Muhyiddin Saya Tidak Pernah Memberi Arahan Atau Mempengaruhi Kementerian Kewangan



KENYATAAN MEDIA
1. Saya datang pagi tadi untuk membolehkan SPRM merakam percakapan tambahan saya. Saya hadir tanpa paksaan untuk membantu siasatan walaupun pada saya ini satu penindasan politik dan penganiayaan terhadap saya dan BERSATU.
2. SPRM membangkitkan 2 perkara:
a) Projek Jana Wibawa.
b) Rayuan Pembatalan Cukai oleh Tan Sri Syed Mokhtar.
Jana Wibawa
3.1       Ini adalah projek semasa pandemik Covid-19 untuk membangunkan semula ekonomi negara khususnya untuk menyelamatkan kontraktor bumiputera yang akan jatuh bankrap. Sedihnya ini dijadikan modal politik seolah-olah ini satu skim untuk mencuri wang negara.
3.2       Itulah sebabnya jumlah yang dituduh berubah-ubah dari RM600 bilion ke RM530 bilion kemudian turun mendadak ke RM92.5 bilion, turun lagi ke RM4.5 bilion dan akhirnya RM300 juta. Menggunakan fitnah ini, SPRM membekukan bank akaun BERSATU untuk menghancurkan BERSATU. Inilah jahatnya fitnah.
3.3       SPRM seharusnya mengetahui dari semua keterangan yang diambil bahawa tidak berlaku sebarang salah guna kuasa atau perbuatan merasuah. Amatlah malang jika wang dalam akaun BERSATU yang merupakan dana politik dianggap sebagai suapan.
3.4       Saya telah menegaskan bahawa saya tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang. Saya bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek kerajaan. Kuasa melulus adalah di bawah bidangkuasa Kementerian Kewangan. Saya sekadar melaksanakan keputusan kabinet yang menghendaki Pejabat Perdana Menteri memanjangkan permohonan projek untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.
3.5       Saya tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.
3.6       Saya juga tidak pernah berjumpa dengan kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dan tidak pernah menerima wang daripada mereka. SPRM tidak menjumpai sebarang bukti bahawa saya telah menerima wang.
3.7       Jadi, bagaimana saya boleh dituduh menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa?
Rayuan Pembatalan Cukai
4.1       Perkara kedua ialah rayuan pembatalan cukai daripada Yayasan Albukhary yang dinaungi oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
4.2       Tan Sri Syed Mokhtar adalah kawan baik saya yang saya telah kenal lebih 30 tahun lalu. Beliau adalah seorang hartawan dan dermawan Melayu yang terkenal yang akrab dengan saya.
4.3       Inilah faktanya:
a) Yayasan Albukhary menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan khususnya membangunkan Islam dan membantu umat Islam.
b) Atas semua itu, Yayasan ini diberikan kelulusan pengecualian cukai oleh kerajaan Barisan Nasional.
c) Selepas PRU-14, kerajaan gabungan Pakatan Harapan tertubuh. Menteri Kewangan dari DAP, Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian yang telahpun diluluskan kepada Yayasan Albukhary.
d) Semasa saya jadi PM, Tan Sri Syed Mokhtar telah membuat rayuan atas pembatalan tersebut.
e) Saya telah meminitkan – “Sila teliti rayuan ini. Jika teratur, saya tiada bantahan”.
f) Rayuan ini telah dipertimbangkan oleh MOF dan LHDN dan kemudiannya diluluskan.
g) Oleh sebab minit saya tersebut, saya kini didakwa menyalahgunakan kuasa.
4.4       Jika ada sumbangan dari Tan Sri Syed Mokhtar, ia adalah sumbangan politik yang dimasukkan terus ke akaun BERSATU bukan ke akaun saya. Satu sen pun daripada sumbangan tersebut tidak diberikan kepada saya untuk kegunaan saya.
4.5       Saya tahu Tan Sri Syed Mokhtar ada memberikan sumbangan kewangan kepada parti-parti politik selama berpuluh tahun. Ini termasuk parti-parti politik pemerintah. Jika Tan Sri Syed Mokhtar juga ingin memberikan sumbangan kepada BERSATU sebagai parti yang memperjuangkan dasar-dasar yang baik untuk orang Melayu dan negara, di mana salahnya?
4.6       Saya tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi Kementerian Kewangan supaya meluluskan rayuan tersebut.
4.7       Saya telah jelaskan semua ini kepada pegawai penyiasat SPRM. Dalam keadaan biasa, tiada asas untuk mendakwa saya di bawah mana-mana undang-undang.
4.8       Tetapi telah ada arahan daripada pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara supaya saya didakwa. Jadi, walau apapun penjelasan yang saya berikan, saya tetap akan didakwa.
Kesimpulan
5.1       Dari 2 perkara yang saya sebut tadi, mereka telah mengembangkannya menjadi 7 pertuduhan ke atas saya. Tujuannya adalah untuk memalukaan saya dengan mengheret saya ke mahkamah esok. Pendakwaan terpilih ke atas saya ini adalah satu tindakan politik berniat jahat yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dan Barisan Nasional terutamanya semata-mata untuk melumpuhkan dan menghancurkan BERSATU dan Perikatan Nasional.
5.2       Anwar Ibrahim tahu bahawa Perikatan Nasional mendapat sokongan padu daripada rakyat terutamanya orang Melayu dan Bumiputera dan akan menang besar dalam 6 pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
5.3       Saya yakin dan percaya, dengan izin Allah s.w.t. jua, Anwar, Pakatan Harapan dan parti-parti yang bersekongkol dengannya akan dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya.
5.4       Saya menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan saya akan jawab segala pertuduhan terhadap saya di mahkamah.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/03/09/muhyiddin-saya-tidak-pernah-memberi-arahan-atau-mempengaruhi-kementerian-kewangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaga Jaga Tuan Brahim Tuan Man Sebab Kau Lah Yang Dah Luluskan Surat Dan Kelulusan Ada Pada Kementerian Kewangan

