Muhyiddin Mahu Fokus Isu Sara Hidup Pendidikan Kesihatan


MALAYSIAKINI
 


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berikrar menjadikan isu kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan pendidikan rakyat antara keutamaan beliau sebagai ketua kerajaan.

"Saudara memerlukan wang untuk membeli barang keperluan harian, membeli buku dan keperluan sekolah untuk anak-anak, membayar bil air, eletrik dan sewa rumah, membayar pinjaman kereta dan kediaman, serta lain-lain keperluan untuk menyara kehidupan sekeluarga.

"Saya juga tahu bahawa antara perkhidmatan yang paling diperlukan oleh saudara dan saudari ialah perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang berpatutan.

"Ini juga akan menjadi keutamaan saya," katanya dalam perutusan khas yang disampaikan secara langsung di kaca televisyen malam ini.

Ini merupakan ucapan sulung beliau yang ditujukan kepada rakyat Malaysia selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, semalam.

Dalam perutusannya Muhyiddin berkata beliau akan memastikan penjagaan kesihatan yang berkualiti  dan menggunakan pengalaman selama enam tahun sebagai Menteri Pelajaran untuk memastikan tahap pendidikan negara setanding negara maju.,

Muhyiddin yang pernah mencetuskan kontroversi apabila mengatakan dirinya "Melayu dahulu" pada tahun 2010,  berkata beliau adalah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia.
"Saya adalah perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.

"Baik saudara orang Melayu, saudara orang Cina, saudara orang India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, Murut, orang asal, atau apa jua kaum dan etnik, saya adalah perdana menteri saudara.

"Sama ada saudara adalah petani, saudara nelayan, saudara peniaga, saudara penjawat awam, saudara pekerja swasta, saya adalah perdana menteri saudara," katanya.

'Beri peluang manfaatkan pengalaman 40 tahun'
Dalam pada itu, Muhyiddin merayu agar rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepadanya untuk memikul amanah dan tanggungjawab besar sebagai perdana menteri.

"Berilah saya peluang untuk memanfaatkan 40 tahun pengalaman saya dalam politik dan kerajaan untuk mengemudi Malaysia ke arah kegemilangan.

"Saya tawarkan jiwa dan raga saya untuk negara. Berikan saya sedikit masa untuk menetapkan garis-garis utama hala tuju kerajaan dan negara di bawah pentadbiran baharu ini yang insyaAllah akan saya jelaskan kepada rakyat dalam masa terdekat," jelasnya.

Ini merupakan ucapan sulung Muhyiddin yang ditujukan kepada rakyat Malaysia selepas mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, semalam.

Presiden Bersatu itu kini bersama BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

Bagaimanapun, jumlah sebenar anggota parlimen yang menyokong beliau dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak diketahui kerana angka yang berubah-ubah. Namun kedua-duanya mendakwa mempunyai majoriti.

Sokongan majoriti kepada perdana menteri hanya akan dapat ditentukan apabila parlimen bersidang semula.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/muhyiddin-mahu-fokus-isu-sara-hidup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Amalina Lancar Ask Dr Amalina Laman Web Khas Fokus Pada Kesihatan Umum Isu Semasa

Dr Amalina Lancar Ask Dr Amalina Laman Web Khas Fokus Pada Kesihatan Umum Isu Semasa

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 615 hits
Ternyata Dr Amalina sangat teruja dengan projek baru ini dan mengharap agar orang ramai dapat mempelajari sesuatu yang baru small Cover image via small Siapa tidak mengenali wanita beauty with brain Dr Nur Amalina Che Bakri Suatu ketika dah...
Terkini Bantuan Sara Hidup Rm 200 Pada Bulan Mei Diawalkan Ke Mac 2020

Terkini Bantuan Sara Hidup Rm 200 Pada Bulan Mei Diawalkan Ke Mac 2020

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 356 hits
Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 sebentar tadi Perdana Menteri Interim mengumumkan bahawa bayaran RM 200 Bantuan Sara Hidup pada Mei telah diawalkan ke Mac Manakala bayaran tambahan Bantuan Sara Hidup bernilai RM 100 pula akan dikredit...
Hidup Muafakat Nasional Sokong Muhyiddin Pm 8 Tolak Dap

Hidup Muafakat Nasional Sokong Muhyiddin Pm 8 Tolak Dap

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 503 hits
Calon PM ke 8 PAS Umno setuju cadang MuhyiddinKL PAS dan Umno telah bersetuju mencadangkan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke 8 demikian kenyataan media bersama dikeluarkan sebentar tadi Menurut Setiausaha ...
Disaat Isu Kesihatan Memuncak Artis Ini Tampil Dengan Idea Topeng Muka Dari Bahan Terbuang

Disaat Isu Kesihatan Memuncak Artis Ini Tampil Dengan Idea Topeng Muka Dari Bahan Terbuang

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1427 hits
Disaat isu kesihatan memuncak artis ini tampil dengan idea topeng muka dari bahan terbuang Assalamulaikum dan salam sejahtera Covid 19 nampaknya belum menunjukkan tanda tanda untuk berhenti Ini dikuatkan lagi dengan penambahan kes dan kadar...
Semakan Terkini Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia

Semakan Terkini Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 375 hits
Semakan Terkini Bantuan Sara Hidup Rakyat Malaysia Semua sedia maklum yang Br1m sudah digantikan dengan nama Bantuan Sara Hidup Rakyat dan dikemaskini oleh kerajaan baru selepas peralihan politik dan pimpinan di Malaysia Oleh itu bantuan ra...
Bantuan Sara Hidup 2019

Bantuan Sara Hidup 2019

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 543 hits
yang mana dahulunya dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia selepas kerajaan baru mengambil alih pentadbiran akan diteruskan mulai tahun 2019 Dalam pembaharuan bantuan kepada rakyat bermula tahun 2019 beberapa perkara akan dikaji dengan l...
Anggota Dpr Ingatkan Isu Sara Tak Dijadikan Komoditas Politik

Anggota Dpr Ingatkan Isu Sara Tak Dijadikan Komoditas Politik

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 170 hits
Dalam kasus ini semua pihak harus menghormati proses hukum dan menunggu putusan peradilan tata usaha negara ucap Sahroni
Soal Isu Reshuffle Moeldoko Bilang Semua Menteri Lagi Fokus Kerja

Soal Isu Reshuffle Moeldoko Bilang Semua Menteri Lagi Fokus Kerja

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 173 hits
Kepala Staf Kepresidenan Moeldoko menegaskan Presiden Joko Widodo atau Jokowi belum berniatan melakukan reshuffle kabinet Sebab menurut dia saat ini menteri Kabinet Indonesia Maju sedang fokus melakukan berbagai pekerjaan mulai dari ekonomi...
Bn Dan Muafakat Nasional Terus Fokus Siap Siaga Jentera Pilihan Raya Annuar

Bn Dan Muafakat Nasional Terus Fokus Siap Siaga Jentera Pilihan Raya Annuar

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 231 hits
Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Barisan Nasional dan Muafakat Nasional akan kekal fokus bagi mempersiap siagakan jentera pilihan raya dan memperkemaskan pentadbiran parti Jelas beliau selain itu beliau juga berharap BN dan...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia