedudukan PH yang dilihat semakin merudum selepas gagal menunaikan manifesto PRU ke 14 Dengan peratusan pengundi Melayu lebih besar berbanding kaum lain ...
Prk Semenyih Muhyiddin Anggap Ia Satu Cabaran Getir Ph

Prk Semenyih Muhyiddin Anggap Ia Satu Cabaran Getir Ph

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 268 hits
Foto oleh BernamaSEMENYIH Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan PRK DUN Semenyih sebagai satu cabaran getir yang memerlukan kerja keras untuk memastikan kemenangan PH yang dianggotai Bersatu Beliau menegaskan apa yang pentin...
Mesyuarat Bersama Prk Semenyih

Mesyuarat Bersama Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 239 hits
nbsp SHAH ALAM 8 Feb 8211 Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan Mesyuarat Bersama PRK Semenyih yang diketuai oleh Setiausaha Agung Pas YB Takiyuddin Hassan di pejabat UMNO Selangor hari ini
Prk Semenyih Uncle Kentang Dibantu Penyokong Kuat Dap

Prk Semenyih Uncle Kentang Dibantu Penyokong Kuat Dap

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 530 hits
SELASA lalu aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang telah mengesahkan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil Semenyih 2 Mac ini Pengumuman itu sedikit mengejutkan kerana Kuan Chee Heng sangat ...
Pengundi Mohon Injunksi Halang Prk Semenyih

Pengundi Mohon Injunksi Halang Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 283 hits
PRK SEMENYIH Seorang pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri Semenyih akan memfailkan injuksi terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya di Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghalang pilihan raya DUN N24 Semenyih Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Az...
Prk Semenyih Pengundi Perlu Ajar Kerajaan Ph

Prk Semenyih Pengundi Perlu Ajar Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 275 hits
SPRM Peguam Negara didakwa tangkap muat isu pendakwaan Najib 09 02 2019KUALA LUMPUR 4 Jamadilakhir 1440H Sabtu Pengundi di Semenyih diminta sekali lagi mengajar kerajaan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil kawasan itu 2 Mac depan kata B...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

The Evolution Of Adult Entertainment

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16