Jaga Jaga Tuan Brahim Tuan Man Sebab Kau Lah Yang Dah Luluskan Surat Dan Kelulusan Ada Pada Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 11/3/2023 - jumlah : 133 hits
PROJEK DAH DILULUSKAN TAK SEMPAT DILAKSANAKAN KELULUSAN TENDER TERUS KITA TAHAN DAN RUNDING SEMULA DAN DAPAT JIMATKAN BATAL RUNDINGAN TERUS KITA LULUSKAN RUNDINGAN TERHAD TAK TERIMA KASIH TAK PA JANGAN MAKI SAYA SUDAH TAK RASA PEDIH KA KENA...
Lim Hantar Surat Tuntutan Muhyiddin Mohon Maaf Atau Berdepan Saman

Lim Hantar Surat Tuntutan Muhyiddin Mohon Maaf Atau Berdepan Saman

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 363 hits
Hidir Reduan Abdul RashidLim Guan Eng hari ini menghantar surat tuntutan memohon permohonan maaf daripada Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan bekas menteri kewangan ketika itu telah membatalkan status pengecualian cukai untuk Yayasan Albukha...
Muhyiddin Dedah Pegawai Sprm Mohon Maaf Arahan Orang Ata

Muhyiddin Dedah Pegawai Sprm Mohon Maaf Arahan Orang Ata

papar berkaitan - pada 13/3/2023 - jumlah : 158 hits
Muhyiddin berterusan ceramah sana sini dengna mengatakan tindakan menahannya adalah satu penahanan politik dan muhyiddin juga mendedahkan dimana pegawai sprm yang menahankan seolah speechless dan mengatakan ia adalah arahan daripada peringk...
Begitu Lugu Gadis Desa Yang Cantik Mengaku Belum Pernah Ke Mal Apa Lagi Supermarket

Begitu Lugu Gadis Desa Yang Cantik Mengaku Belum Pernah Ke Mal Apa Lagi Supermarket

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 129 hits
Sosok gadis desa berparas cantik yang berhati lugu tinggal di pelosok Tasikmalaya Jawa Barat Ia memberikan pengakuan belum pernah menginjakkan kaki di mal ataupun supermarket Dea adalah nama dari gadis lugu itu Demikian potretnya dilansir d...
Nak Tanya Netizen Sate Ini Murah Ke Mahal Atau Standard Netizen Akui Terkejut Melihat Harga Sate Di Kuala Lumpur

Nak Tanya Netizen Sate Ini Murah Ke Mahal Atau Standard Netizen Akui Terkejut Melihat Harga Sate Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/3/2023 - jumlah : 229 hits
Sate merupakan salah satu makanan tradisi rakyat Malaysia Sate yang dihidangkan dengan kuah kacang timun dan nasi himpit menjadi adunan lengkap sajian yang bukan sahaja menjadi makanan pada waktu biasa malahan menjadi hidangan popular semas...
Sejarah Depo Pertamina Plumpang Pernah Raih Penghargaan Internasional

Sejarah Depo Pertamina Plumpang Pernah Raih Penghargaan Internasional

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 260 hits
Kebakaran besar terjadi di Terminal Bahan Bakar Minyak atau Depo Plumpang milik PT Pertamina pada Jumat lalu Jumlah korban meninggal pada insiden tersebut sebanyak 19 orang
Yang Pasti Allah Tahu Kau Tak Pernah Beli Beras Dah Lah Kena Tumbuk 3 Kali Shuhada Dedah Hafiz Roshdi Tak Beri Nafkah

Yang Pasti Allah Tahu Kau Tak Pernah Beli Beras Dah Lah Kena Tumbuk 3 Kali Shuhada Dedah Hafiz Roshdi Tak Beri Nafkah

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 218 hits
8220 Yang pasti Allah tahu kau tak pernah beli beras 8221 dah lah kena tumbuk 3 kali Shuhada dedah Hafiz Roshdi tak beri nafkah Lewat petang semalam keluarga mengesahkan Nurul Shuhada Mat Shukri cedera di bahagian muka akibat ditumbuk oleh ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah