Muhyiddin Pilih Kerjasama Dengan Najib Untuk Jadi Pm Bukan Saya Kata Dr M



(FMT) – Dr Mahathir Mohamad berkata Muhyiddin Yassin memilih bekerjasama dengan Najib Razak untuk menjadi perdana menteri dan membentuk kerajaan baru bersama Umno dan PAS.
Mahathir berkata, alasan utama beliau tidak mahu bekerjasama dengan Umno adalah kerana di dalam parti itu terdapat pimpinan yang dituduh di mahkamah kerana didakwa mencuri duit.
Katanya, antara pimpinan Umno yang sedang didakwa di mahkamah ialah Najib, Ahmad Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Azeez Rahim dan Rosmah Mansor.
“Semua curi duit. Rosmah pun curi duit. Macam mana nak saya kerjasama.
“Muhyiddin kata dia sanggup (bekerjasama) dan akhirnya dia jadi perdana menteri.
“Saya dah jadi perdana menteri 2 kali. Tak payah pun. Bukan saya nak yang itu sangat, tetapi bila kawan tikam belakang rasa pedih juga,” katanya ketika berucap dalam satu rakaman video pada Majlis Kenduri Rakyat di Kedah yang dimuat naik di laman Facebook timbalan presiden PPBM, Mukhriz Mahathir, hari ini.
Pada 1 Mac, Muhyiddin, yang merupakan presiden PPBM, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 selepas mendapat sokongan daripada Barisan Nasional (BN), PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta beberapa ahli Parlimen dari PPBM dan PKR.
Pada 29 Feb, PH yang diwakili PKR, DAP dan Amanah mencalonkan semula Mahathir sebagai perdana menteri selepas beliau meletakkan jawatan sebelum itu.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Muhyiddin selepas menemu bual semua ahli Parlimen dan blok politik bagi memeriksa sokongan masing-masing.
Dalam pada itu, Mahathir berkata, Najib cuba memainkan isu bangsa dengan mendakwa beliauberjuang untuk orang Melayu selain berkata, orang Melayu ditekan, khususnya oleh DAP.
Beliau berkata, Najib pada mulanya mendapatkan pengaruh PAS dan bekerjasama dengan parti Islam itu, tetapi menyedari pengaruh PAS sahaja tidak cukup.
“Dia (Najib) mesti tarik ahli-ahli PPBM supaya sokong kononnya atas alasan kerajaan (PH) dikuasai DAP.
“Ada juga pemimpin PPBM yang percaya betul-betul menyebabkan mereka juga kerjasama dengan Najib,” katanya.
Mahathir berkata, dalam lagu rasmi PPBM terdapat lirik yang menyebut “bersatu teguh, bercerai roboh”, tetapi malangnya ia gagal menghalang perpecahan dalam parti itu.
“Tetapi yang bercerai ialah Muhyididn. Setelah buat lagu nyanyi semangat, tapi tak setuju dengannya, dia pilih Najib dan tak pilih saya,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/03/07/muhyiddin-pilih-kerjasama-dengan-najib-untuk-jadi-pm-bukan-saya-kata-dr-m/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Sokong Dr M Tapi Akan Kerjasama Dengan Kerajaan Muhyiddin Kata Shafie

Kami Sokong Dr M Tapi Akan Kerjasama Dengan Kerajaan Muhyiddin Kata Shafie

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 405 hits
KOTA KINABALU Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata kerajaan negeri pimpinannya akan bekerjasama dengan kerajaan pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri ke 8 Muhyiddin Yassin walaupun mereka menyokong bekas perdana menteri Dr Mahathir Mo...
Mahathir Sedih Muhyiddin Pilih Najib Tak Pilih Dia

Mahathir Sedih Muhyiddin Pilih Najib Tak Pilih Dia

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 650 hits
Malaysiakini Dr Mahathir Mohamad berkata Muhyiddin Yassin menjadi perdana menteri kerana beliau memilih untuk bekerjasama dengan Najib Razak berbanding dirinya Bila saya tak setuju dengan dia pasal kerjasama dengan Najib dia pilih Najib dan...
Berilah Peluang Kepada Muhyiddin Kata Najib

Berilah Peluang Kepada Muhyiddin Kata Najib

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 414 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Kuala Lumpur foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Sudah tiba masanya untuk berhenti berpolitik sebaliknya memberi...
Najib Kata Muhyiddin Ada Majoriti Di Dewan Rakyat Hmmmmm

Najib Kata Muhyiddin Ada Majoriti Di Dewan Rakyat Hmmmmm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 678 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan keyakinannya hari ini bahawa bekas timbalannya Muhyiddin Yassin mempunyai majoriti di Dewan Rakyat untuk memperoleh undi percaya Kami percaya kami mempunyai angka tetapi saya fikir fokus sekaran...
Umno Ada Had Sokongan Kepada Perikatan Kata Najib

Umno Ada Had Sokongan Kepada Perikatan Kata Najib

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 325 hits
Umno ada had sokongan kepada Perikatan kata Najib nbsp Dikemas kini 23 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Mar 2020 2 40PM
Senarai Baru Sokong Dr M Tak Jejas Lantikan Muhyiddin Kata Rais

Senarai Baru Sokong Dr M Tak Jejas Lantikan Muhyiddin Kata Rais

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 454 hits
KUALA LUMPUR Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Rais Yatim berkata senarai 114 ahli Parlimen menyokong Dr Mahathir Mohamad tidak akan menghalang pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke 8 pada Ahad Katanya Perlembagaan Persek...
Muhyiddin Perlu Segera Jumpa Najib

Muhyiddin Perlu Segera Jumpa Najib

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 462 hits
Perlu minta Najib dapatkan derma dari tok Arab yang rapat dengannya Tubuhkan 2MDBJho low perlu segera dibawa balik sebagai Mastermind perancangan ekonomiMinta Zahid tubuhkan yayasan Bantu orang miskinLancar semula GST bagi menurunkan harga ...
Najib Lebih Berbahaya Daripada Anwar Kata Tun Mahathir

Najib Lebih Berbahaya Daripada Anwar Kata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 539 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara peribadi mengakui bahawa perhubungannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bermasalah namun beliau sanggup mengenepikan isu itu dan merujuk kembali kerjasama mereka untuk agenda...
Mahathir Tak Boleh Beza Najib Dengan Muhyiddin Geram Atau Nyanyuk

Mahathir Tak Boleh Beza Najib Dengan Muhyiddin Geram Atau Nyanyuk

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 483 hits
Bersatu sudah pecah dua satu ikut Mahathir satu lagi ikut Najib Ini mesti terlalu rindu Najib asyiik sebut Najib aje Dia tak boleh bezakan Najib dengan Muhyiddin Marah kepada Najib melebihi marah kepada Anwar Tapi Najib cool aje dengan oran...
Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025

Bayaran Perkeso 2026 Jadual Bayaran Faedah

Pemimpin Pas Mengamuk Kawan Sudah Pilih Untuk Jadi Lawan Kata Ahmad Fadhli

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Makluman Motac Dan Tourism Malaysia Tidak Terlibat Dalam Penganjuran Acara Miss Amp Mister Celebrity International 2025

Pendapatan Pasif Jangka Panjang Cara Bina Income Stabil Konsisten Untuk Masa Depan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Santai Makan Di Gazebo Atau Anjung Seri Di Laman Sendiri Ayam Masak Kurma Suri Hati

Best Recipetin Beef Ribs

Makan Kenduri Di Sana Sini

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

4fingers For Lunch

Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah