Muhyiddin Pegang Prinsip Amar Makruf Nahi Mungkar


Oleh Ahmad Farhan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menandatangani buku Biografi Bergambar Abah Teguh ketika hadir ke Majlis Pelancaran Buku Biografi Bergambar Abah Teguh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berpegang kepada prinsip dianjurkan Islam iaitu ‘amar ma’ruf nahi mungkar’ walaupun sedar ia mungkin memberi kesan kepada pangkat dan kedudukannya.
Beliau berkata, banyak liku dan jatuh bangun yang terpaksa dilalui dalam perjuangan menegakkan prinsip dan hak berkenaan dalam perjalanan karier politiknya sehingga menerajui kepemimpinan negara.
Katanya, yang penting adalah melaksanakan amanah dan tanggungjawab di sisi Allah dan sebagai hamba beliau reda dengan ketentuan-Nya.
“Mungkin telah ditakdirkan oleh Allah atas sebab prinsip perjuangan yang saya tegakkan bersama rakan-rakan seperjuangan lain, saya telah diberikan amanah yang lebih besar untuk memimpin negara sewaktu pandemik.
“Saya diletakkan dalam suatu keadaan di mana saya perlu mengemudi negara dalam waktu yang paling sukar.
“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, malah sejarah dunia sekalipun, terjadi suatu krisis yang mengancam nyawa dan kehidupan rakyat pada skala yang besar dan berlarutan untuk suatu tempoh yang panjang,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis pelancaran buku ‘Abah Teguh Kita Bersama’ di Kuala Lumpur, hari ini.
Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bergambar bersama ahli keluarganya ketika hadir ke Majlis Pelancaran Buku Biografi Bergambar Abah Teguh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, walaupun hanya untuk satu tempoh yang singkat, mungkin apa yang beliau lakukan sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri mempunyai kesan yang agak mendalam kepada kehidupan rakyat.
Ujar beliau, mereka nampaknya menghargai apa yang beliau dan kerajaan pimpinannya lakukan untuk melindungi nyawa dan kehidupan mereka.
“Kerana itulah agaknya mereka memanggil saya Abah. Saya sendiripun tidak menjangkakan yang ramai orang baik tua atau muda memanggil saya dengan panggilan Abah.
“Ke mana-mana sahaja saya pergi orang panggil saya Abah. Saya dapat rasakan panggilan itu bukan dibuat-buat tetapi terbit dari hati nurani mereka yang jujur dan ikhlas,” katanya.
Menurutnya, beliau berasa amat tersentuh setiap kali disapa dengan panggilan Abah.
“Saya juga seorang ayah kepada empat orang anak. Sebagai seorang ayah, sepertimana saudara-saudara juga, tentulah kita mencurahkan sepenuh kasih sayang kita kepada anak-anak.
“Jadi, apabila orang memanggil saya Abah, datang suatu perasaan dalam diri saya seolahnya mereka telah merasai curahan kasih sayang saya, dan pastinya saya juga menyayangi mereka,”katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/muhyiddin-pegang-prinsip-amar-makruf.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Bubar Dun Semudah Tekan Butang Muhyiddin Bukan Sultan

Nak Bubar Dun Semudah Tekan Butang Muhyiddin Bukan Sultan

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 318 hits
Bekas menteri Shahrir Samad mengingatkan Muhyiddin Yassin bahawa membubarkan Parlimen atau DUN bukanlah proses semudah menekan butang Negara kita ni ada Perlembagaan Negeri pun ada perlembagaan masing masing Tambahan pula ada Yang di Pertua...
Adakah Muhyiddin Akan Terus Sokong Ismail Sabri Jika Bersatu Kalah Dalam Prn Melaka

Adakah Muhyiddin Akan Terus Sokong Ismail Sabri Jika Bersatu Kalah Dalam Prn Melaka

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 316 hits
LIM KIT SIANGBanyak tumpuan kini diberikan kepada katak politik dalam Pilihan Raya Negeri Melaka tetapi masih tidak ada perbincangan bermakna mengenai prinsip dan integriti dalam berpolitik seakan akan perbuatan menukar parti politik ini sa...
Parti Dicabar Tarik Sokongan Terhadap Mb Johor Muhyiddin Gelar Shahrir Bodoh

Parti Dicabar Tarik Sokongan Terhadap Mb Johor Muhyiddin Gelar Shahrir Bodoh

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 287 hits
Presiden Bersatu itu menyifatkan cabaran Shahrir Samad sebagai tidak masuk akal Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin hadir pada Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional bagi PRN Melaka Gambar Bernama Pengerusi Perikatan Nasional ...
Kamu Penyebab Kerajaan Ph Tumbang Adakah Itu Tidak Jahat Puad Soal Muhyiddin

Kamu Penyebab Kerajaan Ph Tumbang Adakah Itu Tidak Jahat Puad Soal Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 493 hits
Puad Zarkashi mengingatkan Muhyiddin Yassin berhubung kemungkinan Bersatu tidak memenangi satu pun kerusi di Johor jika PRN diadakan di negeri itu PETALING JAYA Seorang pemimpin Umno mengingatkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang belia...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yung Kai My Light Chord

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog